Kisah bermula ketika Aina mengikut Ali untuk bertugas pada Hari Bersama Pelanggan di Branch GESB Satok, Kuching pada 12 Oktober 2014 yang lepas. Aina saja hadir untuk menyokong program yang melibatkan Ali.
BIOKLEEN; Concentrated Multi-purpose Detergent. Berbentuk serbuk. Aina alah dengan serbuk pencuci. Kulit akan gatal-gatal kalau pakai pakaian yang dicuci dengan serbuk. Kalau cucian tangan pula, kulit tangan akan mengelupas akibat alahan. Jadi bila GESB mengeluarkan SERBUK PENCUCI BIOKLEEN, Aina memang was-was nak cuba.
Namun Aina mula berminat setelah melihat DEMO Produk BIOKLEEN dengan mata sendiri. Ada beberapa ujian perbandingan dilakukan kepada Biokleen dan membuktikan kehebatan Biokleen. Antaranya;
- Ujian buih. Biokleen kurang berbuih. Jadi senang nak bilas dan kurang menggunakan air untuk bilasan.
- Ujian sisa. Biokleen senang larut dalam air dan tidak bersisa (air jernih) berbanding serbuk pencuci yang lain menyebabkan air keruh akibat kesan kurang larut.
- Ujian Iodin. Biokleen dengan sendirinya melarutkan kesan iodin tanpa perlu menyental pakaian.
Kelebihan Biokleen yang Ali & Aina bongkar sendiri ;)
- Biokleen amat pekat. 1 sukatan kecil cukup untuk 1 cucian 6kg. Berbanding dengan 1 sukatan biasa, Biokleen dapat mencuci 3 kali ganda.
- Walaupun Biokleen ini pekat namun ia mesra kulit. Alhamdulillah, tiada lagi pengelupasan kulit tangan akibat alahan serbuk pencuci. Air basuhannya juga selamat untuk jirusan tanaman.
- Pekat, namun kurang berbuih dan senang dibilas. Amat menjimatkan.
- Pakaian Ali, Aina & Afifah boleh dicuci sekali gus. Tidak risau alahan dan masalah warna luntur.
- Nak pakaian lebih berseri? Rendam dulu. Yang putih akan lebih putih bersinar.
- Pakaian lebih lembut dan mudah diseterika.
- Tak da masalah menjemur di kawasan redup.
Testimoni rakan; akibat keterujaan mencabar BioKleen, dia telah merendam pakaian sekolah dan telekung serta kasut sekolah anak-anaknya pada petang Sabtu. Beliau hanya mencuci pakaian & kasut tersebut pada pagi Ahad. Tanpa menyental dan memberus, pakaian & kasut sekolah anak-anaknya putih berseri. Kesan kotoran pada kolar baju pun bersih. Menurutnya kebiasaannya dia akan merendam baju anak-anaknya, kemudian memberus sebelum mencuci mesin. Almaklum anak-anak aktif, baju putih pun jadi kelabu perang. Kini dia tidak risau & tidak penat kerana adanya Biokleen.
Lagi testimoni AliAina; Aina saja-saja merendam bekas pengisar makanan yang pekat lekat pati kunyit hidup dengan Biokleen dan kemudian dibilas biasa. OK. Menakjubkan. Aina ceritakan pada Ali & Ali terus membuat ujikajinya sendiri.
Sekarang kami tidak menggunakan jenama pencuci pakaian yang lain. Kami percaya BioKleen memang untuk kami yang cerewet dan 'berkira'. Pada promosi yang lepas Aina dan rakan telah ambil kesempatan simpan stok.
Dah makin semangat nak update blog. InsyaAllah kita jumpa lagi.
Dah makin semangat nak update blog. InsyaAllah kita jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan