Selasa, 8 Oktober 2013

Gamat Emas


Salam Sejahtera...

Untuk makluman kami juga merupakan pengedar kepada produk-produk dibawah naungan Gamat Emas Sdn. Bhd (GESB). Banyak produk dari GESB yang telah kami gunakan serta pasarkan dan kami tidak pernah rasa jemu dengan penggunaan produk-produk tersebut. Dengan harganya yang cukup-cukup berpatutan, kualiti yang sangat luar biasa serta kredibiliti syarikat GESB amat membuatkan kami terus teruja dengan manfaat yang kami dapat dari GESB.


Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB)

GESB adalah sebuah syarikat bumiputera dan telah bertapak di Malaysia sejak 30 September 1999 lagi dengan menggunakan nombor pendaftaran syarikat 495209 K dan nombor akta jualan langsung (AJL) 931357. Merupakan sebuah syarikat yang begitu kukuh dan kini diiktiraf sebagai sebuah syarikat jualan langsung tempatan yang telah berjaya.

GESB tidak mempunyai sebarang hutang dari mana-mana institusi dan kini telahpun memiliki bangunan sendiri. Dan kelebihan itulah yang membuatkan kami yakin dengan keupayaan GESB dan kami tidak teragak-agak untuk memasatkan produk-produk dari GESB.

Gamat Emas





Itu adalah gambar ataupun rupa gamat emas. Menggelikan??? Jangan bimbang. Ianya tetap makhluk ciptaan tuhan. Dan tuhan telah memberikan kebaikan kepadanya untuk kita sama-sama terima manfaat.

Gamat emas adalah tergolong dalam spesis mentimun laut. Terdapat lebih 2000 spesis mentimun laut dan 49 daripadanya adalah spesis yang dikategorikan sebagai gamat. Dan hanya 9 jenis gamat sahaja yang berada di perairan Malaysia dan salah satunya adalah gamat emas atau nama saintifiknya Stichopus Hermanii.

Hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim di bawah geran TechnoFund Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia semenjak dari tahun 1983 hinggalah sekarang mendapati bahawa gamat emas adalah sejenis gamat yang paling berkhasiat berbanding lain-lain spesis gamat. Ianya mengandungi 44% protein, 3-5% karbohidrat serta kurang daripada 2% lemak kasar. Selain itu, gamat emas juga mempunyai pelbagai bahan bioaktif seperti asid amino, vitamin, mineral, asid lemak perlu dan sebagainya. Ianya amat bermanfaat untuk menyembuhkan luka sama ada dalaman ataupun luaran, merangsang perawatan penyakit kulit serta pelbagai penyakit seperti jantung, sendi, ulser, gastrik dan sebagainya.

Apa yang membuatkan keyakinan saya kepada produk dari GESB ini ialah Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim sendiri merupakan Konsultan Gamat Emas Sdn. Bhd. Seorang yang pakar tentang mentimun laut, bahkan spesis gamat apatah lagi gamat emas pasti mampu memberikan penghasilan produk-produk bermutu tinggi kepada syarikat GESB.


Pengiktirafan


Produk-produk yang telah dikeluarkan oleh pihak GESB juga telah disahkan halal oleh JAKIM dan mendapat status Good Manufacturing Practice.


Produk Gamat Emas Sdn. Bhd

Antara produk GESB kegemaran kami dan produk yang begitu hangat di pasaran ialah:
(sila klik pada nama produk untuk maklumat produk)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan