Selasa, 18 Mac 2014

Gamat Emas : Penjagaan Wajah


Assalamualaikum. Lama dah nak kongsi perihal produk penjagaan kulit dari Gamat Emas Sdn. Bhd. namun baru berkesempatan. Hari ni nak bercerita tentang Pencuci Muka Gamat. Kulit muka Aina jenis berminyak dan sensitif. Aina kerap bertukar jenama pencuci muka kerana cepat alah dengan pencuci-pencuci muka yang dijual di pasaraya. Ali pula biasalah. Kulit muka lelaki; Blackhead, jerawat dan etc. Ali pula hanya percayakan produk semulajadi; jadi Ali cuci muka guna sabun beras. Namun Ali dan Aina tidak berpuas hati dengan produk yang kami pernah guna dulu. Kulit muka semakin sensitif dan memberi rasa tidak bersih. Jerawat? Minyak pada muka? Hurmmm..... Jangan cerita.. SEDIH!!!

Setelah kenal Gamat Emas Sdn. Bhd., Pencuci Muka Gamat antara produk terawal kami cuba. Kerana; Aina tertinggal pencuci muka di Sibu semasa balik ke Mahang. Jadi Ali dan Aina pun belilah 1 tiub. Tapi dalam hati masih was-was. Almaklum kulit muka Ali dan Aina kan 'istimewa', mana mungkin 1 tiub Pencuci Muka Gamat sesuai dengan kami berdua yang jelas berbeza... kan??!

RM 19.50 (MB) / RM 21.50 (MT) 100ML

Alhamdulillah. Ok lah~~ Ali terus konsisten menggunakannya. Kawah bulan pada muka Ali semakin mengecil, minyak muka semakin kurang, kulit muka pun halusss dan yang penting blackhead dah berkurangan. Namun Aina agak kurang yakin (biasalah perempuan). Pencuci muka ja? Toner; tak da. Pelembab; tak da. Macam tak cukup ja... Hehehe.... Itu dulu. Dulu-dulu punya cerita. Lepas Aina lihat perubahan kulit muka Ali, Aina semakin yakin. Tapi.... (tapi lagi; biasalah perempuan) Aina cuba yang SW-II. SEBAB.. Set SW-II ini ada Cleanser, Serum, Day Cream dan Night Cream

RM 286.00 (MB) / RM 299.00 (MT) PER SET



Memang puas hati. Pakai sikit ja. Tapi kesannya alhamdulillah. Dengan izin Allah, Aina dapat rasa perubahan pada kulit muka dalam tempoh seminggu. Ali pun perasan. Namun sekarang Aina tak pakai dah. Masih berbaki. SEBAB.. setelah disahkan mengandung Aina kurangkan pentingkan penjagaan muka serta takut kulit semakin sensitif (alasan). Aina sekarang kembali menggunakan Pencuci Muka Gamat. Alhamdulillah. Kulit muka rasa segar dan bersih. Ali dan Aina pun tak perlu nak keluarkan belanja besar untuk pencuci muka kerana kami boleh berkongsi produk yang sama.

Lupa nak cerita dari awal. Selain menggunakan pencuci muka, Ali juga menggunakan Gel Gamat dan Krim Gamat untuk perawatan wajah. Gel untuk fokus pada jerawat dan masalah kulit berminyak dan Krim untuk melembabkan wajah dan masalah parut pada kulit. Aina pun sama. Tapi fokus kepada Gel Gamat untuk jerawat. 

Sekarang Aina lebih yakin dengan Pencuci Muka Gamat. Kulit muka bersih dan segar. (Makin ambil mudah jaga kulit muka; ke pejabat pun tak pakai make-up macam dulu. Sekarang pakai bedak dan lip gloss ja). Alhamdulillah. Harap kiranya sudi mencuba produk Bumiputera Malaysia ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan