Sabtu, 21 Jun 2014

GESB : Bermula Dengan Lebih Efisien.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hmm.. Dah lama jugak Ali berdiam diri ni. Minta maaf semua. Ada masalah kesihatan sket. Bukan Ali tapi Aina. So, Ali fokus dulu ngan Aina. Alhamdulillah. Sekarang urusan Ali makin dipermudahkan Yang Maha Esa.

Sebenarnya entry ni memang dah lama Ali nak karang dan kongsikan dengan semua. Tapi sekarang ni baru ada masa untuk Ali kongsikan. Minta maaf kalau ada yang rasa Ali lambat kongsikan pengisian ni. Ali akui Ali lemah dalam memberi fokus serta membahagikan masa sebaik mungkin. In Shaa Allah Ali akan perbaiki kelemahan Ali.

Ok... Mesti ramai tertanya-tanya. Apa pengisian utama dalam thread kali ni. Sebenarnya sebab utama Ali nak karangkan ni adalah untuk kongsikan serta mengajak anda semua mulakan langkah bersama-sama Ali dan Aina berjuang bersama Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB). Bukan setakat mengenali, mengguna serta memperoleh manfaat dari produk-produk GESB, malah bersama-sama menjana pendapatan di dalam GESB. Rahsianya cukup mudah. Hanya bermula dengan pembelian produk GESB bernilai sekurang-kurangnya 700BV. Kenapa??? Hmm... Ali akan terangkan kat bawah ni secara detail dan Ali harap anda semua dapat memberi fokus dengan penjelasan yang Ali akan buat.

Sememangnya GESB sebuah syarikat jualan langsung yang unik. Anda mungkin dah faham tentang pelan pemasaran GESB. Kalau belum faham tu Ali harap anda semua dapat rujuk serta fahami betul-betul kepada thread-thread berkaitan pelan pemasaran GESB yang Ali 'link'kan kat bawah ni.


Ali harap sangat anda semua baca dan faham ketiga-tiga thread tu. Kalau ada yang kurang jelas boleh tanya Ali lagi. Tapi tak apa, peringkat awal ni Ali cuma nak anda tahu bahawa semua ahli GESB hanya perlu membuat pembelian produk berjumlah sekurang-kurangnya 50BV setiap bulan bagi pengedar biasa dan 100BV bagi Pengurus dan ke atas untuk mendapatkan pembahagian bonus daripada GESB. 100BV tu bukanlah jumlah harga yang tinggi sangat. Lebih kurang RM250 ke RM300 sahaja bergantung kepada produk yang dibeli. Tapi In Shaa Allah dah cukup lengkap stok penjagaan diri bersama GESB setiap bulan.

Tapi kenapa Ali cakap kena mula dengan 700BV??? Bukan macam tu... Anda boleh mula dengan berapa jumlah BV sekalipun bersama GESB. Walaupun anda hanya ingin membeli 1 unit Fresh Deodorant yang bernilai RM9/RM10 (harga ahli) untuk setiap bulan, anda tetap dapat membelinya selagi anda menjadi ahli GESB. Kalau bukan ahli terpaksa lah anda membeli pada harga pasaran iaitu RM11/RM12 seunit. Cuma apa yang Ali nak anda tahu 700BV tu hanyalah saranan dari Ali. Ya, bermula dengan 700BV. Kenapa??? Ada banyak sebab kenapa Ali ingin sarankan anda mengutip manfaat bersama GESB dengan pembelian permulaan sejumlah 700BV. Sila baca setiap asbab yang Ali catat kat bawah.
Yang pertamanya, 700BV ni bukanlah jumlah kuantiti produk yang sedikit. Kalau anda nak tahu, set Gaya Hidup Emas (GHE) iaitu set lengkap makanan tambahan dari GESB (terdiri daripada C3 Spirulina, Pati Gamat Plus Vita / Pati Gamat Plus dan Bioseed 30) yang cukup hangat di pasaran GESB baru berjumlah 75BV. Maksudnya, anda boleh membeli 10 set Gaya Hidup Emas untuk dapatkan 750BV (dah lebih 50BV) dan jadikannya sebagai stok penggunaan anda untuk 10 bulan ataupun untuk dijual kepada rakan-rakan serta kaum keluarga anda. Untung-untung ada yang berminat menjadi rakan niaga di bawah rangkaian anda. Satu lagi yang Ali nak sentuh, dengan adanya 10 set tu lebih senang untuk anda kekal gunakan produk GHE sebab stok dah ada kat rumah. In Shaa Allah anda sendiri akan merasai nikmat kesihatan yang optimum hasil usaha anda. Macam Ali sebelum ni pun sama. Bila guna produk dari GESB memang kagum dengan hasil efektif yang Ali terima tapi bila nak kekal beli pembelian kedua dan seterusnya mula la rasa malas dan kedekut nak keluarkan duit. Akhirnya, tahap hasil efektif yang Ali terima sebelum tu makin berkurangan sebab Ali gagal maintain.
Yang keduanya anda juga dapat menjana bonus yang lebih tinggi. Kenapa??? Dengan pembelian permulaan sejumlah 700BV anda sudah tentu akan menerima Bonus Prestasi pada kadar 9% x 700BV = RM63. Selain tu anda juga dapat memiliki 3 share dalam Bonus Jualan Cemerlang sebab pembelian melebihi 700BV dalam 1 bulan. Kalau satu share bernilai RM30, anda dapat jana sehingga RM90 menjadikan bonus pertama anda berjumlah RM153. Berbeza jika anda membeli produk pada kadar 100BV setiap bulan. Harga yang yang sama tapi pembahagian bonus yang anda terima memang tak efisien. Anda hanya akan menerima Bonus Prestasi sahaja pada kadar RM5 (5% x 100BV) pada bulan pertama hingga ke bulan kelima dan RM9 (9% x 100BV) pada bulan ke-6 dan ke-7. Total baru RM43. Hilang RM110

Yang ketiganya memudahkan anda membina pendapatan dan rangkaian bersama GESB. Inilah yang perlu anda terapkan dalam diri anda. Anda menerima manfaat kesihatan yang baik melalui penggunaan produk, anda menerima bonus hasil pembelian produk, anda dapat kongsikan kebaikan produk kepada ahli keluarga dan sahabat handai, anda menerima manfaat bonus hasil perkongsian anda dan anda membuka jalan untuk ahli keluarga dan sahabat handai anda membina pendapatan serta rangkaian seperti anda. Faham kan?

Maaf sebab ayat yang Ali gunakan tadi berbelit-belit dan membiolkan anda. Apa yang Ali nak sampaikan inilah peluang anda membina pendapatan tambahan disamping membantu ahli keluarga dan rakan-rakan anda membina pendapatan tambahan seperti anda. Mungkin ini ikhtiar terbaik untuk anda terus mengeratkan lagi talian persaudaraan anda dan ahli keluarga serta sahabat handai yang anda miliki disamping membantu diri anda, keluarga dan sahabat handai menambah pendapatan.

Hmmm... Ali nak kongsi sikit macamana nak rancang keuntungan yang bakal diterima melalui apa yang Ali sarankan. Harap anda semua dapat memberikan fokus kepada apa yang Ali cuba sampaikan.

Ok.. Ali buat satu contoh. Andaikan anda telah menyertai GESB dan membuat pembelian produk GESB bernilai 700BV dan anda menerima bonus untuk bulan tersebut pada kadar lebih kurang RM153 (bergantung kepada jumlah BJC yang ditawarkan). Pada bulan seterusnya anda berjaya menaja seorang ahli dari kalangan ahli keluarga dan rakan anda dan anda telah menduplikasikan apa yang anda lakukan kepada beliau. Begitulah seterusnya pada 2 bulan berikutnya dan ketiga-tiga ahli dibawah anda berjaya mengikut jejak langkah anda. Begitulah juga ahli-ahli lain di bawah rangkaian ahli terdekat anda. Jom kita kira jumlah bonus bulanan anda.


Pada bulan pertama, anda mendaftar keahlian serta membeli produk GESB berjumlah 700BV pada kadar harga lebih kurang RM2000. Jadi, anda akan menerima bonus sebanyak kira-kira RM153 (bergantung kepada nilai BJC yang ditawarkan) pada bulan tersebut seperti yang telah Ali kirakan sebelum ni.

Pada bulan ke 2, anda menaja seorang ahli di bawah rangkaian anda (rujuk bulatan biru dalam Rangkaian Pertama). Pada bulan tersebut, tiada bonus yang dapat anda tebus dari rangkaian pertama anda kerana anda dan ahli di bawah rangkaian anda tu ditawarkan kadar Bonus Prestasi yang sama iaitu 9%. Jadi, tak ada overlapping bonus kat situ. Tapi anda masih boleh buat sekurang-kurangnya 100BV untuk dapatkan overlapping bonus tersebut kerana kadar Bonus Prestasi anda telah naik kepada 13%. Cuma saranan Ali tak payah buat dulu sebab overlapping anda hanya sejumlah 4% (13% - 9%) atau jumlahnya hanya pada kadar RM28 sedangkan anda perlu buat tambahan modal hingga RM300. Lagipun stok yang anda beli tu In Shaa Allah masih banyak terhias dalam almari di rumah anda... Hehe..

Bulan ke-3 pulak anda dapat seorang lagi rakaniaga iaitu di rangkaian kedua anda selain seorang lagi di bawah  rakaniaga rangkaian pertama anda (rujuk bulatan coklat di dalam Rangkaian Pertama dan Kedua). Kali ni pun sama, kalau anda tak buat pembelian pun takkan jadi kerugian untuk anda. Cuma tak ada bonus la. Kalau ada pun mungkin anda akan fikir ianya belum cukup berbaloi. Jai, mungkin anda boleh gunakan modal pembelian produk tu pada bulan ke-4.

Tahniah, dengan rutin menduplikasikan pembelian 700BV kepada seorang rakaniaga setiap bulan, anda telah berjaya menjadi Pengurus dalam rangkaian GESB pada bulan ke-4, tapi apa pun masih terlalu awal untuk anda senyum sampai ke telinga. Senyum sikit-sikit dah la dulu. Apa pun, tahniah sebab anda dah boleh jana Bonus berjumlah RM 259.00. Tapi jangan lupa anda perlu membuat pembelian maintenance sejumlah 100BV baru boleh naik jadi Pengurus dan dapat bonus sejumlah RM 259.00 tu.

Pada bulan ke-5 & ke-6, anda masih lagi berada di tahap Pengurus dan berdasarkan pengiraan jumlah bonus seperti yang tertera di dalam gambarajah di atas, anda mula menjana bonus sejumlah RM320 dan RM462 pada kedua-dua bulan tersebut. Dan yang menariknya anda telah berjaya menjadikan 3 rakaniaga anda berpangkat Pengurus seperti anda membolehkan anda melakar Bonus Generasi dalam pengumpulan bonus bulanan anda. Sekali lagi Ali ingatkan, pada masa ini sememangnya nada perlu membuat pembelian produk berjumlah 100BV sebagai maintenance.


Pada bulan ke-7, pangkat anda dinaikkan kepada Pengurus Emas (GM). Dan anda akan memiliki 3 GM dalam rangkaian pertama dan kedua anda pada bulan ke-8 dan ke-9. Yang paling syok nya ialah bab bonus anda. Mungkin masa ni baru anda dapat senyum lebih lebar lagi. Ermmmm... Belum sampai ke cuping telinga. Tapi dah dekat dah ni... Hehe... Mau tidak... Anda dah mampu jana sejumlah RM901, RM1,636 dan RM2,816 pada bulan ke-7, 8 dan 9. Bahkan sama ada anda sedar ataupun tidak, jumlah bonus pada bulan ke-9 tu dah lebih banyak dari jumlah kos yang pertama kali anda laburkan. Alhamdulillah, dah start jana untung mutlak dah ni. Buat maintenance cuma 100BV @ RM250 - RM300 saja dah boleh untung sampai 4 angka dalam masa 7-9 bulan. Kira ok la tu kan? Erkkkk... Tak ok lagi ke?? Takpa... Ali tunjuk lagi jumlah keuntungan bulan berikutnya.


Haaa... Tak ok lagi ke? Bagi Ali dah banyak ok dah ni... Terpulang kepada pendapat masing-masing. Tapi bagi Ali nak jana pendapatan sehingga RM17 ribu sebulan dalam masa setahun bukan lah sesuatu yang mudah. Tambahan pulak dengan hanya bermodal lebih kurang RM2 ribu sahaja. Yang menariknya, kita senang nak kongsikan segala kebaikan, keuntungan yang ada bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai kita. Bukan untuk kita sapu sorang-sorang. Bukan setakat tu, dah naik ke tahap ke Pengarah Emas dah. Satu step ja nak capai ke tahap maksimum iaitu Duta Emas. Bila nak jadi Duta Emas??? Hehe... Satu bulan sahaja lagi iaitu bulan ke-13... In Shaa Allah anda bakal ditabal sebagai Duta Emas.

Apa pun, itu baru setahun. Cuba kekalkan sampai 5 tahun. In Shaa Allah, bukan setakat pendapatan 5 angka, bahkan mungkin anda mampu lakar hingga 6 angka sebulan. Bahkan mungkin mampu bergelar jutawan. Bukti pun dah ada. Dah ramai jutawan lahir dalam GESB. Mana tau sampai turn kita pulak lepas ni. Aminnn...

Sebelum Ali akhiri entry kali ni Ali nak ajak anda semua bandingkan jumlah kos pembelian produk GESB dan jumlah keuntungan anda dalam setahun.


Anda sendiri dapat lihan Jumlah Terkumpul Perbelanjaan Pembelian Produk GESB yang dilakukan hanyalah pada kadar RM4,565 setahun sedangkan Jumlah Terkumpul Bonus yang diterima adalah sejumlah RM39,413 setahun. Hampir 9 kali ganda dari kos yang anda perlu keluarkan.

Apa pun ini hanya sekadar saranan dari Ali. Seandainya anda berminat dengan entry ni bolehlah hubungi Ali atau Aina melalui whatsapp, FB atau email seperti yang tertera di bahagian Tempahan & Bayaran dalam blog ni.

Terima kasih.