Selasa, 18 Mac 2014

Lady V (Gamat Emas SB) : Perkongsian

Assalamualaikum. Malam ni nak bercerita 1 lagi produk kegemaran Aina; Lady V atau bahasa mudahnya PAD atau TUALA WANITA. 


Tuala Wanita Lady V Gamat Emas SB

Sebagai seorang perempuan atau wanita adalah normal didatangi 'kawan baik' ataupun haid. Namun nak mencari keselesaan semasa haid kadang-kadang amat susah. 

Dulu.... normal la... untuk wanita sakit senggugut semasa datang haid. Seperti topik utama setiap bulan. Kan??? Selain senggugut, aliran darah yang kadang-kadang banyak menyebabkan ketidak selesaan serta 'kotor'. Kegatalan, bau yang tidak menyenangkan, loya, sembelit dan banyak lagi akan datang bersama haid. Aina pun tak terlepas dari masalah ini. Lebih membimbangkan selepas kedatangan haid pasti diganggu dengan masalah keputihan yang agak teruk.

Bagi Aina, haid bukannya masalah. Ia adalah anugerah pada wanita normal. Namun bila pakej negatif yang datang sekali bersama haid tadi amat mengganggu emosi serta keyakinan diri. Hinggakan orang sekeliling pun tahu jadual haid kita, "Datang bulan la tu~~".
Macam-macam jenis dan jenama tuala wanita Aina dah cuba. Dan yang terakhir (insyaAllah) Lady V keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd.

Kisah bermula selepas Aina keguguran. Masalah keputihan dan hormon memang teruk. Datang haid sampai sebulan lebih. Memang tak selesa. Dan pada masa itu produk ini baru dilancarkan. Aina cakap kat Ali, "Nak CUBA". Ali belikan 1 pek Day use dan 1 pek Night use. 1 lagi Panty liner untuk Ali sendiri (huh... lelaki pun boleh pakai). Alhamdulillah. Amat selesa dan penyerapan yang baik membuatkan sentiasa rasa kering.

Sekarang Aina dah mengandung 5 bulan. Panty liner dah jadi amalan seharian sepanjang tempoh ini. Rasa selesa, tenang dan selamat. Selamat? Ia membantu menyerap kencing semasa Aina diserang batuk. Discharge dapat dikawal serta tiada lagi kegatalan seperti kandungan pertama dulu. Alhamdulillah. 

Orang kata Lady V ni mahal. Memang mahal kalau tengok harga. Berharga RM 14.00 (MT) per pek. Panty Liner; 20 keping per pek (15.5cm). Day Use; 10 keping per pek (24.5cm). Serta Night Use; 8 keping per pek (28cm). 

Namun jika dilihat pada kandungan dan kelebihan Lady V, sebenarnya murah. Setiap tuala wanita Lady V ada 7 lapisan perlindungan.




Tuala wanita Lady V mengandungi lapisan kapas gred A (bahan terbaik walaupun pada kulit sensitif), Pati Pudina (memastikan rasa dingin serta memberikan aroma yang segar) serta Chip Anion (untuk membasmi kuman, mententeramkan emosi serta popular sebagai vitamin kepada udara).

Panjang lebar cerita Lady V ni. Nanti Aina sambung lagi. Sebab kalau semua nak kongsi kat sini sampai besok pun tak siap nak taip.

Di sini Aina kongsikan satu klip demo Lady V by Mohd Nizar Abdullah.
Terima kasih sebab sudi baca ;)


https://www.youtube.com/watch?v=wBLkbY1eMnA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan