Jumaat, 29 November 2013

Gamat Emas : Makanan tambahan semasa hamil.

Assalamualaikum. Dah genap # minggu mengandung. Belum lagi rasanya nak mengidam atau morning sickness. Tapi kesian kat Ali. Dia yang lebih banyak loya dan muntah. Kepenatan tiap-tiap minggu berulang-alik Kuching-Sibu-Kuching. Dah rezeki PJJ.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja Aina akan mengambil 1 sudu besar Pati Gamat Plus dan sebiji Folic Asid. Selang 2-3 hari awal pagi selepas bangun tidur Aina amal Bioseed 30. Dah dapat gaji nanti nak pujuk Ali belikan C3 Spirulina. Hehehe....

Selain produk Gamat Emas yang Aina amal hari-hari ada 1 lagi benda yang Aina mesti dapat. Air Milo. Entah. Sejak mengandung ni hari-hari nak minum Milo. Turutkan saja sebab senang nak cari.

Aina mengamal Pati Gamat Plus kerana ia ada kesan anti-gastrik, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah. Banyak lagi khasiat Pati Gamat Plus ni.

Bioseed 30 pula Aina amal sebab melawaskan pembuangan air besar dan mengembalikan bakteria baik di dalam usus. Itu antara kahsiatnya. Nak tahu lebih lanjut? Di lain masa Aina kongsikan ya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan