Selasa, 8 April 2014

Pendaftaran Keahlian



Terlebih dahulu Ali nak cerita serba sedikit tentang pendaftaran keahlian. Yuran keahlian GESB hanya serendah RM77.00 seumur hidup. Ali ulang, seumur hidup. Tiada yuran tahunan yang perlu ditambah.



Dengan mengisi borang pendaftaran serta bayaran RM77.00 tadi tu anda akan mendapat pelbagai faedah di GESB. Pertama sekali anda akan diberikan satu set kit perniagaan yang mengandungi nota-nota berkaitan latar belakang syarikat, produk, pelan pemasaran, panduan kejayaan dan kod etika GESB. Disamping itu, anda juga akan diberikan 2 keping sticker Gamat Emas, 4 sampel C3 Spirulina, 4 sampel PGPV, 3 keping borang keahlian, 1 buku resit jualan GESB, Kupon New Distributor Training dan 1 keping video korporat GESB.



Ada yang Ali tertinggal??? Maaf… Saja buat lupa.. Kad Keahlian akan dihantar ke alamat pendaftaran dalam tempoh 1-2 bulan.



Itu saja??? Ada lagi. Bahkan ini yang membuat Ali tak fikir panjang untuk mendaftar sebagai ahli GESB dulu iaitu skim khairat kematian dengan nilai imbuhan sehingga RM8000. Bukan Ali nak ajak anda berfikir bahawa untungnya kalau berlaku kematian ahli keluarga (Na’uzubillahiminzalik), tapi dengan hasil bayaran yuran yang kita buat tu sebenarnya dah jadi satu nilai sumbangan atau sedekah. Kenapa Ali cakap macam tu??? Cuba anda fikir… Jika berlaku kematian sama ada ahli GESB, pasangan ahli ataupun anak ahli, wang dari dana yuran pendaftaran GESB secara automatik akan menjadi satu bentuk sumbangan sebagai bantuan kepada mereka yang kehilangan nyawa tadi. Mungkin tidak cukup besar tapi setidak-tidaknya mampu membantu disaat mereka perlukan. Dan sama ada sedar ataupun tidak kita telahpun membuat satu jariah yang besar hanya dengan membuat pembayaran pendaftaran keahlian GESB.



Berapa jumlah imbuhan???

Apa syarat kelayakan???

Apa pula syarat tuntutan???



Panjang jugak kalau nak diterang dengan detail. So, kat bawah ni Ali sertakan satu gambar yang boleh menjelaskan segala persoalan tadi.





Ali harap penjelasan yang Ali buat jelas. Segala kelemahan dari penggunaan Bahasa mahupun penerangan Ali terdahulu mohon maaf. Minta tunjuk ajar bagi mereka yang lebih arif dan kepada yang masih kurang jelas dengan penerangan Ali boleh ajukan persoalan di bawah atau terus hubungi Ali atau Aina.

Untuk peringkat seterusnya Ali ingin bawa anda mengenali Pelan Pemasaran GESB. Sila klik link kat bawah ni.

Pelan Pemasaran Fasa 1 : Pengedar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan