Assalamualiakum. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Petang 10 November 2013 lepas Aina saja-saja buat UPT. Wahh.... Positive. Betul ka? Was-was juga. Tapi double line terang. Dahlah Ali dalam perjalanan balik ke Kuching. Nak kongsi ka tidak? Adeh...
Aina cuma whatsapp Ali nak tanya boleh tak Aina daftar kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ali soal dah boleh ka? Dah buat UPT ka? Aina kongsi gambar kat email.
Memang kami amat menunggu kedatangan berita gembira ini semenjak kehilangan puteri sulung kami Afnan 1 Mei 2013. Tak putus-putus doa dan usaha kami untuk sihat dan ada zuriat. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami dengan Femmina Gamat Emas Sdn. Bhd. Itu ikhtiar, namun hanya dengan keizinan-Nya barulah apa yang diusahakan menjadi kenyataan.
Pada pagi 11 November 2013 Aina telah ke KKIA untuk mendaftarkan kehamilan. Prosedur biasa kena lalui. Namun agak tersentap bila semasa imbasan rahim kosong dan doktor mendapati ada Ovarian Cyst.
Aina maklumkan kepada Ali perihal ini. Ali menasihati Aina untuk bersabar dan bertawakal atas ujian Allah untuk kami. Doktor juga memberitahu bahawa kandungan terlalu awal dan Ovarian Cyst ini boleh hilang sendiri. Hal ini akan diperhatikan untuk temujanji seterusnya.
Untuk makluman, Aina telah berhenti mengambil Femmina pada 7 November 2013 kerana Femmina tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Buat masa ini Aina hanya mengamalkan C3 Spirulina dan Pati Gamat Plus untuk bekalan khasiat semasa mengandung.
InsyaAllah akan dicoretkan lagi cerita Ali Aina untuk masa akan datang. Mohon doakan kebaikan untuk kami ya.
Syukur sangat2 dengan kurniaan tuhan. Perancangan kami untuk dapatkan zuriat berjalan lancar lebih dari jangkaan yang kami rancang. Bonus 1 bulan lebih awal dari tuhan.
BalasPadam