Selasa, 29 April 2014

Pelan Pemasaran GESB Fasa 2 : Pengurus hingga Pengarah Emas

Bismillahirrahmanirrahim...

Bertemu lagi...

Dah masuk Fasa ke-2 pun. Bagi sesiapa yang belum tahu atau baca Pelan Pemasaran GESB Fasa 1 sila berkunjung ke pautan http://aliaina.blogspot.com/2014/04/pelan-pemasaran-fasa-1-pengedar_8.html.

Dalam bab kali ni Ali nak ajak kaji 3 lagi bonus yang ditawarkan di dalam GESB iaitu:-

  1. Bonus Perkembangan Kumpulan
  2. Bonus Generasi
  3. Dana Emas

Untuk pengetahuan kalian, ketiga-tiga bonus ini ditawarkan secara nyata kepada pangkat Pengurus dan ke atas. Ohhh... Macamana nak naik pangkat Pengurus??? Bukan Ali lupa... Saja Ali nak simpan dulu sebab nak bentang kat sini.


Baiklah... Bagi setiap ahli GESB yang masih di tahap Pengedar bolehlah melakukan 5 pilihan atau teknik yang ditawarkan oleh pihak GESB untuk naik ke peringkat Pengurus iaitu:-

  1. Membuat Jualan Kumpulan Terkumpul (AGS) sebanyak 5000BV + Jualan Peribadi Bulanan (CPS) sebanyak 100BV.
  2. Membuat Jualan Kumpulan Peribadi Semasa (CPG) sebanyak 3000BV + Jualan Peribadi Bulanan (CPS) sebanyak 100BV.
  3. Melahirkan 1 Pengurus di bawah rangkaian anda + Jualan Kumpulan Peribadi Semasa (CPG) sebanyak 1000BV + Jualan Peribadi Bulanan (CPS) sebanyak 100BV.
  4. Melahirkan 1 Pengurus di bawah rangkaian anda + Jualan Terkumpul Peribadi (APS) sebanyak 1000BV + Jualan Peribadi Bulanan sebanyak 100BV
  5. Melahirkan 2 Pengurus di bawah rangkaian anda + Jualan Peribadi Bulanan sebanyak 100BV.

Pening??? Ali baca pun pening... Takpa... Senang... Jangan terlalu memikirkan... Ambil ja 3 cara yang paling senang.

  1. Beli produk GESB sejumlah 3000BV dalam 1 bulan.
  2. Beli produk GESB minimum 100 BV + Kumpul ahli dibawah rangkaian anda sehingga cukup 3000BV dalam 1 bulan.
  3. Kumpul sejumlah 5000BV bersama ahli di dalam rangkaian anda + pastikan anda beli produk sejumlah 100BV pada bulan genap BV terkumpul sebanyak 5000BV tersebut.
Itu kira bahasa yang lebih senang untuk kalian faham. Kalau masih tak jelas juga boleh hubungi Ali directly.

Itu baru teknik untuk naik ke Pengurus. Ada 3 lagi pangkat yang ditawarkan oleh GESB. Macamana nak naik ke tahap yang lain tu?


Pengurus Emas (GM) = Bantu 3 kumpulan di bawah rangkaian anda menjadi Pengurus (M).

Pengarah Emas (GD) = Bantu 3 kumpulan di bawah rangkaian anda menjadi Pengurus Emas (GM).

Duta Emas (GA) = Bantu 3 kumpulan di bawah rangkaian anda menjadi Pengarah Emas (GA).



Senang kan??? Hanya beberapa step untuk sampai ke Maqam Al-Falah (Puncak Kejayaan) iaitu menjadi Duta Emas (GA); peringkat tertinggi di dalam GESB.

Dengan izin tuhan yang Maha Kuasa dan kuasa percaya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah dah terbukti ratusan Duta Emas telah dilahir oleh GESB.

Ok... Dah boleh balik ke Pelan Pemasaran Fasa 2.

Masa untuk Ali rungkaikan satu-persatu bonus seperti yang dijanjikan.

1. Bonus Perkembangan Kumpulan (21% - 36%)

Bonus Perkembangan Kumpulan adalah pengganti dan penyambung kepada Bonus Prestasi yang ditawarkan kepada Pengedar.

Bonus ni ditawarkan kepada pangkat Pengurus hinggalah ke pangkat Duta Emas (GA). Apa itu Bonus Perkembangan Kumpulan ni?

Hampir sama dengan Bonus Prestasi tetapi jumlah minimum Jualan Peribadi Bulanan (CPS) dinaikkan kepada 100BV untuk membolehkan ahli berpangkat Pengurus ke atas layak menerima Bonus Perkembangan Kumpulan ini.

Berikut adalah pembahagian peratusan Bonus Perkembangan Kumpulan yang ditawarkan mengikut pangkat-pangkat di dalam GESB.


Baiklah kita cuba buat pengiraan melalui contoh pengiraan di bawah. Contoh yang Ali berikan ini adalah kesinambungan dari contoh yang Ali berikan di dalam Pelan Pemasaran Fasa 1 sebelum ni.

"Pada bulan ke-3 Adam masih tegar dan berjaya membuat pembelian produk GESB untuk kegunaan sekeluarga, hadiah serta jualan yang sama seperti yang dilakukannya pada bulan pertama dan kedua."
"Hawa, Idris dan Nuh pula masing-masing telah membeli produk GESB bernilai 100BV untuk digunakan dan masing-masing juga telah membuat jualan produk GESB sebanyak 400BV."
"Hawa dan Idris juga masing-masing telah menaja 2 Pengedar baru dibawah rangkaian mereka sementara Nuh hanya menaja seorang Pengedar baru. Kesemua Pengedar baru itu masing-masing telah membeli produk dari GESB sebanyak 300BV."

Mesti pening bila baca kan??? Ok. Saya dah sedia graf kt bawah.




Nampaknya Adam telah naik ke pangkat Pengurus dalam GESB. Bermakna Adam akan menikmati Bonus Perkembangan Kumpulan sebanyak 21%.  Sementara itu Hawa dan Idris masing-masing akan menikmati Bonus Prestasi sebanyak 13% sementara Nuh masih lagi pada kadar 9%. Bagi memendekkan cerita, Ali buat satu table untuk anda lihat berapa jumlah Bonus Perkembangan Kumpulan yang berjaya diraih Adam untuk bulan ke-3.



PENGIRAAN
JUMLAH (RM)
APS ADAM
500 BV x 21%
105.00
CGS HAWA
1100 BV x (21%-13%)
88.00
CGS IDRIS
1100 BV x (21%-13%)
88.00
CGS NUH
800 BV x (21%-9%)
96.00
BONUS PERKEMBANGAN KUMPULAN ADAM
377.00
 

Dah dapat kan? Sikit?? Maaf... Itu cuma kadar Bonus Perkembangan Kumpulan yang diterima Adam. Masih ada Untung Runcit dan Bonus Jualan Cemerlang untuk Adam yang Ali belum kira. Nak tau jugak???

Ok... Kita kira sama-sama.

Seperti bulan-bulan terdahulu, Adam berjaya meraih Untung Runcit sebanyak RM180 daripada hasil jualannya. Begitu juga Bonus Jualan Cemerlang yang diraih Adam. Memandangkan Adam tetap membuat 500BV pada bulan ke-3, Adam layak mendapat 2 share Bonus Jualan Cemerlang. Seandainya setiap share Bonus Jualan Cemerlang masih kekal pada RM40, bermakna Adam akan menikmati sejumlah RM80 hasil dari Bonus Jualan Cemerlang pada bulan ke-3.

Kesimpulannya, dengan bermodal RM355.50 untuk membeli produk kegunaan sekeluarga serta membuat hadiah kepada insan kesayangannya, Adam berjaya mencatat keuntungan sejumlah   RM 637 pada bulan ke-3.

2. Bonus Generasi (20%)


Apa pulak Bonus Generasi ni????

Rileks.... Ali cuba terangkan k....

Bonus Generasi ni diberikan khas buat ahli GESB berpangkat Pengurus dan ke atas. Ianya dikira berdasarkan Jualan Kumpulan Bulanan (CGS) setiap ahli kumpulan bawahan seseorang ahli GESB tersebut sehingga ke generasi ke-6 mengikut nisbah-nisbah yang ditetapkan iaitu 5% : 4% : 3% : 3% : 3% : 2% bagi setiap generasi. Bonus Generasi ini juga ditentukan berdasarkan Jualan Peribadi Bulanan (CPS) seseorang pengedar tersebut pada kadar 100BV, 300BV, 500BV, 700BV atau 1000BV dan nilai mampatan generasi bawahan pengedar tersebut akan berkadar mengikut nilai CPS beliau. Satu lagi, apa yang Ali nak mention kat sini bahawa yang dimaksudkan dengan generasi itu adalah ahli kumpulan bawahan yang sama pangkat atau pangkat yang lebih tinggi.

Mari Ali jadikan gambar di bawah sebagai contoh.


Saya namakan ahli GESB ini sebagai Mamat. Hehe...


Dari gambar di atas dapatlah kita faham bahawa Mamat berpangkat Pengurus Emas atau Gold Manager (GM). Perhatikan kepada rangkaian di dalam kumpulan pertama Mamat iaitu kumpulan yang berwarna biru. Terdapat 7 lapisan generasi bawahan di dalam kumpulan biru tersebut dimana ahli di lapisan pertama, ke-3, ke-4 dan ke-6 merupakan ahli yang sama pangkat dan lebih tinggi pangkatnya daripada Mamat. Ini bermakna keempat-empat lapisan itulah yang menjadi generasi dalam pengiraan Bonus Generasi untuk Mamat.

Sementara bagi kumpulan kedua iaitu kumpulan yang berwarna kuning pula menunjukkan hanya lapisan bawahan yang pertama sahaja yang merupakan ahli yang sama pangkat dengan beliau. Ini bermakna setiap ahli bawahan dalam kumpulan tersebut merupakan generasi pertama dalam pengiraan Bonus Generasi.

Bagi kumpulan ketiga pula iaitu kumpulan berwarna hijau merupakan ahli yang lebih rendah pangkatnya dari Mamat. Ini bermakna tiada pengiraan Bonus Generasi untuk kumpulan tersebut namun beliau masih akan menerima kadar overlapping dalam Bonus Perkembangan Kumpulan (26% - 21%). 



Dah jelas? Kurang jelas? Erk… Tak paham????


Memang Ali dah agak dah. Ok… Ali cuba buat contoh pengiraan pulak…

Andaikan setiap Pengurus atau Manager (M) membuat Jualan Peribadi Bulanan (CPS) sebanyak 100BV dan Jualan Kumpulan Bulanan (CGS) berjumlah 3000BV. Andaikan lagi setiap GM membuat CPS sejumlah 300BV dan Pengarah Emas atau Gold Director (GD) pula membuat 500BV. Kita kira berapa jumlah Bonus Generasi diperuntuk untuk Mamat.
  


Generasi
%

Jumlah CGS
Bonus Prestasi (RM)
1
5
X
(2 x 300BV) + (9 x 3000BV) = 27600BV
1 380.00
2
4
X
500BV
20.00
3
3
X
(3 x 300BV) + (9 x 3000BV) = 27900BV
837.00
4
3
X
300 + (3 x 3000BV) = 9300 BV
279.00
5
3
X
-
0
6
2
X
-
0
Jumlah Bonus Prestasi Mamat
2 516.00


Jadi jumlah Bonus Generasi untuk Mamat berjumlah RM2516. Belum lagi termasuk Bonus Perkembangan Kumpulan yang dibuat pada CPS Mamat dan CGS dalam kumpulan ke-3. Nak kira Bonus Perkembangan Kumpulan Mamat senang saja. Mamat seorang GM membuat CPS sebanyak 300BV. Jadi Bonus Perkembangan Kumpulan Mamat adalah sebanyak RM 534.00 {(300BV x 26%) + [9000BV x (26%-21%)]}



Jadi keseluruhan jumlah bonus yang bakal diterima Mamat ialah RM 3 050.00. Boleh tahan jugak Mamat ni. Untuk pengetahuan semua, kalau Mamat buat CPS sebanyak 700BV, kesemua 6 generasi beliau akan dikadarkan kepada 5%. Jom kita kira….

Generasi
%

Jumlah CGS
Bonus Prestasi (RM)
1
5
X
(2 x 300BV) + (9 x 3000BV) = 27 600BV
1 380.00
2
5
X
500BV
25.00
3
5
X
(3 x 300BV) + (9 x 3000BV) = 27 900BV
1 395.00
4
5
X
300 + (3 x 3000BV) = 9300 BV
465.00
5
5
X
-
0
6
5
X
-
0
Jumlah Bonus Prestasi Mamat
3 265.00
 
Dah up lagi RM 749.00 jumlah Bonus Generasi Mamat. Tapi kena tambah CPS 400BV lagi la. Tambah CPS pun bukannya rugi. Ada stok produk. Ada bonus besar. Lebih-lebih lagi stok tu dapat dijual. Ada lagi Untung Runcit.


Ok lah tu kot pasal Bonus Generasi. Kalau tak ok jugak boleh contact Ali. Kalau nak cerita lagi takut nanti jemu pulak bab Bonus Generasi ni kan??? Takpa… Jangan pening-pening sangat. Sbb ada lagi bonus-bonus lain yang Ali nak terangkan. Kalau dah pening macamana nak faham bonus yang lain tu. Kita study sama-sama k…



Ali sambung lagi k… Last bonus dalam fasa ke-2.

3. Dana Emas (10%)

Yang ni lain sikit. Tak masuk payslip punya. Dana Emas ni boleh diibaratkan sebagai hadiah tahunan dari GESB. Macam mana tu? Ok... Ali cuba terangkan.

Dana Emas ni diberikan kepada semua ahli GESB berpangkat Pengurus ke atas secara tahunan. Dalam erti kata lain, ianya dikira berdasarkan Jualan Kumpulan Terkumpul (AGS) sehingga ke generasi ke-9 bagi setiap satu tahun. Kiraan dibuat berdasarkan nisbah 1 mata Dana Emas bersamaan 1200BV dalam Jualan Kumpulan Bulanan (CGS) sehingga ke generasi ke-9. Kemudian mata yang diperolehi itu akan dikumpul dari awal bulan hingga ke akhir bulan sesuatu tahun. Masuk saja ke tahun baru jumlah mata dalam Dana Emas dah mula boleh digunakan dan para ahli berhak menuntut segala jenis bentuk hadiah yang ditawarkan berdasarkan jumlah mata Dana Emas yang berjaya dikumpul.


Gambar di sebelah ni adalah pakej-pakej atau set-set yang ditawarkan bagi menuntut bonus Dana Emas bagi tahun 2014. Maksudnya, jumlah mata Dana Emas tahun lepas untuk dituntut pada tahun ini.

Sebagai contoh, katakan seorang ahli GESB bernama Badar mempunyai 95 ahli dibawah rangkaiannya dan kesemuanya merupakan ahli didalam lingkungan sehingga ke generasi ke-9. Badar dan kesemua ahli dibawah rangkaiannya juga telah membuat pembelian produk GESB sebanyak 100BV setiap bulan. Bermakna pengiraan jumlah mata bonus Dana Emas untuk Badar adalah seperti berikut:-


CGS Badar = 96 ahli (termasuk Badar) x 100BV = 9600
Mata Dana Emas Bulanan Badar = 9600 / 1200 = 8 mata
Jumlah mata Dana Emas Badar = 8 mata x 12 bulan = 96 mata.

Bermakna Badar layak menuntut sebuah TV LED Sony 42" sebagai bonus Dana Emas beliau untuk tahun 2014.

Ali harap penerangan yang Ali buat jelas. Kalau masih ada yang kurang jelas tu jangan segan-segan untuk hubungi Ali atau komen kat ruang bawah ni. In Shaa Allah Ali akan cuba terangkan. Bagi ahli-ahli GESB yang berkunjung ke laman blog kami ni, Ali harap dapatlah ditegur salah silap dalam usaha Ali membuat penerangan ni. Apa pun, terima kasih sebab sudi membaca.

Sekian...