Khamis, 21 November 2013

Impian Emas Ali Aina

Impian Emas Ali Aina. Banyak sebenarnya. Namun untuk 2014 doakan kami tidak PJJ lagi. Dapat berkongsi rumah dan kereta ke tempat kerja. Huhuu... Amin. Sekarang Aina di Sibu dan Ali di Kuching. Lebih kurang 440km yang menjarakkan kami. Ditambah pula keadaan jalan yang bukan bertaraf Highway.

Nak sebut pasal kos memang tinggi. Belanja petrol? Alhamdulillah kami berjimat dengan MyGreenOil. Bukan setakat jimat petrol, keadaan dan fungsi kereta di tahap yang memuaskan serta memberi kesan pemanduan yang selesa.

Dulu akibat kerap ulang-alik, Ali dan Aina pun kerap sakit. Cepat penat dan gagal kawal emosi. Namun kini kami semakin ceria dan kurang berulang-alik ke klinik. Terima kasih Allah kerana menemukan kami dengan Orang Kuat Usaha yang hebat; encik Tazlan. Encik Tazlan memperkenalkan kami dengan produk bumiputera yang halal lagi mampu milik; Gamat Emas.

Bila Perkahwinan Jarak Jauh; kos sara hidup dan belanja harian pun meningkat. Sekali lagi Allah bantu kami melalui seorang rakan iaitu Puan Nik Suhar Azlina. Beliau memperkenalkan Ultra Trim kepada kami sebagai suplemen dan punca rezeki tambahan. Alhamdulillah. Cuma Allah saja yang dapat membalas budinya.

Impian Emas Ali Aina... Amat besar impian kami. Kami coretkan di sini untuk menjadi ingatan kepada kami untuk lebih berusaha serta bersyukur atas nikmat dan takdir yang Allah telah tentukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan