Assalamualaikum...
Terlebih dahulu izinkan saya kirimkan jutaan terima kasih kepada saudara-saudari kerana sudi untuk menjengah blog kami yang tak seberapa ini.
Untuk pengetahuan saudara-saudari, blog ni kami suami isteri bina adalah untuk memperkenalkan serta kongsikan kepada anda beberapa produk tempatan yang telah kami guna dan kami kagum dengan manfaat yang kami terima.
Selain itu, kami juga berhasrat untuk memperluaskan serta mempermudahkan lagi urusan kami memasarkan beberapa produk yang kami edarkan khususnya bagi pengguna sekitar negeri Sarawak. Setakat ni kebanyakan pelanggan kami adalah dari kalangan penduduk di sekitar Kuching dan Sibu sebab saya bekerja di Kuching (masih makan gaji oiii.... :) ) manakala isteri saya pula bekerja di Sibu.
Kebiasaannya saya akan uruskan pengedaran produk di sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Bau dan kawasan berdekatan sementara isteri saya uruskan pengedaran produk sekitar Sibu, Sarikei, Julau, Saratok dan area-area yg berdekatan. Bagi pelanggan-pelanggan kami yang agak berjauhan seperti di Betong, Sri Aman, Simunjan, Kapit, Song, Mukah, Bintulu, Miri, Tatau kebiasaannya kami akan gunakan khidmat penghantaran sama ada khidmat poslaju ataupun khidmat penghantaran melalui bas.
Apa yang kami harapkan kehadiran blog ni akan menjadi medan terbaik untuk memudahkan urusan kami mengedarkan produk selain dapat meningkatkan lagi tahap kualiti servis yg akan kami sampaikan kepada anda.
Blog ini adalah blog pertama kami. Jadi, segala kekurangan serta kelemahan pasti akan wujud dalam blog ni dan diharap saudara-saudari dapat maafkan segala cacat cela yang timbul. Insya-Allah kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi segala kelemahan yang kami ada. Semoga blog ni dapat memberi manfaat serta kebaikan untuk kita bersama. Amin....
Apa pun, harapan kami dapatlah saudara-saudari menjemput sahabat handai menjengah blog kami. TQ... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan