Assalamualaikum. Hari ni 23 November 2013. Ali dan Aina ke Yek's Clinic Sdn. Bhd. sebab nak pastikan keadaan kandungan dan Ovarian Cyst yang KKIA kesan hari tu.
Tapi memang lama tunggu. Sejuk. Sempat melawat tandas dan muntah 2 kali. Dalam hati pun dah macam-macam yang dijangka. Akhirnya tiba giliran dipanggil masuk. Tapi kena baring lama kat tempat scan sebab doktor tengah layan pesakit lain.
Dekat nak 15 minit terbaring doktor pun datang. Tanya bila 1st day last period, dah ke KKIA atau belum dan apa aduan sekarang. Huhuhu..
Ali pun bagi tahu tentang Ovarian Cyst yang doktor KKIA jumpa. Aina pula bagi tahu sejarah kehamilan pertama yang mana Aina mengalami 2nd Trimester Misscariage dan Low Lying Placenta. Doktor pun scan rahim. Yang best-nya, Ali yang doktor bagi tahu tentang apa yang ada di dalam rahim.
"Kandungan masih kecil. Baru ## minggu. Kalau ikut kiraan due-nya pada ##/##/2014." kata doktor. Tambahnya lagi, "Kamu dah ada sejarah keguguran, jadi saya akan bagi vitamin dan ubat untuk kuatkan uterus. Lepas sebulan atau sebulan lebih nanti datang semula untuk diperiksa." Doktor memberikan Gestrenol Tablet 5mg dan UPHA Folic Tablet 5mg. Kena amal sehingga habis. "Yang palin penting kamu kena banyak rehat dan BED REST".
Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang untuk merasai kebahagiaan ini. Menghitung masa dapat melahirkan, menyambut serta menjaga amanah Allah ini. Namun begitu Ali dan Aina tetap melebihkan rasa milik mutlak dari rasa keterujaan kami. Kandungan ini adalah rezeki dari Allah dan Allah jua yang maha mengetahui banyak mana rezeki yang patut diberi-Nya kepada kami.
Ikhtiar ubatan doktor dan produk Gamat Emas tetap kami amalkan. Usaha kami untuk kesihatan dan kesejahteraan. Doakan yang terbaik buat kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan