Isnin, 18 November 2013

Gamat eMas Part 1 : Titik Pertemuan


Waktu malam-malam macam ni lepak sorang-sorang kat bilik terkenang pulak kenangan bagaimana tuhan pertemukan kami (Ali & Aina) dengan Gamat eMas. SUBHANALLAH... Percaturan tuhan memang cukup kemas dan teliti.

Asalnya bermula dengan niat untuk redakan stress. So, Ali buat keputusan untuk buat massage. Kebiasaannya Ali memilih untuk membuat massage dengan seorang tukang urut warga Indonesia yang selalu datang ke Kuching untuk buat perkhidmatan massage. Memandangkan tukang urut itu tidak bertandang di Kuching pada waktu itu, Ali terus membuat keputusan untuk berurut di Pusat Urut Orang Cacat Penglihatan.

Tukang urut itu bernama En. Tazlan. Bukan calang-calang orangnya. Merupakan bekas jaguh renang Paralimpik negara dan kini menjadi jurulatih sambilan acara renang bagi orang senasib dengannya. Sebenarnya Ali memang dah lama mengenali En. Tazlan sebab pernah berurut dengannya pada tahun 2007. Namun perkhidmatannya terhenti kerana sibuk dengan tugasnya sehingga memaksa beliau menetap di Kuala Lumpur sehingga ke tahun 2011. ALHAMDULILLAH... Seperti yang kami katakan. Percaturan tuhan amat kemas dan teliti. Kalau tak kerana terpisah dengan khidmat beliau mungkin tak ada coretan untuk En. Tazlan di sini. Yang ada mungkin sekadar kenalan.

Berbalik kepada isi yang ingin kami sampaikan. Sambil berurut, En. Tazlan yang juga pengedar Gamat eMas pada masa itu tidak melepaskan peluang yang ada untuk memperkenalkan beberapa produk keluaran Gamat eMas sambil menceritakan pengalamannya menggunakan produk tersebut kepada Ali. En. Tazlan menemui Gamat eMas ketika beliau bertugas di Kula Lumpur tetapi terbuka hati menjadi ahli setelah tibanya kembali ke bumi Kuching. Baru saya tahu yang beliau juga mengalami masalah buasir dan batu karang yang kronik sebelum tu. ALHAMDULILLAH... Berkat ikhtiar dan tawakkalnya terhadap produk Gamat eMas kini beliau bebas dari penyakit tersebut.

Secara jujurnya Ali langsung tidak berminat untuk mendengar apa yang diceloteh oleh En. Tazlan namun atas dasar menghormati Ali hanya mengiyakan sahaja. Dipasang pula rakaman suara testimoni kepada Ali, makin stress Ali dibuatnya. Namun Ali tetap menahan rasa bosannya. Dalam hati Ali hanya satu, "Apa yang hebat sangat Gamat eMas. Macam poyo ja. Tak glamour langsung". Hehe..

Tapi sampai satu part bila diceritakan mengenai G Cafe Pegaga, di situ lah ego Ali mula menurun. Ali memang peminat pegaga sebenarnya. Diulam dengan sambal belacan ala Kedah... Perghhh!!!!
Ali dah mula bersoal mengenai G Cafe Pegaga. En. Tazlan bukanlah seorang promoter yang hebat tapi kerana produk itu hebat, maka En. Tazlan tidak perlu susun ayat berapi-api untuk Ali jatuh cinta dengan G Cafe Pegaga. ALLAHUAKBAR... sekali lagi. Percaturan tuhan itu begitu kemas dan teliti. Seandainya En. Tazlan tidak menyebut tentang G Cafe Pegaga ataupun tidak menyebut perkataan pegaga, pasti Ali tak pandang produk Gamat eMas walaupun hanya sebelah mata.

Sampai ke hari ini, Ali amat gemar minum air G Cafe Pegaga terutama pada waktu malam. Bagi Ali, G Cafe Pegaga antara penawar stress dan lelah yang cukup baik untuk diamal.

In Sha Allah, Titik Pertemuan (Part 2) akan menyusul tak lama lagi. Nantikan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan