Khamis, 5 Disember 2013

C3 Spirulina (GESB) : Antibodi yang YuMMy..



Nama Produk:
C3 Spirulina

Kegunaan:
Penjagaan Serta Rawatan Luaran Dan Dalaman

Harga:
WM : RM 68.00
EM : RM 74.00

Kandungan:

500ml sebotol

Berat:
600 gram


Cara Menggunakannya:
Minum 1 sudu besar 2 kali sehari
(Boleh dibuat minuman selepas sarapan dan makan malam)

Satu-satunya produk yang berasaskan spirulina dan diperkayakan dengan tambahan 3C (Chlorophyll, Vitamin C dan Coenzime 10) yang tiada dalam kandungan spirulina bagi melengkapkan keperluan khasiat dalam diri seseorang. Ianya juga telah ditambah dengan perisa blackcurrant bagi memastikan rasanya yang jauh lebih enak.

Secara umumnya ramai yang tahu betapa amat pentingnya spirulina untuk digunakan manusia sebagai nutrisi tambahan sehinggakan ada yang menganggap spirulina sebagai makanan kedua terbaik selepas susu ibu.

Dulu-dulu Aina ambil spirulina yang jenis tablet. Vitamin C pun jenis yang BESAR susah nak telan dan minyak ikan yang juga bersaiz BESAR. Amal spirulina, vitamin C dan minyak ikan sebab zaman remaja dulu-dulu Aina ada masalah sembelit, masalah senggugut dan pembiakan jerawat yang amat subur. Kulit muka macam bulan (banyak kawah). Kalau dah ambik 3 produk tu memang tak mampu beli sekali gus. Sebotol supplemen tu harga hampir ratus dan ada yang RATUSS...

Alhamdulillah. Sekarang ada C3 Spirulina. Ambil sebotol untuk sebulan. Cukup lengkap dan lebih khasiat. Dalam 1 botol ada SPIRULINA, VITAMIN C, KLOROFIL dan COENZIME 10. Yang paling istimewa ianya berbentuk cecair berperasa BLACKCURRANT. YUMMY!!

Kami punya cara tersendiri menikmati C3 Spirulina. Ali; bancuh bersama air dan dinikmati seperti sirap. "Boleh kongsi dan jimat", kata nya. Aina; hehe... Aina suka yang pati. Pagi 1 sudu besar, petang atau malam 1 sudu lagi. YUMMY... Sedap... Dah jenis pati memang terasa kemanisan blackcurrant nya yang YUMMY.

Tapi kadang-kadang Aina ikut juga cara Ali. Bancuh 20ml lebih kurang 2 sudu besar C3 Spirulina dengan 500ml air kosong. Memang susah nak habis sekali gus. Aina buat bekal minuman di pejabat. Lebih sihat dan senang.

Ni baru cerita pasal rasa. Khasiat C3 Spirulina nanti lain kali Aina cerita ya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan