Selasa, 24 Mac 2015

A. Afifah: Hari Pertama di SeDidik Perdana

Assalamualaikum..

Lama tak jenguk blog. Hari ni teruja nak kongsi... bukan produk, tapi kisah anak sulung Ali & Aina; Afnan Afifah binti Saiful Fadzli. 


Saiful Fadzli & Afnan Afifah


Semalam 23 Mac 2015 hari pertama Afifah dihantar ke Sedidik sebab mak Aina kurang sihat dan cergas nak jaga budak lincah ni. Semalam Afifah bangun jam 4:30 pagi nak menyusu. Pastu dalam jam 5:00 pagi tidur semula. Kira-kira jam 7:00 pagi Afifah bangun pagi & jam 7:30 pagi baru bertolak ke UTC. Kalut.

Sekolah Afnan Afifah yang pertama.

Rasanya Aina yang lebih 'terasa'. Susah hati dan teruja bila memikirkan Afifah akan dijaga oleh orang lain. Ni baru hari pertama di Sedidik. Belum lagi hari pertama ke sekolah. InsyaAllah, Aina takkan terlepas mana-mana hari pertama Afnan Afifah.

Pada hari pertama banyak juga barang-barang Afifah yang Aina kena bawa. Barang mandian dan lepas mandi (pastu tinggalkan kat SeDidik), tuala, pakaian 3 pasang, tepung susu, botol susu, makanan, kudapan & etc. Sepanjang perjalanan dalam kereta, Afifah meragam dan mengamuk. Macam tahu yang Afifah akan kena tinggal.

Dalam jam 8:00 pagi, Aina daftarkan Afifah. Bayaran kiraan hari sebab dah hujung bulan. Jumlah keseluruhan RM 421.00.

Registration : RM 50.00
Security deposit : RM 100.00
Botol & Tuala Sedidik : RM 30.00
Insurance : RM 27.00
Daily Basic : RM 210.00
Kad Yuran & Buku Kemajuan : RM 4.00

Mula-mula takut Afifah sambung menangis sebab kena tinggal. Tapi Afifah buat tak tahu kat Aina bila Afifah dah tengok banyak abang-abang & kakak-kakak serta mainan. Alhamdulillah. Aina ingat nak menyusukan Afifah tengah hari, tapi Afifah tidur. Kira-kira jam 3:00 petang Aina nampak kelibat Afifah didukung. Rupa-rupanya Afifah menangis. Tak nak duduk bawah, nak didukung memanjang.

Waktu balik, rasa tak sanggup tunggu sampai jam 5:00 petang, Jam 4:50 petang Aina dah ambil Afifah. Rindu kat anak!!! 

Muka budak balik sekolah.


Dekat tapi jauh.

Sedangkan jarak pintu PERKESO ke SeDidik kurang 5 langkah :|

Haha... Saja nak lepas rindu kat anak. InsyaAllah ada cerita baru akan menyusul. 
Jumpa lagi.

Isnin, 26 Januari 2015

Danko Field Elephant :Kelambu Khemah Moden

Afifah & Kelambu Moden


Assalamualaikum. Hari ni tajuk lain sungguh. Awal nak maklumkan Gamat Emas Sdn. Bhd. tidak mengeluarkan Kelambu Moden ini ya. Kelambu Moden ini adalah cabang barang jualan AliAina untuk menambah rezeki dan berkongsi kebaikan dengan orang lain.

Mulanya Aina yang minat kelambu khemah ini. Almaklum dulu semasa di Sibu, bilangan kes denggi dan malaria amat membimbangkan. Jadi pada tahun 2013 Aina cuba cari-cari di Pasar Malam dekat kampung Ali. Jumpa. Tapi pilihan tak banyak. Pertama yang Aina beli saiz King warna biru 1 pintu. Lepas tu tertagih pulak, Aina borong saiz King; 2 warna pink & 1 hijau. Yang pink tu, 1 Aina hadiah kat orang. HAHAHA... Aina sorang ada 3 kelambu khemah. Bukan apa; tetamu nak datang, Afifah pun guna juga. 1 Aina pasang kat bilik, 1 lagi kat ruang tamu untuk Afifah main dan tido.

Dari situlah Ali mula mendapat inspirasi.....

https://www.facebook.com/sfadzli/media_set?set=a.10202099640412982.1073741851.1846755446&type=1&pnref=story



Untuk saiz queen RM 45.00 dan saiz king RM 53.00.



Ada 4 pilihan warna:


Biru

Hijau

Pink

Ungu

Tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan kelambu. Bahkan Kelambu Moden ini senang dilipat dan dibawa kemana-mana. Apa lagi, segera hubungi kami untuk mendapatkan Kelambu Moden ini sementara stok kami masih ada ;)

Rabu, 21 Januari 2015

Gamat Emas untuk ibu dan bayi.

Assalamualiakum & salam tengahari. Alang-alang duduk seorang diri Aina ambil kesempatan menaip di sini. Nak tenangkan hati. Tetiba dah 3 kali loceng kecemasan di UTC, Kuching ini berbunyi. Tak pasti juga apa masalahnya.

Berbalik pada cerita asal. Hari ini Aina nak kongsi apa & bagaimana Gamat Emas Sdn. Bhd. melengkapkan Aina dan Afifah. Sekarang Afifah dan 6 bulan lebih. Dah makin aktif & dah nak tumbuh gigi.

Aina & Ali menyakini produk Gamat Emas. Dari sebelum mengandung, semasa hamil serta sehingga sekarang kami masih mengamalkan produk-produk keluaran Gamat Emas. Bahkan Afifah pun kami dah gunakan produk Gamat Emas.

Afifah punya.

Yang dalam gambar di atas adalah barang asas yang Aina & Ali gunakan untuk Afifah. Losyen badan Gamat (175ml (RM 15.00 MB / RM 17.00 MT)) tu Afifah dah pakai sejak lahir lagi sampai sekarang (dah guna 4 botol). Alhamdulillah, Afifah tidak mengalami alah dengan losyen badan Gamat. Bahkan kulit Afifah sihat dan lembab serta menghindari dari gigitan nyamuk. Aina & Ali turut sapukan losyen kulit Gamat ini pada pipi, kepala & rambut Afifah. Sapuan losyen ini membantu menghilangkan bintik-bintik ruam peluh di kepala Afifah.

Gel Gamat (60ml (RM 28.00 MB / RM 30.00 MT)) pula Aina sediakan untuk rawatan luka 'garang' pada badan Afifah. Biasalah budak berkuku panjang selalu nak mencederakan diri. Gel Gamat amat sesuai untuk sapuan luka basah / berdarah. Ianya tidak pedih serta mempercepatkan darah berhenti mengalir keluar. Krim Gamat (60ml (RM 30.00 MB / RM 32.00 MT)) pula Aina sapukan untuk luka kering seperti calar-calar biasa. Biasanya Aina lebih gunakan Krim Gamat ini pada kulit muka Afifah untuk mengelakkan sakit kulit pada pipi Afifah. Alhamdulillah. Sehingga sekarang kulit Afifah sihat dan kadar penyembuhan luka-luka kecil amat cepat.

Afifah punya lagi.


Ini pun Afifah punya. Hehehe... Tapi Pati Gamat Plus (350ml (RM 57.00 MB / RM 60.00 MT)), C3 Spirulina (500ml (RM 68.00 MB / RM 70.00 MT)) & Femmina (60 kapsul (RM 80.00 MB / RM 85.00 MT)) melalui ibu. Pati Gamat Plus baik untuk penyembuhan serta menstabilkan tekanan darah & gula dalam darah ibu. C3 Spirulina adalah suplemen yang lengkap untuk menjaga tahap kesihatan yang baik, kulit yang cerah berseri serta memberi kecergasan dan Femmina pula untuk menambah penghasilan susu badan. Jadi khasiat-khasiat dari produk-produk ini disalurkan kepada Afifah melalui penyusuan badan.

Aina bersyukur sangat-sangat diperkenalkan C3 Spirulina Gamat Emas dan telah mengamalkannya dari sebelum mengandung lagi. Ini kerana C3 Spirulina memberi tenaga yang lebih, mengurangkan mual-mual, menjaga kesihatan kulit serta telah mengurangkan bacaan 'Demam Kuning' Afifah. Untuk makluman, Afifah hanya 3 kali diambil darah untuk pemeriksaan bacaan 'Kuning' dan Alhamdulillah langsung tidak ditahan untuk rawatan. Sekarang pun Aina & Ali bancuh C3 Spirulina ini dengan air kosong untuk Afifah minum.

Apalagi wahai ibu dan ayah. Jagalah kesihatan diri dan anak. Laburkan sedikit perbelanjaan untuk barang-barang buatan bumiputera Malaysia ini daripada mencari beribu-ribu ringgit untuk kos rawatan setelah disahkan sakit. Ini ikhtiar Ali & Aina untuk kesihatan kami sekeluarga. 

Selasa, 13 Januari 2015

Rawatan Wajah Gamat Emas SB

Assalamualaikum. Kali ini Aina nak berkongsi aktiviti hujung minggu Ali dan Aina. Kisah ni sebelum Aina bersalin. Tapi baru berkesempatan nak kongsikan. Pada 27-04-2014 (lepas minggu tu, Aina kena tahan di Hospital Sibu) Ali tiba-tiba minta rawatan muka. Biasanya Ali memang takut Aina pegang mukanya sebab pasti Ali kesakitan. Aina geram dengan blackheads & whiteheads yang Ali ternak di kulit mukanya. Hehehe....

Serah muka ;)


Dah orang bagi peluang nak lepas geram, memang seronok. Tapi ada syarat dari Ali; rawatan wajah dengan produk GAMAT eMAS SDN. BHD.. Satu cabaran buat Aina. Sebab Aina sendiri cuma cuci muka dengan Pencuci Muka Gamat dan KADANG-KADANG sapu Gel Gamat pada jerawat di muka.

Pencuci Muka Gamat jenis gel. Kurang buih.

Baiklah.... Mula-mula Aina lembabkan muka Ali dengan sedikit air. Lepas tu picit sedikit Pencuci Muka Gamat (100ml: RM 19.50 (MB) / RM 21.50 (MT)) di tapak tangan dan buat buih. Buih pencuci ni kurang sikit sebab pencuci jenis gel (sesuai untuk semua jenis kulit). Buih-buih tadi Aina sapukan di muka Ali serta buat urutan bulatan kecil dari dagu ke dahi. Bahagian HIDUNG, PIPI dan DAHI Aina sental lebih sebab kat situlah banyak masalah pada muka Ali. Kemudian Aina cuci muka Ali dengan kapas (saja nak tunjuk kat Ali kesan kotoran pada mukanya).

Hasil cucian dengan Pencuci Muka Gamat.

Sesi sapuan Gel Gamat.

Hasil sapuan dan urutan dengan Gel Gamat.

Selepas cuci dengan air besih dan lap kering, sapukan Gel Gamat (60ml : RM 28.00 (MB) / RM 30.00 (MT)). Lepas itu urut muka dengan lembut. Sel-sel kulit akan terkumpul, 'anak-anak jerawat' pun akan memunculkan diri untuk dibuang dengan mudah. Ini kerana gel gamat diformulasikan dari ekstrak tulen gamat dan teh hijau; amat sesuai untuk mempercepatkan penyembuhan serta menggurangkan keradangan serta bengkak.

Semburkan sedikit Minyak Liniment Gamat dalam bekas air panas.

Nampak sangat spa kat rumah.

Kini giliran whitehead & blackhead. Wapkan muka di atas campuran Minyak Liniment Gamat (100ml : RM 23.00 (MB) / RM 25.00 (MT))& air panas. Kaedah ini bukan sahaja untuk perawatan wajah, namun berkesan untuk memulihkan pernafasan ketika selsema dan melegakan sakit kepala. Lepas wap, dah boleh lepaskan geram pada whitehead & blackhead yang lama diternak. Pasti merah-merah muka dibuatnya.

Selesai... Rawatan Wajah Gamat Emas

Akhir sekali, cuci muka dengan air bersih, keringkan serta sapukan Krim Gamat (60ml : RM 30.00 (MB) / RM 32.00 (MT)). (Gambar tak ada sebab krim dalam simpanan dah habis). Krim Gamat ini adalah kombinasi ekstrak Gamat, Vitamin E serta Aloe Vera. Ianya dgunakan untuk melegakan keradangan kulit serta mengurangkan masalah kulit kering. Malah ia turut menolong merangsang pertumbuhan dan membaiki struktur kulit. Kalau luka kering memang sesuai sapu dengan Krim Gamat ini.

Sebelum vs Selepas rawatan.

Rawatan sebegini boleh dijadikan aktiviti keluarga. Jimat dan masa bersama keluarga lebih berkualiti. Ali pun ada buat rawatan wajah untuk Aina. Memang agak 'kasar' tapi Aina happy sebab dapat rawatan wajah PERCUMA dari suami. Sekarang Ali dah maju lagi. Sebab sekarang dah guna SW2 untuk rawatan wajah setiap hari. Siapa kata lelaki tak ambil peduli perihal wajah? InsyaAllah nanti Aina kongsikan pengalaman kami bersama SW2.

Rujukan : http://www.gamatemas.com.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=518&Itemid=294&lang=my


Rabu, 7 Januari 2015

SW-II & SW2 : Anti-Aging Bio-Regenerative Series.

Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah mulakan 2015 untuk Ali & Aina dengan banyak perkara positif. Permohonan pindah Aina ke Kuching telah diluluskan. Dekatlah Aina, Afifah, Ali & Afnan. Afifah dah genap 6 bulan dan sekarang boleh manja-manja dengan ayah dan ibu; menjalani kehidupan keluarga biasa. Dulu Ali terpaksa ulang-alik setiap minggu ke Sibu untuk melepas rindu pada Afifah. Dengan menaiki bas selama 8 jam sekali perjalanan, kulit wajah Ali menjadi kusam dan berjerawat.

Alhamdulillah. Pihak Gamat Emas Sdn. Bhd. ada mengadakan Mini Bengkel Kecantikan di Sibu pada bulan November 2014. Ali yang lebih bersemangat nak mengikuti mini bengkel tersebut. Kami hadir bersama-sama dengan Afifah sekali. Pada masa itu Pek Percubaan SW-II dijual dengan harga RM 140.00 dan jika hadir bengkel harga diturunkan kepada RM 70.00. Ali beli 1 & Aina beli 1.

Ali & Aina begitu teruja dengan penerangan serta ilmu yang pihak GESB kongsikan pada mini bengkel itu. Afifah pun bagi kerjasama. Tak meragam dan duduk diam ja.

Baiklah. Memperkenalkan set asas SW-II Anti-Aging Bio-Regenerative Series.


  1. Gentle Facial Cleanser : Sesuai untuk semua jenis kulit. Membersih, menegangkan serta melembabkan kulit wajah.
  2. Facial Lift Serum : Menggunakan teknologi nanosom, khasiat serum dihantar ke lapisan kulit yang lebih dalam bagi menggalakkan penghasilan kolagen menjadikan kulit lebih tegang serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
  3. Radiance Day Cream SPF30 : Menjadikan kulit lebih cerah dan tona kulit yangseimbang serta memberi pelindungan UV.
  4. Revival Night Cream : Membantu meremajakan kulit wajah semasa tidur. Menggalakan pembaharuan sel dan menyingkirkan sel mati yang boleh menyumbatkan liang roma.

Set Percubaan SW-II

Set SW-II


Dulu Aina ada beli set SW-II ni. Oleh kerana kurang kefahaman mengguna, Aina serah pada Ali. Pun sama kesannya sebab kurang ilmu yang dibelajar berkenaan SW-II. Sebab itulah kami hadir anak-beranak ke Mini Bengkel untuk mendapatkan ilmu yang kemudiannya membuat kami teruja.

Dengan Set Percubaan insyaAllah bertahan lebih 1 bulan jika penggunaannya mengikut ketetapan. Hahaha.... ada ketetapan. Pam tu jangan terlebih. Rugi. Guna sikit pun dah memadai.

Dah suami teruja, isteri apa lagi. Aina pun rebut peluang promosi yang tamat pada 31 Disember 2014. Lengkap 1 set termasuk;

  • SW2 Spotless Blemish Solution Gel : Perincian di zon-T. Khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Mengecilkan liang pori, mengurangkan bintik hitam dan lain-lain.

Aina punya ;)


  • SW2 Eye Lifting Serum : Khas untuk kawasan mata. (Baru cuba, nanti update)

Dah nak masuk 2 bulan pakai dengan konsisten, alhamdulillah memang nampak perubahan kulit wajah Ali & Aina. Ali sekarang tengah berkira-kira nak rebut promosi Pek Percubaan pada harga RM 50.00. Siapa-siapa yang nak beli Pek Percubaan dengan harga RM 50.00 cepat-cepat lah ya sebelum stok habis atau promosi tamat.

InsyaAllah akan ada sambungan untuk perkongsian SW2 ni. Sehingga jumpa lagi.

Rujukan :

Biokleen (GESB) : Sparkling Whiteness

Assalamualaikum. Lama dah tak menjenguk dan berkongsi pengalaman di sini. Baiklah, sementara masih teruja dengan produk baru keluaran Gamat Emas Sdn. Bhd. Aina nak bercerita bagaimana Ali & Aina jatuh suka dengan BIOKLEEN GESB.




Kisah bermula ketika Aina mengikut Ali untuk bertugas pada Hari Bersama Pelanggan di Branch GESB Satok, Kuching pada 12 Oktober 2014 yang lepas. Aina saja hadir untuk menyokong program yang melibatkan Ali.

BIOKLEEN; Concentrated Multi-purpose Detergent. Berbentuk serbuk. Aina alah dengan serbuk pencuci. Kulit akan gatal-gatal kalau pakai pakaian yang dicuci dengan serbuk. Kalau cucian tangan pula, kulit tangan akan mengelupas akibat alahan. Jadi bila GESB mengeluarkan SERBUK PENCUCI BIOKLEEN, Aina memang was-was nak cuba.

Namun Aina mula berminat setelah melihat DEMO Produk BIOKLEEN dengan mata sendiri. Ada beberapa ujian perbandingan dilakukan kepada Biokleen dan membuktikan kehebatan Biokleen. Antaranya;

  • Ujian buih. Biokleen kurang berbuih. Jadi senang nak bilas dan kurang menggunakan air untuk bilasan.
  • Ujian sisa. Biokleen senang larut dalam air dan tidak bersisa (air jernih) berbanding serbuk pencuci yang lain menyebabkan air keruh akibat kesan kurang larut.
  • Ujian Iodin. Biokleen dengan sendirinya melarutkan kesan iodin tanpa perlu menyental pakaian.


Kelebihan Biokleen yang Ali & Aina bongkar sendiri ;)

  • Biokleen amat pekat. 1 sukatan kecil cukup untuk 1 cucian 6kg. Berbanding dengan 1 sukatan biasa, Biokleen dapat mencuci 3 kali ganda.
  • Walaupun Biokleen ini pekat namun ia mesra kulit. Alhamdulillah, tiada lagi pengelupasan kulit tangan akibat alahan serbuk pencuci. Air basuhannya juga selamat untuk jirusan tanaman.
  • Pekat, namun kurang berbuih dan senang dibilas. Amat menjimatkan.
  • Pakaian Ali, Aina & Afifah boleh dicuci sekali gus. Tidak risau alahan dan masalah warna luntur.
  • Nak pakaian lebih berseri? Rendam dulu. Yang putih akan lebih putih bersinar.
  • Pakaian lebih lembut dan mudah diseterika.
  • Tak da masalah menjemur di kawasan redup.
Testimoni rakan; akibat keterujaan mencabar BioKleen, dia telah merendam pakaian sekolah dan telekung serta kasut sekolah anak-anaknya pada petang Sabtu. Beliau hanya mencuci pakaian & kasut tersebut pada pagi Ahad. Tanpa menyental dan memberus, pakaian & kasut sekolah anak-anaknya putih berseri. Kesan kotoran pada kolar baju pun bersih. Menurutnya kebiasaannya dia akan merendam baju anak-anaknya, kemudian memberus sebelum mencuci mesin. Almaklum anak-anak aktif, baju putih pun jadi kelabu perang. Kini dia tidak risau & tidak penat kerana adanya Biokleen.

Lagi testimoni AliAina; Aina saja-saja merendam bekas pengisar makanan yang pekat lekat pati kunyit hidup dengan Biokleen dan kemudian dibilas biasa. OK. Menakjubkan. Aina ceritakan pada Ali & Ali terus membuat ujikajinya sendiri. 


Sekarang kami tidak menggunakan jenama pencuci pakaian yang lain. Kami percaya BioKleen memang untuk kami yang cerewet dan 'berkira'. Pada promosi yang lepas Aina dan rakan telah ambil kesempatan simpan stok.

Dah makin semangat nak update blog. InsyaAllah kita jumpa lagi.