Sabtu, 19 April 2014

Orogard (Gamat Emas S/B) : Lain dari yang lain.



Alhamdulillah. Berkesempatan nak menaip lagi. Hari ini nak bercerita berkenaan OROGARD iaitu ubat gigi keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd.. Bagi Ali dan Aina OROGARD ini produk penjagaan mulut yang lengkap. Bagi sesiapa yang dah cuba OROGARD pasti dapat rasa kelainan. Ali dan Aina pernah cuba menjadi seperti pengguna lain ;) Sebab pada mulanya kami merasakan harga OROGARD agak mahal berbanding dengan kuantiti 100gm. Namun harga yang kami bayar untuk OROGARD lebih berbaloi dari jenama-jenama lain yang kononnya lebih murah. 

Alhamdulillah dengan OROGARD, Aina setakat ini dah lama tak mengalami ulser. Kalau dulu setiap bulan atau minggu pasti menderita sakit ulser mulut. Lagi satu dengan mengamalkan OROGARD mulut terasa lebih bersih berbanding rasa 'terhakis' dari jenama-jenama lain.

Baru-baru ini rakan kongsi Ali Aina yang berbangsa Cina mengulang pembelian OROGARD. Dulu dia saja nak cuba 1 tiub. Kali ini dia membeli 2 TIUB. Menurutnya, setelah kehabisan tiub yang pertama dulu dia kembali menggunakan jenama Colgate dan Darlie. Namun kesannya tak sama dengan OROGARD. Beliau lebih yakin dan merindui rasa mengamalkan OROGARD. Alhamdulillah.... betapa produk BUMIPUTERA ini mampu menawan hati pengguna CINA. Jika tidak kerana keberkesanan serta kebaikan yang dibawanya mana mungkin kami yang mengunakannya tetap setia bersama OROGARD. 

http://aliaina.blogspot.com/2013/11/orogard.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan