Rabu, 16 Oktober 2013

Pakej Pemuliharaan Aset Wanita (Gamat Emas SB)

Pakej khas untuk wanita. Dengan gabungan khasiat 3 sumber phytoestrogen (penawar perubatan tradisional wanita) yang utama di 3 buah negara iaitu Thailand, Malaysia dan India di dalam Femmina serta ditambah dengan khasiat pati ekstrak gamat emas dan pegaga mampu melengkapkan keperluan penjagaan aset-aset utama wanita iaitu rahim, payudara, hormon estrogen, kitaran haid, pinggul, kulit dan susuk badan.



Jumlah Harga : RM 148.60

* Harga pakej promosi diberikan hanya berdasarkan harga pasaran Sabah & Sarawak.

Pakej Penjagaan Kesihatan Gamat Emas

Pakej terbaik untuk mereka yang berhajat untuk memantapkan lagi tahap kesihatan, daya imuniti (lawan penyakit) serta merawat penyakit kulit, luka dalaman dan luaran, penyakit berkaitan organ seperti jantung, buah pinggang, pernafasan, mengawal tahap glukos dan kolesterol dalam darah dan banyak lagi.


Gabungan khasiat pati ekstrak gamat emas dan Vitamin C di dalam Pati Gamat Plus Vita serta gabungan spirulina, klorofil, Vitamin C dan Coenzime Q10 (minyak ikan) pasti mampu melengkapkan mineral yang diperlukan tubuh anda.

Jumlah harga : RM 194.00

* Harga pakej promosi diberikan hanya berdasarkan harga pasaran Sabah & Sarawak.

Isnin, 14 Oktober 2013

Shampoo Rambut Gamat (Gamat Emas SB)

Nama Produk:
Shampoo Rambut Gamat

Kegunaan:
Penjagaan Luaran

Harga:


Kandungan:
200 ml

Berat:
230 gram

Tatacara Penggunaan:
Basahkan rambut dan gosokkan sedikit Shampoo Rambut Gamat di rambut kira-kira 1 minit dan bilas hingga bersih.

Diformulasi bagi menjaga rambut dan kulit kepala. Ianya diperkaya dengan kandungan rasa menthol bagi meninggalkan rasa nyaman dan mencegah masalah migrain. Khasiat pati ekstrak gamat membantu melancar oksigen serta pengaliran darah di kepala.

Formula anti kelemumur dan anti fungal serta bertindak baik untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

Gel Mandian Gamat (Gamat Emas SB)

Nama Produk:
Gel Mandian Gamat

Kegunaan:
Penjagaan Luaran

Harga:

Kandungan:
200 ml

Berat:
250 gram

Tatacara Penggunaan:
Basahkan sedikit di bahagian yang perlu dicuci dan ambik sedikit Gel Mandian Gamat dan gosokkan. Bilas dengan air sehingga bersih.

Diformulasi secara saintifik dengan kandungan kolagen dari pati ekstrak gamat dan diperkaya dengan Vitamin E. Ianya membantu membersih, menyegar, melembut serta menganjalkan kulit.

Produk anti ruam atau ekzema dan sesuai digunakan bagi mengatasi masalah penyakit gatal seperti panau dan kurap. Amat sesuai untuk digunakan sebagai cucian feminin.

Losyen Badan Gamat (GESB)

Nama Produk:
Losyen Badan Gamat

Kegunaan:
Kecantikan Luaran

Harga:

Kandungan:
175 ml

Berat:
200 gram

Tatacara Penggunaan:
Sapu rata di seluruh kulit badan.

Losyen Badan Gamat ini diformulasi secara saintifik dengan kandungan kolagen dari ekstrak gamat dan diperkaya dengan Vitamin E serta asid buah-buahan untuk melembap, melembut serta menghaluskan kulit.

Amat sesuai bagi mengatasi masalah kulit kering, gatal, melecur dan merekah. Satu alternatif terbaik untuk menghindari gigitan nyamuk. Sesuai dijadikan bekal untuk dibawa kemana-mana untuk digunakan ketika perlu.

Boleh juga digunakan sebagai krim rambut untuk menguatkan serta membaikpulih masalah rambut selain melancarkan pengaliran oksigen dan darah di bahagian kepala.

Khamis, 10 Oktober 2013

Krim Urut Gamat (GESB)

Nama Produk:
Krim Urut Gamat

Kegunaan:
Penjagaan Luaran

Harga:


Kandungan:
60ml

Berat:
150 gram

Tatacara Penggunaan:
Sapu ditempat yang perlu

Krim Urut Gamat diformulasikan khas daripada gamat emas yang tulen dengan tambahan minyak putih dan kandungan menthol.
Krim Urut Gamat amat aktif untuk mengurangkan lenguh sendi dan sakit otot. Bagi mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti selsema, kahak, hidung tersumbat dan sesak nafas bolehlah membuka tudung tiub dan menghidu bau Krim Urut Gamat ini bagi menyegarkan kembali pernafasan.

Dengan saiz dan bentuk botol yang begitu menarik anda pasti gembira untuk membawanya kemana-mana. Ianya akan menjadi rakan terbaik sama ada pada diri anda mahupun pada sesiapa sahaja sebagai rawatan awal atau rawatan kecemasan ketika berlaku sebarang kemalangan yang tak diduga.

Krim Gamat (GESB)

Nama Produk:
Krim Gamat

Kegunaan:
Penjagaan Luaran

Harga:

Kandungan:
60ml

Berat:
150 gram

Tatacara Penggunaan:
Sapu ditempat yang perlu

Krim Gamat diformulasikan dengan ekstrak gamat dan aloe vera serta diperkaya dengan Vitamin E yang amat diperlukan oleh kulit manusia.
Krim Gamat amat aktif menyembuh dan mengatasi gangguan masalah kulit yang bersifat kering seperti kulit merekah, kulit bersisik, campak, keguguran rambut, kelemumur, jeragat, parut dan sebagainya. Sekiranya pengguna mengamalkannya di bahagian muka, ianya mampu membantu melembapkan kulit muka selain melicin, menggebu serta menganjalkan kulit muka.

Dengan saiz dan bentuk botol yang begitu menarik anda pasti teruja untuk membawanya kemana-mana. Ianya akan menjadi rakan terbaik sama ada pada diri anda mahupun pada sesiapa sahaja sebagai rawatan awal atau rawatan kecemasan ketika berlaku sebarang kemalangan yang tak diduga.

Gel Gamat (GESB)

Nama Produk:
Gel Gamat

Kegunaan:
Penjagaan Luaran

Harga:

Kandungan:
60ml

Berat:
150 gram

Tatacara Penggunaan:
Sapu ditempat yang perlu

Gel Gamat diformulasikan dengan ekstrak gamat yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral serta khasiat teh hijau. Keupayaan khasiat ekstrak dari gamat emas yang tulen membolehkan pengguna melindungi diri dari segala masalah kulit.
Gel Gamat amat aktif menyembuh dan mengatasi gangguan masalah kulit yang bersifat lembap atau basah seperti luka, lecuran, nanah. kudis, sengatan serangga, jerawat, kulit berminyak dan sebagainya.

Dengan saiz dan bentuk botol yang begitu menarik anda pasti gembira untuk membawanya kemana-mana. Ianya akan menjadi rakan terbaik sama ada pada diri anda mahupun pada sesiapa sahaja sebagai rawatan awal atau rawatan kecemasan ketika berlaku sebarang kemalangan yang tak diduga.

Selasa, 8 Oktober 2013

G Cafe Pegaga (GESB)


Nama Produk:
G Cafe Pegaga

Kegunaan:
Minuman Kesihatan

Kandungan:
25 sachet sekotak

Harga:

Berat:
550 gram

Tatacara Penggunaan:
Campurkan 1 sachet ke dalam air suam atau panas.
Boleh diminum pada bila-bila masa.

Diadun dari kopi arabica dengan gabungan gamat dan pegaga. Antara khasiat G Cafe Pegaga ialah mampu membantu melancarkan peredaran darah, menganjalkan kulit, penyembuhan luka dalaman, meningkatkan daya ingatan dan tumpuan, memberi ketenangan minda serta meningkatkan tahap kesihatan. Sesuai diamalkan oleh kaum wanita bagi membantu memperkuatkan rahim.

Amat sesuai untuk dijadikan minuman petang dan setelah penat bekerja bagi memanfaatkan masa rehat yang ada.

Kesan testimoni:-

  • Wanita yang telah putus haid tiba-tiba didatangi darah seperti haid untuk sehari dua selepas beberapa hari mengamalkannya. Ianya adalah tindak balas penyucian rahim. In Shaa Allah tiada lagi bekas atau saki baki haid di dalam rahim.
  • Ramai pengguna mengakui G Cafe Pegaga sebagai satu alternatif terbaik untuk mengurangkan stress.

G Cafe Ubi Jaga (Light) [GESB]

Nama Produk:
G Cafe Ubi Jaga (Light)

Kegunaan:
Minuman Kesihatan

Harga:


Kandungan:
25 sachet sekotak

Berat:
550 gram

Tatacara Penggunaan:
Campurkan 1 sachet ke dalam secawan air suam.
Boleh diminum bila-bila masa.

Gabungan khasiat kopi arabica, gamat dan ubi jaga yang bermutu tinggi. Produk ini mampu membantu melancarkan pengaliran darah serta memperbaiki keupayaan seks terutama kepada kaum lelaki.

Ianya amat sesuai untuk dijadikan hidangan ketika bersarapan, minum petang dan malam. Ianya akan menyegarkan badan dan mampu membantu meningkatkan daya fokus.

Femmina (GESB)


Nama Produk:
Femmina

Penggunaan:
Penjagaan dalaman wanita

Kandungan:
60 biji kapsul setiap botol
Harga:

Berat:
100 gram

Cara Menggunakan:
2 biji kapsul setiap hari selepas sarapan pagi.
(Tidak digalakkan diambil semasa kedatangan haid)


Femmina ialah sejenis pemakanan tambahan unik menggabungkan formulasi terkini terdiri daripada 3 sumber phytoestrogen semulajadi dari 3 buah negara berasingan iaitu Pueraria mirifica (Thailand), Labisia pumila (Malaysia) dan Asparagus racemosus (India). Khasiat phytoestrogen adalah satu anugerah kepada wanita kerana ia bertindak seperti estrogen iaitu hormon wanita yang menyokong kesan estrogenik kepada organ khusus wanita seperti payudara, rahim dan ovari. 

Bagi wanita yang berumur, mereka akan mengalami perubahan dramatik disebabkan oleh penurunan tahap estrogen. Sistem dan fungsi tubuh badan akan menurun yang seterusnya akan memberi perubahan dari sudut fisiologi dan psikologi. Pengambilan Femmina amat sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan faktor-faktor perubahan tersebut.

Antara khasiat serta faedah yang terbukti membantu pengguna setelah mengambil femmina ialah:
  • Membesar dan menganjalkan payudara
  • Melicin serta mengetatkan faraj
  • Meningkatkan libido dan tenaga wanita
  • Menstabil, membina serta membaikpulih sistem peranakan wanita
  • Membantu memulihkan kitaran haid
  • Membantu membasmi masalah keputihan yang melampau.
  • Mengatasi masalah senggugut
  • Menggalakkan penghasilan susu.
  • Menghindari penuaan pramatang
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Membantu membentuk tubuh badan impian wanita
  • Melambatkan uban dan menggalakkan penumbuhan rambut.
  • Mencegah kebuncitan pada perut.
  • Mengatasi masalah rabun mata.
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Mengelakkan masalah rheumatic.
  • Mengatasi masalah tidur.
Femmina ni memang lain macam sikit. Kalau tak percaya sila klik link-link testimoni dan sharing kami mengenai Femmina kat bawah:-



Mahukan pembelian pakej? Klik Pakej Pemuliharaan Aset Wanita

Untuk membuat tempahan dan bayaran sila hubungi kami di sini 

Untuk mengetahui kaedah penyerahan produk pula sila klik di sini.

Bioseed 30 (GESB)



Nama Produk:
Bioseed 30

Kegunaan:
Minuman Fiber

Harga:


Kandungan:
30 sachet

Berat:
300 gram

Cara Menggunakan:
Masukkan ke dalam air, kacau sehingga larut dan minum.
(Jangan gunakan air panas atau suam)
Diambil sebelum makan.
Dewasa 1-2 sachet sehari (pagi dan petang)
Kanak-kanak 1 sachet sehari.


Bioseed 30 ialah minuman serat dengan Plantago Ovata, Ulmus Fulva, probiotik serta ekstrak gamat membantu menyihatkan usus dan penghadaman disamping mengawal gula dan kolesterol darah.

Ianya juga baik baik juga membantu detoks usus anda sebelum memulakan pengambilan produk makanan kesihatan lain mahupun sebarang program pelangsingan.



Antara kebaikan atau khasiat Bioseed 30 ialah :

  • Menggalakkan penyingkiran kotoran bahan buangan dengan sewajarnya serta membersihkan usus.
  • Mengaktifkan proses penghadaman serta penyerapan zat makanan dengan baik.
  • Mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah.
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Melegakan ulser.
  • Meredakan radang usus.
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Mengembalikan bakteria baik dalam usus.
  • Melawan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan dalaman.
  • Meningkatkan tahap imuniti badan.
  • Merawat penyakit yang berkaitan dengan usus seperti buasir, gastrik dan kembung perut, cirit-birit dan sebagainya.
  • Mengawal berat badan.
Untuk membuat tempahan dan bayaran bolehlah rujuk di sini 
Untuk mengetahui kaedah penyerahan produk pula sila lawati kami di sini.

Bio H (GESB)

 

Nama Produk:
Bio H

Kegunaan:
Makanan Kesihatan

Harga:


Kandungan:
20 sachet

Berat:
300 gram

Tatacara Penggunaan:
1 sachet sehari sebelum tidur selepas 2 jam makan malam.

Bio H merupakan satu formula semulajadi yang bebas dari lemak dan gula. Ianya juga mengandungi faktor perangsang rembesan hormon HGH (hormon tumbesaran) dan kelenjar pituitari. Ramai pengguna menganggap Bio H sebagai satu makanan yang mampu memberi nafas baru kepada mereka kerana keupayaannya meremajakan tubuh badan serta tenaga luaran dan dalaman jelas terbukti setelah mengamalkannya beberapa minggu.

Antara manfaat penggunaan Bio H ialah :
  • Anti penuaan
  • Mengembalikan fungsi badan dengan baik.
  • Mengatasi masalah mati pucuk pada lelaki.
  • Memperbaiki fungsi seks.
  • Meningkatkan imuniti.
  • Meningkatkan tahap tenaga seperti di usia remaja.
  • Meningkatkan fokus.

Untuk membuat tempahan dan bayaran sila rujuk di sini 

Untuk mengetahui kaedah penyerahan produk pula bolehlah di rujuk di sini.

C3 Spirulina (GESB)


Nama Produk:
C3 Spirulina

Kegunaan:
Penjagaan Serta Rawatan Luaran Dan Dalaman

Harga:

Kandungan:
500ml sebotol

Berat:
600 gram


Cara Menggunakannya:
Minum 1 sudu besar 2 kali sehari
(Boleh dibuat minuman selepas sarapan dan makan malam)
Satu-satunya produk yang berasaskan spirulina dan diperkayakan dengan tambahan 3C (Chlorophyll, Vitamin C dan Coenzime 10) yang tiada dalam kandungan spirulina bagi melengkapkan keperluan khasiat dalam diri seseorang. Ianya juga telah ditambah dengan perisa blackcurrant bagi memastikan rasanya yang jauh lebih enak.


Secara umumnya ramai yang tahu betapa amat pentingnya spirulina untuk digunakan manusia sebagai nutrisi tambahan sehinggakan ada yang menganggap spirulina sebagai makanan kedua terbaik selepas susu ibu.

Isteri saya sendiri satu ketika dulu pernah mengambil produk spirulina, vitamin c dan minyak ikan (untuk menambah khasiat Coenzime Q10) secara berasingan. Klorofil sahaja yang belum diambil kerana kekurangan modal. Akhirnya C3 Spirulina menjadi penyelesaian terbaik kepada isteri saya dan saya. Tidak perlu berbelanja sehingga RM300 sebulan untuk dapatkan khasiat yang setara dengan C3 Spirulina. Bahkan impak C3 Spirulina jauh lebih menampakkan kesan berbanding produk yang isteri saya gunakan terdahulu.

Sesuatu yang memberi kelebihan kepada C3 Spirulina ini ialah ianya berbentuk cecair dan senang meresap ke dalam badan.

Antara khasiat terpenting yang pengguna C3 Spirulina akan nikmati ialah:


  • Membekalkan nutrisi yang seimbang untuk menjaga faktor tumbesaran dan mengawal tahap imunisasi.
  • Melancarkan sistem dan fungsi organ dalam badan.
  • Merangsang penghasilan kolagen dalam tumbuh badan untuk menjaga keremajaan kulit.
  • Melancarkan dan membersihkan sistem pengedaran darah. ( Boleh juga dikatakan sebagai satu cara untuk mengurangkan kolesterol dalam darah)
  • Menambah serta memperkuatkan sel darah merah.
  • Menyihatkan fungsi hati dan limpa.
  • Membantu meningkatkan keupayaan seks.
  • Memelihara selaput mukus bagi mengelakkan kehadiran ulser dan gastrik.
  • Mengelakkan sembelit dan buasir.
  • Antioksida dan anti-toksin.
  • Khasiat terbaik yang diperlukan bayi dalam kandungan dari ibunya.
  • Mengimbangi sistem hormon.

Testimoni kami berkaitan C3 Spirulina ada di sini:

Untuk membuat tempahan dan bayaran sila rujuk di sini 
Untuk mengetahui kaedah penyerahan produk pula boleh rujuk di sini.

Pati Gamat Plus Vita (GESB)


Nama Produk: 
Pati Gamat Plus Vita

Kegunaan: 
Penjagaan dan Rawatan Dalaman & Luaran

Harga: 


Kandungan:
350 ml sebotol

Berat:
550 gram

Cara Penggunaan:
1) Untuk penjagaan minum 1 sudu 2 kali sehari sebelum makan. (Sarapan dan makan malam)
2) Untuk rawatan minum 2 sudu 2 kali sehari sebelum makan. (Sarapan dan makan malam)
(Boleh dicampur dengan air sebagai minuman)


Pati Gamat Plus Vita adalah satu produk makanan tambahan (suplement) yang cukup hebat. Bahkan produk ini merupakan antara produk terlaris dalam pasaran GESB.

Bagi memperhebatkan lagi produk ini pihak syarikat GESB telahpun menemui formula yang cukup menarik apabila ianya telah diperkayakan dengan kandungan vitamin serta berperisa oren. Dengan rasanya yang enak dan faktor patinya yang mudah untuk diserap kedalam tubuh badan, pengguna pasti akan mendapat impak yang cukup menarik terhadap perkembangan positif pada tubuh badan terutama di bahagian kulit.

Berikut adalah antara khasiat yang terdapat di dalam Pati Gamat Plus Vita:

  • Penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • Kesan antithrombotik untuk mencegah darah beku
  • Penahan sakit (paint killer) semulajadi bagi membantu pesakit migrain, senggugut, ghout dan sebagainya.
  • Antithistamina membantu mengawal penyakit kulit, resdung dan athma.
  • Meningkatkan metabolisma bagi meningkatkan tenaga dan kesegaran tubuh badan.
  • Kandungan kolagen dan sifat antioksida membantu proses awet muda.
  • Meredakan bengkak dan mengecutkan buasir.
  • Merendahkan paras kolesterol.
  • Mencegah serangan jantung dan strok.
  • Menstabilkan kencing manis dan darah tinggi.
  • Menguatkan jantung
  • Menyihatkan sendi, urat dan tulang.
  • Meredakan ulser.
Testimoni Pati Gamat Plus Vita:



Untuk membuat tempahan dan bayaran sila rujuk di sini 

Untuk mengetahui cara penghantaran produk boleh rujuk di sini.

Gamat Emas


Salam Sejahtera...

Untuk makluman kami juga merupakan pengedar kepada produk-produk dibawah naungan Gamat Emas Sdn. Bhd (GESB). Banyak produk dari GESB yang telah kami gunakan serta pasarkan dan kami tidak pernah rasa jemu dengan penggunaan produk-produk tersebut. Dengan harganya yang cukup-cukup berpatutan, kualiti yang sangat luar biasa serta kredibiliti syarikat GESB amat membuatkan kami terus teruja dengan manfaat yang kami dapat dari GESB.


Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB)

GESB adalah sebuah syarikat bumiputera dan telah bertapak di Malaysia sejak 30 September 1999 lagi dengan menggunakan nombor pendaftaran syarikat 495209 K dan nombor akta jualan langsung (AJL) 931357. Merupakan sebuah syarikat yang begitu kukuh dan kini diiktiraf sebagai sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang telah berjaya.

GESB tidak mempunyai sebarang hutang dari mana-mana institusi dan kini telahpun memiliki bangunan sendiri. Dan kelebihan itulah yang membuatkan kami yakin dengan keupayaan GESB dan kami tidak teragak-agak untuk memasatkan produk-produk dari GESB.

Gamat Emas





Itu adalah gambar ataupun rupa gamat emas. Menggelikan??? Jangan bimbang. Ianya tetap makhluk ciptaan tuhan. Dan tuhan telah memberikan kebaikan kepadanya untuk kita sama-sama terima manfaat.

Gamat emas adalah tergolong dalam spesis mentimun laut. Terdapat lebih 2000 spesis mentimun laut dan 49 daripadanya adalah spesis yang dikategorikan sebagai gamat. Dan hanya 9 jenis gamat sahaja yang berada di perairan Malaysia dan salah satunya adalah gamat emas atau nama saintifiknya Stichopus Hermanii.

Hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim di bawah geran TechnoFund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia semenjak dari tahun 1983 hinggalah sekarang mendapati bahawa gamat emas adalah sejenis gamat yang paling berkhasiat berbanding lain-lain spesis gamat. Ianya mengandungi 44% protein, 3-5% karbohidrat serta kurang daripada 2% lemak kasar. Selain itu, gamat emas juga mempunyai pelbagai bahan bioaktif seperti asid amino, vitamin, mineral, asid lemak perlu dan sebagainya. Ianya amat bermanfaat untuk menyembuhkan luka sama ada dalaman ataupun luaran, merangsang perawatan penyakit kulit serta pelbagai penyakit seperti jantung, sendi, ulser, gastrik dan sebagainya.

Apa yang membuatkan keyakinan saya kepada produk dari GESB ini ialah Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim sendiri merupakan Konsultan Gamat Emas Sdn. Bhd. Seorang yang pakar tentang mentimun laut, bahkan spesis gamat apatah lagi gamat emas pasti mampu memberikan penghasilan produk-produk bermutu tinggi kepada syarikat GESB.


Pengiktirafan


Produk-produk yang telah dikeluarkan oleh pihak GESB juga telah disahkan halal oleh JAKIM dan mendapat status Good Manufacturing Practice.


Produk Gamat Emas Sdn. Bhd

Antara produk GESB kegemaran kami dan produk yang begitu hangat di pasaran ialah:
(sila klik pada nama produk untuk maklumat produk)

Selasa, 1 Oktober 2013

Kos Penghantaran

Buat masa ni kami menggunakan 3 kaedah untuk mengedarkan produk yang kami jual.

Cash On Delivery
 
Pertama melalui kaedah penghantaran ke rumah ataupun ke mana-mana tempat pertemuan yang dijanjikan. Namun buat masa ni kami mengedarkan dengan menggunakan kaedah ini hanya di sekitar bandar Kuching dan Sibu.

Perkhidmatan Penghantaran Melalui Bas
 
Kaedah kedua ialah melalui kaedah perkhidmatan penghantaran menggunakan bas. Kaedah ini kami gunakan untuk dihantar ke terminal-terminal bas utama di sekitar Sarawak iaitu Sarikei, Mukah, Bintulu dan Miri. Kaedah ini adalah kaedah yang lebih murah dan lebih cepat. Pelanggan cuma perlu membayar RM6.00 untuk jumlah berat di bawah 1kg dan tambahan RM1.00 sahaja bagi setiap tambahan kg bagi produk-produk yang dibeli.

Poslaju
 
Kaedah terakhir ialah menggunakan perkhidmatan Poslaju. Kaedah ini kebiasaannya kami gunakan untuk mengedarkan produk yang kami jual di seluruh tempat (mengikut kehendak pelanggan) termasuk ke negeri Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Di bawah ini saya lampirkan gambaran jumlah kos yang perlu ditanggung mengikut zon-zon penghantaran melalui Poslaju.





Bagi yang kurang jelas tentang kaedah dan kos penghantaran ini bolehlah hubungi kami. Insya-Allah kami cuba jelaskan apa yang kurang.

Tempahan & Bayaran

Sebarang tempahan serta cara pembayaran produk yang kami edar bolehlah dirujuk kepada saya atau isteri saya

Saiful Fadzli Bin Ahmad Foat
No. Tel/Whatsapp : 011-3927 2201
Email : chavrolette06@yahoo.com
Facebook : https://www.facebook.com/sfadzli


Noor Aina Binti Reduan
No. Tel/Whatsapp : 011-3927 2090
Email : ali.nooraina@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/aniaroon

Alternatif utama untuk membuat pembayaran secara online bolehlah dimajukan terus ke akaun Maybank saya (No. Akaun : 152031389989).

Salam Pembuka Kata


Assalamualaikum...

Terlebih dahulu izinkan saya kirimkan jutaan terima kasih kepada saudara-saudari kerana sudi untuk menjengah blog kami yang tak seberapa ini.

Untuk pengetahuan saudara-saudari, blog ni kami suami isteri bina adalah untuk memperkenalkan serta kongsikan kepada anda beberapa produk tempatan yang telah kami guna dan kami kagum dengan manfaat yang kami terima. 

Selain itu, kami juga berhasrat untuk memperluaskan serta mempermudahkan lagi urusan kami memasarkan beberapa produk yang kami edarkan khususnya bagi pengguna sekitar negeri Sarawak. Setakat ni kebanyakan pelanggan kami adalah dari kalangan penduduk di sekitar Kuching dan Sibu sebab saya bekerja di Kuching (masih makan gaji oiii.... :) ) manakala isteri saya pula bekerja di Sibu.

Kebiasaannya saya akan uruskan pengedaran produk di sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Bau dan kawasan berdekatan sementara isteri saya uruskan pengedaran produk sekitar Sibu, Sarikei, Julau, Saratok dan area-area yg berdekatan. Bagi pelanggan-pelanggan kami yang agak berjauhan seperti di Betong, Sri Aman, Simunjan, Kapit, Song, Mukah, Bintulu, Miri, Tatau kebiasaannya kami akan gunakan khidmat penghantaran sama ada khidmat poslaju ataupun khidmat penghantaran melalui bas.

Apa yang kami harapkan kehadiran blog ni akan menjadi medan terbaik untuk memudahkan urusan kami mengedarkan produk selain dapat meningkatkan lagi tahap kualiti servis yg akan kami sampaikan kepada anda.

Blog ini adalah blog pertama kami. Jadi, segala kekurangan serta kelemahan pasti akan wujud dalam blog ni dan diharap saudara-saudari dapat maafkan segala cacat cela yang timbul. Insya-Allah kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mengatasi segala kelemahan yang kami ada. Semoga blog ni dapat memberi manfaat serta kebaikan untuk kita bersama. Amin....

Apa pun, harapan kami dapatlah saudara-saudari menjemput sahabat handai menjengah blog kami. TQ... :)