Selasa, 26 November 2013

Gamat eMas Part 2 : Orang Kuat Usaha (O.K.U)

Dalam Part 1 yang lepas Ali ada menceritakan bagaimana pengalaman Ali dipertemukan dengan Gamat eMas. Dan orang yang bertanggungjawab menemukan Ali dan Gamat eMas ialah Encik Tazlan. Orang yang cukup luar biasa di pandangan mata kasar mahupun di mata hati kami.




Mungkin anda pernah bertemu beliau. Ataupun sekadar pernah melihat beliau. Tapi anda tak tahu kat mana anda jumpa dia. Untuk pengetahuan semua tatkala mata kita melihat gambar beliau, sedarkah kita betapa insan tersebut tidak dapat melihat wajah kita walaupun kita hanya selangkah di hadapannya. Mungkin juga beliau pernah terlanggar kita semasa berjalan. Mungkin juga kita pernah hampir terlanggar beliau kerana beliau berseorangan di tengah jalan. Allah lebih mengetahui.

Encik Tazlan merupakan antara sumber inspirasi kami. Seorang yang cacat penglihatan. Namun, mata hatinya cukup jelas. Beliau mampu hidup bebas seperti kita yang sempurna sifat tanpa menagih sekelumit bantuan dari sesiapa. Bahkan kekuatan fizikal dan mentalnya mungkin jauh lebih hebat dari apa yang kami ada.

Beliau merupakan bekas jaguh renang Paralimpik Malaysia. Di Pusat Urut dan Refleksologi miliknya juga penuh dengan pingat-pingat kejuaraannya. Begitu juga gambar-gambar kemenangannya. Mungkin kejayaan beliau terdahulu adalah hasil bantuan dari pihak tertentu. Namun hasil titik peluh beliau lah yang sebenarnya membentuk kejayaan-kejayaan yang digapainya.

Menurut En. Tazlan, beliau pernah mengalami masalah buasir dan pulih sepenuhnya hasil usaha dan ikhtiarnya bersama Gamat eMas. Dan dengan Gamat eMas lah beliau masih berjaya mengekalkan tahap keupayaan fizikalnya di tahap optimum sehingga kini. Terbaru, nama beliau telah terpahat di dalam Malaysia Book Of Record apabila menjadi satu-satunya Orang Kuat Usaha yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Subhanallah... Kalau kami tiak ditemukan dengan Encik Tazlan, mungkin sehingga kini Ali masih dibelenggu masalah tongsil, resdung, stress, kurang tenaga dan pelbagai masalah. Begitu juga Aina, mungkin masih dibelenggu masalah hormon, stress, peranakan, mudah lupa dan sebagainya. Sesungguhnya Allah perancang terbaik. Dipertemukan Allah kepada kami dengan khasiat produk-produk seperti Pati Gamat Plus Vitamin, C3 Spirulina, Bioseed 30, G Cafe Pegaga, Femmina, Gel Gamat dan pelbagai produk keluaran Gamat eMas Sdn. Bhd. melalui insan yang sedikit pun tidak pernah melihat bentuk produk-produk tersebut. Apatah lagi melihat wajah kami. Semoga kehidupan hidup Encik Tazlah dipenuhi barakah dan syafaat dari Yang Maha Esa. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan