Isnin, 4 November 2013

Femmina (GESB) : Keperluan wanita.

Puteri AliAina : Afnan binti Saiful Fadzli


Assalamualaikum & salam sejahtera. Setiap pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cinta hati. Penghujung tahun 2012 Aina telah disahkan mengandung. Namun kegembiraan kami cuma seketika.

Penghujung Mac 2013 kandungan Aina disahkan meninggal. Namun hanya pada 1 Mei 2013 kandungan dapat dilahirkan. Puteri sulung kami diberi nama Afnan binti Saiful Fadzli. Semasa berpantang, kami belum mengenali produk Gamat Emas.

Setelah nifas, Aina mengalami masalah yang mana haid ke-3 berlanjutan sehingga lebih sebulan. Berulang-alik ke klinik dan berjumpa bidan, namun tiada penyembuhan. Alhamdulillah. Kami tidak patah semangat mencari penawar.

Femmina. Delima. Pada satu hari Allah pertemukan Aina dengan kawan lama; Puan Delima. Beranak 5 namun saiz badan XS. Kami pun berbicara masalah wanita; anak, kandungan dan rahim. Beliau juga menceritakan beliau telah jatuh dari motosikal dan menyebabkan rahimnya jatuh dan sekarang mengamalkan produk Gamat Emas; FEMMINA. Menurutnya produk ini amat bagus untuk wanita dan membantu beliau menangani masalah rahimnya.

Aina ceritakan pada Ali tetang FEMMINA. Dalam pada masa yang sama Aina diberi ubat hormon untuk menghentikan darah pada 22 Ogos 2013. Namun pada 5 September 2013 Aina mula mengamalkan pengambilan FEMMINA kerana usaha nak menstabilkan hormon. Ini kerana setelah mengambil pil hormon, Aina langsung tidak datang haid (namun tidak mengandung)serta kerap kurang sihat badan.

Alhamdulillah. Selepas habis 60 biji FEMMINA (30 hari) haid datang dan normal 7 hari. Sekarang Aina masih mengamalkan FEMMINA sebagai ikhtiar untuk mendapat cahaya mata dan menjaga cinta hati (suami). FEMMINA membantu menstabilkan hormon wanita; merawat masalah keputihan, haid yang normal, kurang senggugut, mengecutkan rahim, meningkatkan kesuburan, menganjalkan payudara, mencegah kebuncitan, membentuk tubuh badan serta banyak lagi.

InsyaAllah. Nanti akan dikongsikan lagi testimoni terbaru dari Aina/Ali dan rakan-rakan yang mengamalkan FEMMINA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan