Gandingan HEBAT; FEMMINA & G CAFE PEGAGA |
Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat. Aina telah mengamalkan hampir 2 botol Femmina dan amat berpuashati dengan kesannya. Rasa rugi jika terlupa untuk mengambilnya awal pagi.
Dulu Aina kerap cuti sakit kerana lemah badan dan sakit kepala. MALAS jangan cakap. Nak masak pun kena betul-betul lapar baru masuk dapur. Cuci baju pun MALAS. Kumpul 2-3 hari baru cuci. Itu pun cuci guna tangan sebab mesin rosak. Kalau dah banyak sangat pakaian dan MALAS memang hantar ke kedai cuci.
Sekarang Alhamdulillah. Boleh kurangkan MALAS. Sebab lepas amal Femmina badan rasa cergas dan bertenaga. Sekarang pun dah tak ambil cuti sakit; kurang rasa sakit badan dan sakit kepala. Cuci pakaian pun makin kerap. Dulu 2-3 hari sekarang 1-2 hari ja (pun masih cuci guna tangan). Dapur pun kerap berasap. Hehehe.... Sampai tak sedar yang bawang merah dah habis. Lagi satu makin RAJIN cuba resipi baru.
Mulanya Aina tak perasan perubahan ni. Ada seorang rakan yang telah mengambil Femmina memberitahu yang dia pun semakin rajin memasak. Kalau dulu hujung minggu ja masak yang istimewa untuk anak-anaknya. Tapi sekarang anak-anaknya pula yang tanya, "Bukan ibu cakap hujung minggu ja ibu dapat masak best?" sebab sekarang hari-hari dia boleh masak untuk anak-anak.
Bukan apa, FEMMINA memberikan tenaga yang lebih dan menstabilkan hormon wanita. Bila hormon di tahap yang baik InsyaAllah emosi dan tenaga pun akan di tahap optimum serta aura kewanitaan semula jadi akan lebih mantap.
Alhamdulillah. Bagi wanita yang mengamalkan Femmina, bukan setakat anda yang merasa manfaatnya bahkan orang-orang di sekeliling anda. Sehingga dilain masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan