Alhamdulillah. Pihak Gamat Emas Sdn. Bhd. ada mengadakan Mini Bengkel Kecantikan di Sibu pada bulan November 2014. Ali yang lebih bersemangat nak mengikuti mini bengkel tersebut. Kami hadir bersama-sama dengan Afifah sekali. Pada masa itu Pek Percubaan SW-II dijual dengan harga RM 140.00 dan jika hadir bengkel harga diturunkan kepada RM 70.00. Ali beli 1 & Aina beli 1.
Ali & Aina begitu teruja dengan penerangan serta ilmu yang pihak GESB kongsikan pada mini bengkel itu. Afifah pun bagi kerjasama. Tak meragam dan duduk diam ja.
Baiklah. Memperkenalkan set asas SW-II Anti-Aging Bio-Regenerative Series.
- Gentle Facial Cleanser : Sesuai untuk semua jenis kulit. Membersih, menegangkan serta melembabkan kulit wajah.
- Facial Lift Serum : Menggunakan teknologi nanosom, khasiat serum dihantar ke lapisan kulit yang lebih dalam bagi menggalakkan penghasilan kolagen menjadikan kulit lebih tegang serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Radiance Day Cream SPF30 : Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit yangseimbang serta memberi pelindungan UV.
- Revival Night Cream : Membantu meremajakan kulit wajah semasa tidur. Menggalakan pembaharuan sel dan menyingkirkan sel mati yang boleh menyumbatkan liang roma.
Set Percubaan SW-II |
Set SW-II |
Dulu Aina ada beli set SW-II ni. Oleh kerana kurang kefahaman mengguna, Aina serah pada Ali. Pun sama kesannya sebab kurang ilmu yang dibelajar berkenaan SW-II. Sebab itulah kami hadir anak-beranak ke Mini Bengkel untuk mendapatkan ilmu yang kemudiannya membuat kami teruja.
Dengan Set Percubaan insyaAllah bertahan lebih 1 bulan jika penggunaannya mengikut ketetapan. Hahaha.... ada ketetapan. Pam tu jangan terlebih. Rugi. Guna sikit pun dah memadai.
Dah suami teruja, isteri apa lagi. Aina pun rebut peluang promosi yang tamat pada 31 Disember 2014. Lengkap 1 set termasuk;
- SW2 Spotless Blemish Solution Gel : Perincian di zon-T. Khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Mengecilkan liang pori, mengurangkan bintik hitam dan lain-lain.
Aina punya ;) |
- SW2 Eye Lifting Serum : Khas untuk kawasan mata. (Baru cuba, nanti update)
Dah nak masuk 2 bulan pakai dengan konsisten, alhamdulillah memang nampak perubahan kulit wajah Ali & Aina. Ali sekarang tengah berkira-kira nak rebut promosi Pek Percubaan pada harga RM 50.00. Siapa-siapa yang nak beli Pek Percubaan dengan harga RM 50.00 cepat-cepat lah ya sebelum stok habis atau promosi tamat.
InsyaAllah akan ada sambungan untuk perkongsian SW2 ni. Sehingga jumpa lagi.
Rujukan :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan