Selasa, 8 April 2014

Pelan Pemasaran Fasa 1: Pengedar

Selamat menyelami khazanah yang ada di dalam Pelan Pemasaran GESB. Bagi yang biasa dengan sistem pelan pemasaran Multi Level Marketing mungkin tak susah nak faham. Tapi bagi mereka yang baru nak kenal pelan pemasaran tu memang susah sikit nak faham sepenuhnya. Tak pa... Ali cuba bentangkan sebaik mungkin. Kalau tak faham jugak boleh komen kat bawah atau hubungi Ali personally.

Setelah anda mendaftar menjadi ahli GESB secara automatik anda dilantik menjadi PENGEDAR dalam GESB. Anda bukan sahaja dah dapat membeli produk-produk GESB dengan harga ahli yang lebih murah dari harga jualan, bahkan anda juga boleh membuat jualan produk-produk keluaran GESB.

Terlebih dahulu Ali nak kenalkan peringkat-peringkat atau pangkat-pangkat yang ada di dalam GESB.




Terdapat 4 lagi peringkat atau pangkat menanti selepas mendaftar jadi ahli iaitu Pengurus (Manager), Pengurus Emas (Gold Manager), Direktor Emas (Gold Director) dan Duta Emas (Gold Ambassador). Tapi bukan itu yang Ali nak bincangkan dahulu. Apa yang Ali nak bentangkan ialah tentang bonus dan keuntungan-keuntungan yang bakal diterima oleh seorang ahli atau pengedar.

Terdapat 3 jenis bonus yang ditawarkan kepada ahli GESB di  peringkat Pengedar iaitu:-

1. Untung Runcit (15-25%)

Seperti yang Ali katakan terdahulu sebaik sahaja anda selesai mendaftar keahlian bersama GESB anda telahpun layak mendapat manfaat produk pada harga ahli yang 15% hingga 25% lebih murah dari harga jualan. Gambarajah di bawah Ali sertakan untuk anda lihat dan nilai sendiri berapa banyak perbezaan harga pengedar setiap produk keluaran GESB berbanding harga jualan.


Maaf sebab resolusi imej tak cukup jelas. Ali cuma copy dari kit perniagaan saja. Kalau Ali ada masa nanti Ali buat yang lebih baik.

Ada satu benda yang Ali perlu maklumkan. Harga Pengedar ni bukan untuk ahli berpangkat Pengedar saja. Harga Pengedar tu untuk semua ahli tak kira pangkat. Waimma pangkat Duta Emas pun akan menerima jumlah harga pengedar yang sama.

Ali cuba bagi 1 contoh k....

"Adam adalah seorang ahli baru GESB dari Kuching dan telah membeli 1 C3 Spirulina, 1 Bioseed 30, 1 Pati Gamat Plus, 1 Fresh Deodorant, 1 Orogard, 1 Pencuci Muka Gamat, 1 Shampoo Gamat dan 1 kotak Sabun Buku Gamat untuk kegunaan sekeluarga."
"Adam juga telah menjual 5 botol C3 Spirulina, 5 kotak Bioseed 30 dan 5 botol Pati Gamat Plus kepada rakan-rakan dan saudara-maranya."

Jadi mari kita kira berapa Untung Runcit yang diraih Adam.

Memandangkan Adam adalah ahli dari Kuching dan membelinya di Kuching maka bererti Adam perlu membeli pada harga yang dikhaskan untuk Malaysia Timur. Lihat rajah senarai harga produk di bawah.


Produk GESB Untuk Kegunaan Adam


Produk
BV
Harga Pengedar

(RM)
Harga Jualan

(RM)
Kuantiti Dibeli
Jumlah
BV
Jumlah Harga Pengedar (RM)
Jumlah Harga Jualan
(RM)
C3 Spirulina
20
62
74
1
20
62
74
Bioseed 30
40
101
116
1
40
101
116
Pati Gamat Plus
15
48
57
1
15
48
57
Fresh Deodorant
3
10
12
1
3
10
12
Orogard
3
11
13
1
3
11
13
Pencuci Muka Gamat
6
18.50
21.50
1
6
18.50
21.50
Shampoo Gamat
7
17
20
1
7
17
20
Losyen Gamat
6
14
17
1
6
14
17
Sabun Buku Gamat
10
26
30
1
10
26
30
Jumlah Keseluruhan
110
307.50
360.50

Produk GESB Yang Dijual Oleh Adam

Produk
BV
Harga Pengedar

(RM)
Harga Jualan

(RM)
Kuantiti Dibeli
Jumlah
BV
Jumlah Harga Pengedar (RM)
Jumlah Harga Jualan
(RM)
C3 Spirulina
20
62
74
5
100
310
370
Bioseed 30
40
101
116
5
200
505
580
Pati Gamat Plus
15
48
57
5
75
240
285
Jumlah Keseluruhan
375
1055
1235



Dari rajah di atas dapatlah disimpulkan bahawa Adam dapat menjimatkan kos harga produk belian untuk kegunaan sendiri dan keluarganya sebanyak RM53.00 (RM360.50 - RM307.50) atau 17.23% dan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM180 (RM1235 - RM1055) atau 17.06% hasil jualan produknya.


2. Bonus Jualan Cemerlang (4%)

Bonus Jualan Cemerlang ialah satu bonus yang ditawarkan kepada Pengedar dan Pengurus di GESB yang membuat pembelian produk GESB sebanyak 300 BV dan ke atas dalam 1 bulan mengikut syer yang telah ditetapkan.

Jap... Selingan jap... Apa tu BV??? Bagi mereka yang dah biasa dengan pelan pemasaran perniagaan Multi Level Marketing mungkin dah tahu. Tapi bagi mereka yang baru dalam bidang ni Ali faham... Mesti jadi blur... BV adalah singkatan kepada Bonus Value iaitu satu nilai yang telah ditetapkan kepada setiap produk keluaran syarikat untuk pengiraan bonus. Sebagai contoh BV bagi C3 Spirulina adalah 20BV. Bermakna pengiraan apa-apa bonus yang ditawarkan kepada pembeli C3 Spirulina adalah berdasarkan jumlah 20 BV yang ditetapkan.

Selain tu Ali juga nak share istilah-istilah atau singkatan-singkatan yang lain yang bakal Ali gunakan lepas ni bagi membentangkan lagi Pelan Pemasaran GESB. Rujuk rajah di bawah.



Berbalik kepada Bonus Jualan Cemerlang...

Jumlah share Bonus Jualan Cemerlang berdasarkan jualan keseluruhan syarikat GESB bagi setiap bulan. Sebagai contoh seandainya BV jualan syarikat pada satu-satu bulan ialah sebanyak 10 juta BV dan syer Bonus Jualan Cemerlang terbahagi kepada 10 000 syer, bererti setiap syer Bonus Jualan Cemerlang adalah sebanyak RM40.00 (10 juta BV / 10 000 syer x 4%).

Sorang 1 share saja???

Jawapannya sama sekali tidak... Sebab syer yang diterima bergantung kepada jumlah BV hasil pembelian produk GESB dalam satu-satu bulan. GESB telah menetapkan jumlah syer kepada Pengedar dan Pengurus seperti dalam gambarajah di bawah.




Dalam erti kata lain, seandainya jumlah setiap syer sebanyak RM40, seseorang ahli GESB berpangkat Pengedar dan Pengurus yang membuat pembelian produk GESB sebanyak 300 hingga 499 BV akan menerima Bonus Jualan Cemerlang sebanyak RM40. Manakala seandainya jualan yang dilakukan antara 500 hingga 699 BV, mereka akan menerima Bonus Jualan Cemerlang sebanyak RM80 (RM40 x 2 syer). Seandainya seseorang Pengedar atau Pengurus itu membuat 1000 BV keatas dalam bulan yang dimaksudkan, bermakna beliau akan menerima sebanyak RM200 ( RM40 x 5 syer).

Kurang jelas???

Erm... Ok... Ali cuba buat contoh berdasarkan contoh yang Ali bagi semasa Ali bentangkan hal Untung Runcit sebelum ni.

Ali ulang balik contoh tu k...

"Adam adalah seorang ahli baru GESB dari Kuching dan telah membeli 1 C3 Spirulina, 1 Bioseed 30, 1 Pati Gamat Plus, 1 Fresh Deodorant, 1 Orogard, 1 Pencuci Muka Gamat, 1 Shampoo Gamat dan 1 kotak Sabun Buku Gamat untuk kegunaan sekeluarga."
"Adam juga telah menjual 5 botol C3 Spirulina, 5 kotak Bioseed 30 dan 5 botol Pati Gamat Plus kepada rakan-rakan dan saudara-maranya."

Ok. Kita kira pulak Bonus Jualan Cemerlang yang bakal Adam terima.

Pohon jasa baik untuk rujuk balik rajah senarai harga produk yang Adam beli untuk kegunaannya sekeluarga serta senarai harga produk yang dijualnya.

Mengikut perangkaan tersebut Adam telah membeli sebanyak 110 BV untuk kegunaan sekeluarga dan 375BV untuk produk yang dijualnya yang menjadikan jumlah BV yang dibuat Adam pada bulan tersebut adalah sebanyak 485BV. Ini bermakna Adam akan menerima 1 syer Bonus Jualan Cemerlang dan seandainya nilai setiap syer Bonus Jualan Cemerlang pada bulan itu adalah sebanyak RM40, Adam akan menerima jumlah RM40 tersebut sebagai Bonus Jualan Cemerlang.

Tambah Contoh:

"Adam telah menambah pembelian Pati Gamat Plus sebanyak 1 botol untuk dihadiahkan kepada ibunya pada bulan yang sama"

Ini bermakna Adam telah menambah sebanyak 15 BV lagi pada bulan tersebut dan ini membuatkan jumlah Jualan Peribadi Bulanan (CPS) Adam meningkat kepada 500BV dan sekaligus Adam berjaya meraih 2 syer Bonus Jualan Cemerlang atau sebanyak RM80 (RM40 x 2 syer) untuk bulan tersebut.

3. Bonus Prestasi (5% hingga 16%)

Bonus Prestasi adalah satu lagi bonus yang bakal diterima Pengedar GESB. Setiap Pengedar GESB yang membuat Jualan Peribadi Bulanan (CPS) sebanyak 50BV ke atas layak menerima bonus ni.

Terdapat 4 tahap kadar pemberian Bonus Prestasi. Rujuk rajak di bawah untuk kenalpasti tahap-tahap yang dimaksudkan.

Kadar Peratusan Bonus Prestasi ini adalah berdasarkan Jualan Kumpulan Terkumpul (AGS) dan bukan hanya berdasarkan kepada Jualan Peribadi Bulanan (CPS).

Apa itu AGS??? AGS adalah jumlah BV terkumpul yang telah dilakukan oleh seseorang individu bersama semua ahli kumpulan di dalam rangkaiannya dan ianya tiada had masa.

Namun Ali nak maklumkan, kadar Bonus Prestasi yang bakal diterima oleh seseorang Pengedar pada sesuatu bulan adalah berkadar kepada jumlah Jualan Kumpulan Bulanan (CGS) mengikut jumlah overiding yang mampu dilakukan terhadap ahli kumpulan di dalam rangkaiannya.

Kita ambil lagi contoh hasil jualan Adam pada bulan pertama penyertaannya dengan GESB.


"Adam adalah seorang ahli baru GESB dari Kuching dan telah membeli 1 C3 Spirulina, 1 Bioseed 30, 1 Pati Gamat Plus, 1 Fresh Deodorant, 1 Orogard, 1 Pencuci Muka Gamat, 1 Shampoo Gamat dan 1 kotak Sabun Buku Gamat untuk kegunaa."
"Adam juga telah menjual 5 botol C3 Spirulina, 5 kotak Bioseed 30 dan 5 botol Pati Gamat Plus kepada rakan-rakan dan saudara-maranya."
"Adam telah menambah pembelian Pati Gamat Plus sebanyak 1 botol untuk dihadiahkan kepada ibunya pada bulan yang sama"

Berapa jumlah Bonus Prestasi yang bakal diterima Adam?

Adam masih belum mempunyai ahli kumpulan di dalam rangkaiannya dan ini bermakna Bonus Prestasi yang bakal dihitung hanyalah berdasarkan CPS yang dilakukannya pada bulan tersebut.

Memandangkan CPS Adam berjumlah 500 BV, ini bermakna Adam layak menerima kadar Bonus Prestasi sebanyak 9% dan akan menerima sebanyak RM45 (500BV x 9%) sebagai Bonus Prestasi pada bulan tersebut. 

Tambah lagi contoh.

"Pada bulan berikutnya, Adam membuat penggunaan serta jualan yang sama jumlah yang dibuatnya pada bulan pertama dan berita gembira untuk Adam apabila 3 dari 5 pelanggan produknya sebelum ini iaitu Hawa, Idris dan Nuh telah mendaftar sebagai ahli GESB dibawah rangkaiannya. Ketiga-tiga ahli baru tersebut juga telah membuat penggunaan serta jualan produk GESB sama seperti Adam pada bulan itu."

Jom kita sama-sama kira berapa jumlah Bonus Prestasi Adam pada bulan berikutnya.

Jualan Peribadi Bulanan (CPS) Adam dan ahli rangkaian di bawahnya masing-masing 500BV dan ini menjadikan jumlah Jualan Kumpulan Terkumpul (AGS) Adam menjadi 2500BV (CPS Adam bulan pertama (500BV) + CPS Adam bulan kedua (500BV) + CPS 3 ahli di bawah rangkaian Adam (500BV x 3 ahli = 1500BV).

Ini bermakna Adam akan memiliki kadar Bonus Prestasi pada 16% dan 3 ahli dibawahnya pula pada 9% dan akan overide sebanyak 7% daripada CPS 3 ahli dibawah rangkaiannya.


Jadi, pengiraannya adalah seperti berikut.



Adam
500
X
16%
RM80.00
Hawa
500
X
7% (16% - 9%)
RM35.00
Idris
500
X
7% (16% - 9%)
RM35.00
Nuh
500
X
7% (16% - 9%)
RM35.00
Jumlah Keseluruhan Bonus Prestasi
RM185.00

Baru memasuki bulan ke-2 untuk Adam dan beliau telah menjana bonus prestasi sejumlah RM185.00


Baiklah, bagi menutup Pelan Pemasaran Fasa 1 ini Ali nak ajak kalian semua kira balik berapa jumlah modal pembelian produknya, keuntungan serta bonus yang Adam miliki.



Bulan
Kos Kegunaan Produk
(RM)
Jualan Peribadi Bulanan
(CPS)
Jualan Kumpulan Terkumpul
(AGS)
Untung Runcit

(RM)
Bonus Jualan Cemerlang
(RM)
Bonus Prestasi

(RM)
Jumlah Keuntungan + Bonus
(RM)
Pertama
355.50
500
500
180.00
80.00
45.00
305.00
Kedua
355.50
500
2500
180.00
80
185.00
445.00

711.00

750.00


Kesimpulannya, Adam telah membelanjakan sejumlah RM711.00 untuk membeli produk GESB untuk kegunaannya dalam tempoh dua bulan. Besar jugak tu. Tapi, dalam masa yang sama Adam juga telah menjana pendapatan sejumlah RM750.00 pada tempoh yang sama. Hmmm... Berbaloi jugak tu. Dah balik modal kos untuk beli produk kegunaannya. Nampaknya Adam macam tak perlu keluarkan modal pun untuk menerima manfaat kesihatan dari Gamat Emas Sdn. Bhd. Bahkan masih ada baki keuntungan dalam RM39.00.

Itu cerita 2 bulan pertama Adam bersama GESB. Nanti kita kira pulak keuntungan-keuntungan, bonus-bonus serta faedah-faedah yang bakal menanti Adam untuk bulan-bulan berikutnya...

Oppss... Baru 3 jenis bonus. Ada lagi 5 jenis bonus menanti Adam lepas ni. Nanti kita kupas dalam Pelan Pemasaran Fasa 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan