Khamis, 27 Mac 2014

Set Gaya Hidup Emas



Kandungan Set:
Bioseed 30
C3 Spirulina
Pati Gamat Plus

Kegunaan:
Makanan Tambahan Sebagai Penjagaan, Pencegahan Dan Rawatan Luaran Dan Dalaman

Harga:
Bioseed 30 : RM110 (WM) / RM116 (EM)
C3Spirulina : RM68 (WM) / RM74 (EM)
Pati Gamat Plus : RM54 (WM) / RM57 (EM)
Jumlah : RM232 (WM) / RM247 (EM)


Ada satu set yang ingin Ali kongsikan. Set yang dinamakan Set Gaya Hidup Emas (GHE). Set ini merupakan gabungan 3 produk makanan tambahan paling utama di GESB iaitu Bioseed 30, C3 Spirulina dan Pati Gamat Plus (PGP).

Set ini adalah set makanan tambahan paling lengkap. Segala nutrien dan khasiat yang terkandung di dalam produk-produk tersebut akan saling melengkapi segala keperluan untuk tubuh badan kita. Sangat sesuai bagi mereka yang bimbang dengan keadaan kesihatan terutama bagi mereka yang sama ada mahu menjauhi, mencegah atau mengawal masalah-masalah berikut:-

  •            kolesterol dalam darah
  •            tekanan darah
  • ·        berat badan berlebihan
  • ·         kurang tenaga
  • ·         toksin dalam badan
  • ·         pelawasan
  • ·         jangkitan kuman
  • ·         antibodi lemah
  • ·         masalah kulit
  • ·         hormon tidak seimbang
  • ·         fungsi organ tubuh badan
  • ·         perjalanan dan pengaliran darah
  • ·         masalah jantung
  • ·         masalah sendi, urat dan tulang
  • ·         penyakit kanser

Bukan setakat itu, bahkan gabungan ketiga-tiga produk ini terbukti mampu membantu memulihkan beberapa jenis penyakit yang sering menghantui kita seperti diabetes, lemah jantung, luka dalaman dan luaran, ghout, buasir, athma, tongsilitis, resdung, jangkitan kuman, batuk, ulser, serangan strok serta pelbagai jenis penyakit misteri.

Set ini didatangkan lengkap untuk sebulan penggunaan. Dengan izin tuhan, seperti yang telah dijanjikan kepada mereka yang telah berikhtiar dengan set ini, anda juga berhak memiliki serta menikmati gaya hidup keemasan seperti mereka.

Rabu, 19 Mac 2014

Lady V (Gamat Emas SB) : Pad Anion Berherba

Tuala Wanita Lady V
RM 13.00 (MB) / RM 14.00 (MT)
per unit
RM 120.00 (MB) / RM 130.00 (MT)
per package





Assalamualaikum. Good morning. Bersambung.... topik Tuala Wanita Lady V keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd.. Benda baik memang kena kongsi.. 











PENGENALAN

APAKAH BAHAN ASAS TUALA WANITA?

       Tuala  wanita dicipta pada tahun 1930-an oleh Kimberly Clark bagi menampung kehendak pekerja2 wanita di seluruh dunia bermula dari era Revolusi Industri pada tahun 1750-an. Kapas Tuala Wanita ›Diperbuat dari serbuk kayu pulpa yang dilembutkan & diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur yang menghasilkan bahan kimia DioksinSerbuk pulpa kayu yang telah lembut kemudiannya digembur untuk mendapatkan lapikan gebu seperti kapas. Lapikan gebu inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang dijual dipasaran semenjak tahun 30-an sehingga sekarang.
JANGKITAN BAKTERIA
     Kajian perubatan menunjukkan bahawa, apabila cairan menstruasi wanita sampai kepada tuala wanita, ia akan menghasilkan 160,000 bakteria dalam masa 4 minit.Adakah anda tahu ia adalah faktor utama terhadap masalah peranakan wanita seperti, sakit period, kegatalan, allergi, bau, inflamasi, sakit belakang, keletihan dan sebagainya. Semua ini ada kaitan dengan tuala wanita yang anda telah gunakan.
Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut semasa menstruasi?  
  1. Kegatalan pada peranakan.   
  2. Bau tidak enak
  3. Menstruasi tidak menentu
  4. Rasa Loya
  5. Sembelit
  6. Inflamasi
  7. Masalah keputihan selepas menstruasi

KANDUNGAN LADY V

Bil 

 Kandungan                       

 1.


 Pudina Asli  Ekstrak pudina asli memberikan pengalaman baru untuk memastikan rasa dingin dan aroma terbaik. Ia juga Mengurangkan sakit semasa haid dan menghindari bau tidak enak.

 2.


 Chip Anion Anion terbukti pada perubatan untuk membunuh kuman, mententeramkan emosi, mengendurkan urat yang tegang Popular sebagai vitamin kepada udara.

 3.


 Kapas Gred ABahan terbaik pada kulit sensitif.



KEBAIKAN LADY V
 1.  Mengawal Pembiakan bakteria. 
 2. Mencegah dari inflamasi dan jangkitan bakteria. 
 3. Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
 4. Meningkatkan Metabolisma.
 5. Meningkatkan sistem imunasi dan menambahkan daya pertahanan badan. 
 6. Mengimbangkan kitaran haid.
 7. Menghindari penyakit wanita, infeksi kolon dan pundi kencing akibat bakteria. 
 8. Merawat masalah keputihan dan kekuningan.


Q & A


BIL  SOALAN  JAWAPAN 
 1. Adakah saya perlu memakai pad herba walaupun saya sudah  menopause?  Ya, kerana wanita menopose lebih tinggi ancaman terhadap kanser servik. Memakai Lady V dapat    memastikan wanita tersebut bebas kuman sepanjang pemakaian dan memberikan kelegaan daripada sakit belakang dan masalah angin.
 2. Semasa pantang adakah elok memakai pad herba? Pemakaian Lady V semasa pantang dapat mempercepatkan pengeluaran darah nifas, menyembuhkan luka luaran dan juga mengelakkan bau tidak enak darah nifas.  Ianya satu pengalaman baru bagi ibu selepas melahirkan.
 3. Perlukah memakai panty liner setiap hari?
 Pemakaian  panty liner sebenarnya seumpama memakai seluar dalam bagi wanita aktif, bekerja, apatah lagi apabila wanita itu bergerak (travelling).Ini dapat memastikan kesegaran, kebersihan dan terhindar dari masalah kewanitaan yang lainnya. Tukarlah pantyliner setiap dua kali ke bilik air atau selepas ianya kotor.
 4. Adakah  saya perlu memakai kesemua jenis, iaitu pantyliner, day use dan nite use?
 Bagi yang pertama kali memakai pad herba,ya.Kerana ini dapat menjimatkan kos penggunaan. Pakailah nite use semasa dua hari pertama kerana menampung darah haid yang banyak  seterusnya pakai day use dan sambung dengan pantyliner semasa hari terakhir.Penggunaan sebegini dapat menjimatkan kos.
 5. Sekiranya saya seorang wanita bermasalah endometriosis. Bolehkah saya memakai pad herba?
 Sekiranya kita mempunyai masalah dalaman wanita samaada keputihan, kegatalan mahupun endometriosis,memang dicadangkan memakai lady V kerana kandungan pudina semulajadi dapat mengurangkan kesakitan ,membunuh kuman.Apatah lagi ia Lady V diperbuat daripada kapas dan bebas kuman.
 6. Sekiranya saya mempunyai masalah buasir, pad herba jenis mana yang  saya perlu pakai?
Day use boleh dipakai sekiranya ada darah atau bersaiz besar sementara pantyliner boleh dipakai selepas itu.



Sumber : 






Selasa, 18 Mac 2014

Lady V (Gamat Emas SB) : Perkongsian

Assalamualaikum. Malam ni nak bercerita 1 lagi produk kegemaran Aina; Lady V atau bahasa mudahnya PAD atau TUALA WANITA. 


Tuala Wanita Lady V Gamat Emas SB

Sebagai seorang perempuan atau wanita adalah normal didatangi 'kawan baik' ataupun haid. Namun nak mencari keselesaan semasa haid kadang-kadang amat susah. 

Dulu.... normal la... untuk wanita sakit senggugut semasa datang haid. Seperti topik utama setiap bulan. Kan??? Selain senggugut, aliran darah yang kadang-kadang banyak menyebabkan ketidak selesaan serta 'kotor'. Kegatalan, bau yang tidak menyenangkan, loya, sembelit dan banyak lagi akan datang bersama haid. Aina pun tak terlepas dari masalah ini. Lebih membimbangkan selepas kedatangan haid pasti diganggu dengan masalah keputihan yang agak teruk.

Bagi Aina, haid bukannya masalah. Ia adalah anugerah pada wanita normal. Namun bila pakej negatif yang datang sekali bersama haid tadi amat mengganggu emosi serta keyakinan diri. Hinggakan orang sekeliling pun tahu jadual haid kita, "Datang bulan la tu~~".
Macam-macam jenis dan jenama tuala wanita Aina dah cuba. Dan yang terakhir (insyaAllah) Lady V keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd.

Kisah bermula selepas Aina keguguran. Masalah keputihan dan hormon memang teruk. Datang haid sampai sebulan lebih. Memang tak selesa. Dan pada masa itu produk ini baru dilancarkan. Aina cakap kat Ali, "Nak CUBA". Ali belikan 1 pek Day use dan 1 pek Night use. 1 lagi Panty liner untuk Ali sendiri (huh... lelaki pun boleh pakai). Alhamdulillah. Amat selesa dan penyerapan yang baik membuatkan sentiasa rasa kering.

Sekarang Aina dah mengandung 5 bulan. Panty liner dah jadi amalan seharian sepanjang tempoh ini. Rasa selesa, tenang dan selamat. Selamat? Ia membantu menyerap kencing semasa Aina diserang batuk. Discharge dapat dikawal serta tiada lagi kegatalan seperti kandungan pertama dulu. Alhamdulillah. 

Orang kata Lady V ni mahal. Memang mahal kalau tengok harga. Berharga RM 14.00 (MT) per pek. Panty Liner; 20 keping per pek (15.5cm). Day Use; 10 keping per pek (24.5cm). Serta Night Use; 8 keping per pek (28cm). 

Namun jika dilihat pada kandungan dan kelebihan Lady V, sebenarnya murah. Setiap tuala wanita Lady V ada 7 lapisan perlindungan.




Tuala wanita Lady V mengandungi lapisan kapas gred A (bahan terbaik walaupun pada kulit sensitif), Pati Pudina (memastikan rasa dingin serta memberikan aroma yang segar) serta Chip Anion (untuk membasmi kuman, mententeramkan emosi serta popular sebagai vitamin kepada udara).

Panjang lebar cerita Lady V ni. Nanti Aina sambung lagi. Sebab kalau semua nak kongsi kat sini sampai besok pun tak siap nak taip.

Di sini Aina kongsikan satu klip demo Lady V by Mohd Nizar Abdullah.
Terima kasih sebab sudi baca ;)


https://www.youtube.com/watch?v=wBLkbY1eMnA

Corat-Coret Dari Kami

Assalamualaikum...

Tumpang tuhan bagi kesempatan untuk Ali 'makan angin' kat dalam blog ni so Ali susun balik segala thread-thread yang telah kami kongsi. Just klik pada tajuk-tajuk thread di bawah so anda akan sampai kecapaian thread dengan mudah. Dipersilakan.

Gamat Emas : Penjagaan Wajah


Assalamualaikum. Lama dah nak kongsi perihal produk penjagaan kulit dari Gamat Emas Sdn. Bhd. namun baru berkesempatan. Hari ni nak bercerita tentang Pencuci Muka Gamat. Kulit muka Aina jenis berminyak dan sensitif. Aina kerap bertukar jenama pencuci muka kerana cepat alah dengan pencuci-pencuci muka yang dijual di pasaraya. Ali pula biasalah. Kulit muka lelaki; Blackhead, jerawat dan etc. Ali pula hanya percayakan produk semulajadi; jadi Ali cuci muka guna sabun beras. Namun Ali dan Aina tidak berpuas hati dengan produk yang kami pernah guna dulu. Kulit muka semakin sensitif dan memberi rasa tidak bersih. Jerawat? Minyak pada muka? Hurmmm..... Jangan cerita.. SEDIH!!!

Setelah kenal Gamat Emas Sdn. Bhd., Pencuci Muka Gamat antara produk terawal kami cuba. Kerana; Aina tertinggal pencuci muka di Sibu semasa balik ke Mahang. Jadi Ali dan Aina pun belilah 1 tiub. Tapi dalam hati masih was-was. Almaklum kulit muka Ali dan Aina kan 'istimewa', mana mungkin 1 tiub Pencuci Muka Gamat sesuai dengan kami berdua yang jelas berbeza... kan??!

RM 19.50 (MB) / RM 21.50 (MT) 100ML

Alhamdulillah. Ok lah~~ Ali terus konsisten menggunakannya. Kawah bulan pada muka Ali semakin mengecil, minyak muka semakin kurang, kulit muka pun halusss dan yang penting blackhead dah berkurangan. Namun Aina agak kurang yakin (biasalah perempuan). Pencuci muka ja? Toner; tak da. Pelembab; tak da. Macam tak cukup ja... Hehehe.... Itu dulu. Dulu-dulu punya cerita. Lepas Aina lihat perubahan kulit muka Ali, Aina semakin yakin. Tapi.... (tapi lagi; biasalah perempuan) Aina cuba yang SW-II. SEBAB.. Set SW-II ini ada Cleanser, Serum, Day Cream dan Night Cream

RM 286.00 (MB) / RM 299.00 (MT) PER SET



Memang puas hati. Pakai sikit ja. Tapi kesannya alhamdulillah. Dengan izin Allah, Aina dapat rasa perubahan pada kulit muka dalam tempoh seminggu. Ali pun perasan. Namun sekarang Aina tak pakai dah. Masih berbaki. SEBAB.. setelah disahkan mengandung Aina kurangkan pentingkan penjagaan muka serta takut kulit semakin sensitif (alasan). Aina sekarang kembali menggunakan Pencuci Muka Gamat. Alhamdulillah. Kulit muka rasa segar dan bersih. Ali dan Aina pun tak perlu nak keluarkan belanja besar untuk pencuci muka kerana kami boleh berkongsi produk yang sama.

Lupa nak cerita dari awal. Selain menggunakan pencuci muka, Ali juga menggunakan Gel Gamat dan Krim Gamat untuk perawatan wajah. Gel untuk fokus pada jerawat dan masalah kulit berminyak dan Krim untuk melembabkan wajah dan masalah parut pada kulit. Aina pun sama. Tapi fokus kepada Gel Gamat untuk jerawat. 

Sekarang Aina lebih yakin dengan Pencuci Muka Gamat. Kulit muka bersih dan segar. (Makin ambil mudah jaga kulit muka; ke pejabat pun tak pakai make-up macam dulu. Sekarang pakai bedak dan lip gloss ja). Alhamdulillah. Harap kiranya sudi mencuba produk Bumiputera Malaysia ;)


Isnin, 17 Mac 2014

Testimoni : Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita

Assalamualaikum...

Kebetulan hari ni Ali ambil cuti rehat untuk temankan Aina di Sibu. Penat seharian mengemas rumah. Maklumlah Aina tengah mengandung tak boleh nak buat kerja berat-berat. So, tak salah Ali tampung segala tugas rutin Aina untuk tempoh cuti yang ada.

So, nak hilangkan penat petang ni Ali buka laptop dan tetiba teringat untuk menjengah ke blog. Maklumlah dah lama tak update kat blog. Tumpang cuti ni bolehlah Ali ambik semangat untuk menjengah kembali ke blog.

Hari ni Ali nak kongsikan beberapa testimoni berkaitan keupayaan dan keberkesanan Pati Gamat Plus. Kepada mereka yang masih belum kenal dengan Pati Gamat Plus bolehlah ke thread Pati Gamat Plus (GESB).

Sebelum ini Aina ada kongsikan satu testimoni oleh Makcik Cleaner di tempat Aina bekerja yang mengamalkan Pati Gamat Plus Vita. Boleh check thread tu kat PGPV (GESB) : Dah Jarang Jumpa Doktor. Sempat lihat kelibat makcik cleaner tu tadi ketika hantar Aina ke tempat kerja. Alhamdulillah nampak maintain sihat dan cergas. Sebenarnya fungsi Pati Gamat Plus (PGP) dan Pati Gamat Plus Vita (PGPV) ni hampir sama. Bezanya cuma pada rasa dan kelebihan pada PGPV ialah tambahan Vitamin C berbanding PGP yang diekstrak dari Gamat Emas yang asli.

.





Gambar di atas ini pula Ali edit dari risalah Info Marketing GESB keluaran Januari 2014. Ada testimoni pengguna PGP. Pengguna produk tersebut ialah En. Abdul Razak Abas dan pengesyor produk tersebut ialah Puan Khxotiah Abdullah. Untuk pengetahuan anda ini bukan testimoni rekaan. Kedua-dua pengguna dan pengesyor tampil dengan no telefon mereka untuk dihubungi bagi membantu anda semua meyakini PGP.

Seperti yang tercatat pada gambar tersebut, En. Abdul Razak mengalami masalah paru-paru bocor dan terpaksa menjalani pembedahan bagi mengatasi masalah tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan PGP luka pembedahan yang dilakukan telah bercantum hanya selepas 3 minggu mengamalkannya. Apa yang lebih menarik, kesihatannya telah pulih seperti sedia kala.

Tidak juga ketinggalan bagi kami. PGP dan PGPV menjai pilihan kami sejauh 7 bulan yang lepas lagi. Sehingga kini Alhamdulillah masalah resdung dan tongsil dah tak menghantui Ali lagi. Kalau tak dulu boleh masuk pertandingan cuti sakit terbanyak sebab selalu demam dan selsema akibat masalah tongsil dan resdung.

Aina???? Boleh nampak antibodi dia dah makin baik. Bukan la nak kata dia langsung tak ada masalah kesihatan tapi memang jelas nampak keupayaan Aina melawan segala penyakit yang datang. Maklumlah dia tengah mengandung.
Untuk pengetuahuan semua, banyak lagi testimoni yang ingin Ali kongsikan. In Shaa Allah di ruang waktu yang lain Ali akan kongsikan lagi khasiat serta manfaat-manfaat yang mampu kami sampaikan melalui produk-produk jualan kami.

Perjalanan ke-2 : Allah nak duga.

Assalamualaikum. Hari ni nak mencoret apa rasa dan emosi yang dilalui bulan ini. 


Awal bulan Mac 2104 mulanya hendak membuat pemeriksaan rutin biasa di Klinik Pakar Rejang Specialist. Pada pagi 8 Mac 2014 Aina dan Ali ke klinik. Alhamdulillah, kandungan sihat dan membesar dengan baik. Namun Aina sempat bertanya pada doktor berkenaan uri. Hurmm..... doktor cakap, "Tidak baik." Selesai scan, doktor menerangkan apa peringkat-peringkat Low Lying Placenta dan Aina di diagnose Low Lying Placenta Type III. Untuk makluman, Aina dan Ali sedia maklum. Kandungan pertama kami pun bermasalah yang sama. 



Ahad, 9 Mac 2014. Aina terlalu tertekan. Dengan harapan yang menggunung mendoakan kandungan ini selamat. Bukan menolak ketentuan Illahi, namun mengumpul kekuatan diri Aina hanya mampu berdoa dan menangis. Mengenangkan nasib seorang diri di perantauan bersedia untuk sebarang kecemasan begini. Alhamdulillah. Saat ini Ali masih di sisi. Petang nanti Ali pulang semula ke Kuching kerana rezekinya di sana.


Isnin, 10 Mac 2014. Dengan sisa-sisa positif dalam diri Aina melangkah ke tempat kerja. Berkongsi cerita dengan rakan sepejabat. Nasihat rakan, "Dapatkan pandangan ke-2, ke-3 dari doktor-doktor yang lain". Aina turutkan. Minta pengesyoran doktor untuk dirujuk ke pakar lain. Kali ini Aina ke Dr. Toh Women Specialist Clinic.

Agak lama juga menunggu giliran, akhirnya dipanggil masuk. Aina ceritakan masalah dan sejarah. Doktor mula menyoal siasat. Aina serahkan buku pemeriksaan kandungan pertama. Seperti biasa Aina diminta baring untuk pemeriksaan kandungan. "Bukan type III tapi type IV. Cover habis." dan "Kandungan ini sepatutnya dalam perhatian pakar dan bukan KKIA biasa."

Aina maklumkan kepada doktor bahawa akan membuat susulan dan pemeriksaan di klinik itu sahaja. Bukan tidak percaya pada KKIA namun pengalaman lalu menjadikan Aina takut ianya berulang. 

Di sini Aina kongsikan link berkenaan Low Lying Placenta @ Placenta Previa @ Uri bawah Rahim. InsyaAllah dilain masa Aina akan kongsikan lagi...