Selasa, 19 November 2013

GAMAT EMAS : TEMAN BAIK WANITA.

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini Aina agak sibuk di kaunter. Badan pun tak berapa sihat. Alhamdulillah. Ketika penat, sempat juga membancuh G Cafe Pegaga; bertenaga dan tenang semula.

Selepas mencuci tangan, Aina guna Losyen Gamat sebab kulit rasa kering sangat akibat penghawa dingin kaunter yang kuat. Tiba-tiba rakan sekerja menegur.

V     : Wangi...
Aina : Kejap. Nak tunjuk.

Losyen Badan Gamat

V     : Saya cuba pakai ya ;)
Aina : Silakan.
V     : Saya suka. Bau losyen ni wangi.
         Dan tiada rasa melekit. Senang meresap.
Aina : Nyamuk pun tak suka.
V     : Saya nak 2 botol Losyen Badan Gamat. 1 di rumah dan 1 di pejabat.

V juga mengamalkan Femmina. Tapi biasalah. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang tinggal. Namun kebelakangan ini setiap pagi dia pasti mengambil Femmina yang sengaja di tinggalkannya di kaunter.

Kami terus berbicara.

Femmina. Memang luar biasa.

Aina : Macam mana Femmina?
V      : OK.
Aina : Saya dulu ada masalah haid. 
          Lepas ambil sebotol, haid datang dan keluar banyak.
         Satu hari kena tukar sampai 3-4 pad.
V     : Owh.. Saya pun macam tu. 
          Biasanya haid saya tidak tepat datang pada waktunya.
         Tapi untuk haid yang lepas datang tepat dan banyak.
Aina : Itu tandanya rahim V tengah dibersihkan. 
          Bila rahim bersih, badan makin sihat.
         Tapi ingat, TIDAK DIGALAKKAN AMBIL FEMMINA KETIKA HAID.

Alhamdulillah. Femmina dapat membantu seorang lagi rakan. Aina mengamalkan Femmina dan G Cafe Pegaga untuk kesihatan RAHIM dan menjaga KEWANITAAN. Ini kerana masalah wanita biasanya berpunca dari HAID. Yang datangnya tak ikut pusingan, yang keluarnya tak habis, yang sisanya tertinggal, yang datangnya 3 bulan sekali dan banyak lagi.

Bila keadaan ini berlaku ia akan mengganggu hormon yang menjadikan wanita kerap sakit, cepat marah, penuaan, kurang subur, kurang tenaga, kegemukan, keputihan dan banyak lagi.

Khasiat Femmina. Sebotol untuk kegunaan 30 hari.

Ikhtiarlah dengan Femmina dan berdoa agar kebaikannya dapat dinikmati, dengan izin Allah wanita ber-Femmina akan lebih sihat dan ayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan