Isnin, 17 Mac 2014

Perjalanan ke-2 : Allah nak duga.

Assalamualaikum. Hari ni nak mencoret apa rasa dan emosi yang dilalui bulan ini. 


Awal bulan Mac 2104 mulanya hendak membuat pemeriksaan rutin biasa di Klinik Pakar Rejang Specialist. Pada pagi 8 Mac 2014 Aina dan Ali ke klinik. Alhamdulillah, kandungan sihat dan membesar dengan baik. Namun Aina sempat bertanya pada doktor berkenaan uri. Hurmm..... doktor cakap, "Tidak baik." Selesai scan, doktor menerangkan apa peringkat-peringkat Low Lying Placenta dan Aina di diagnose Low Lying Placenta Type III. Untuk makluman, Aina dan Ali sedia maklum. Kandungan pertama kami pun bermasalah yang sama. 



Ahad, 9 Mac 2014. Aina terlalu tertekan. Dengan harapan yang menggunung mendoakan kandungan ini selamat. Bukan menolak ketentuan Illahi, namun mengumpul kekuatan diri Aina hanya mampu berdoa dan menangis. Mengenangkan nasib seorang diri di perantauan bersedia untuk sebarang kecemasan begini. Alhamdulillah. Saat ini Ali masih di sisi. Petang nanti Ali pulang semula ke Kuching kerana rezekinya di sana.


Isnin, 10 Mac 2014. Dengan sisa-sisa positif dalam diri Aina melangkah ke tempat kerja. Berkongsi cerita dengan rakan sepejabat. Nasihat rakan, "Dapatkan pandangan ke-2, ke-3 dari doktor-doktor yang lain". Aina turutkan. Minta pengesyoran doktor untuk dirujuk ke pakar lain. Kali ini Aina ke Dr. Toh Women Specialist Clinic.

Agak lama juga menunggu giliran, akhirnya dipanggil masuk. Aina ceritakan masalah dan sejarah. Doktor mula menyoal siasat. Aina serahkan buku pemeriksaan kandungan pertama. Seperti biasa Aina diminta baring untuk pemeriksaan kandungan. "Bukan type III tapi type IV. Cover habis." dan "Kandungan ini sepatutnya dalam perhatian pakar dan bukan KKIA biasa."

Aina maklumkan kepada doktor bahawa akan membuat susulan dan pemeriksaan di klinik itu sahaja. Bukan tidak percaya pada KKIA namun pengalaman lalu menjadikan Aina takut ianya berulang. 

Di sini Aina kongsikan link berkenaan Low Lying Placenta @ Placenta Previa @ Uri bawah Rahim. InsyaAllah dilain masa Aina akan kongsikan lagi...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan