Selasa, 1 Oktober 2013

Kos Penghantaran

Buat masa ni kami menggunakan 3 kaedah untuk mengedarkan produk yang kami jual.

Cash On Delivery
 
Pertama melalui kaedah penghantaran ke rumah ataupun ke mana-mana tempat pertemuan yang dijanjikan. Namun buat masa ni kami mengedarkan dengan menggunakan kaedah ini hanya di sekitar bandar Kuching dan Sibu.

Perkhidmatan Penghantaran Melalui Bas
 
Kaedah kedua ialah melalui kaedah perkhidmatan penghantaran menggunakan bas. Kaedah ini kami gunakan untuk dihantar ke terminal-terminal bas utama di sekitar Sarawak iaitu Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri. Kaedah ini adalah kaedah yang lebih murah dan lebih cepat. Pelanggan cuma perlu membayar RM6.00 untuk jumlah berat di bawah 1kg dan tambahan RM1.00 sahaja bagi setiap tambahan kg bagi produk-produk yang dibeli.

Poslaju
 
Kaedah terakhir ialah menggunakan perkhidmatan Poslaju. Kaedah ini kebiasaannya kami gunakan untuk mengedarkan produk yang kami jual di seluruh tempat (mengikut kehendak pelanggan) termasuk ke negeri Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di bawah ini saya lampirkan gambaran jumlah kos yang perlu ditanggung mengikut zon-zon penghantaran melalui Poslaju.





Bagi yang kurang jelas tentang kaedah dan kos penghantaran ini bolehlah hubungi kami. Insya-Allah kami cuba jelaskan apa yang kurang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan