Ahad, 29 Disember 2013

Femmina (GESB) : TERBAIK!

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ada rajin sedikit nak mencoret hari ni. Biasalah sibuk hujung tahun hingga tak sempat nak singgah di blog.


Semalam 28/12/2013 kami menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja yang berbangsa Cina di RH Hotel, Sibu. Ramai juga rakan-rakan sekerja dan keluarga yang hadir memeriahkan majlis tersebut.



Untuk makluman, rakan sekerja saya yang berbangsa Cina ini adalah rakan kongsi kami dalam Gamat Emas Sdn. Bhd. Sebelum majlis, beliau telah mengamalkan G Cafe Pegaga, Femmina, Losyen Badan Gamat, Sabun Gamat, Pati Gamat Plus Vita, C3 Spirulina serta Orogard. Alhamdulillah. Beliau tampil anggun semalam.



Pada majlis semalam Aina turut berkesempatan melihat kelibat pengguna dan penyokong 'senyap' produk Femmina. Aina tidak berkesempatan bertegur sapa lantaran sibuk dengan makanan. Hehehe ... Dulu-dulu, Aina pasti badannya agak gempal berisi. Tapi atas keprihatinan suaminya memperkenalkan pakej Femmina & Pegaga, beliau berani mencuba. Nah~ sekarang seperti anak dara semula bentuk badannya.



Alang-alang mencoret Aina selitkan juga testimoni baru Femmina yang lain. Seorang pengguna yang telah berbelas tahun berkahwin dan anaknya juga meningkat dewasa; dulu mengadu tentang badannya yang gempal serta lemak yang di bahagian perut menyukarkan beliau berfesyen



Selepas mengamalkan satu set Femmina & Pegaga, beliau telah membuat pembelian semula. Katanya, "Orang dah puji saya dah nampak kurus. Dulu ketara dagu berlipat, sekarang dah normal dan semakin runcing". "Miss V pun makin mantap. Saya dah banyak cuba produk. Namun FEMMINA ADALAH YANG TERBAIK!".





Satu lagi testimoni; yang mana beliau seorang ibu kepada beberapa anak-anak kecil. Tugasan sebagai ibu bekerjaya yang menguruskan perihal anak-anak kerana desakan PJJ dengan suami. Beliau telah menggunakan 2 botol Femmina dan beberapa produk lain dari Gamat Emas Sdn. Bhd.



Perubahan ketara yang beliau rasai ialah ukuran pinggangnya mengecil dan semakin bertenaga melayan kerenah anak-anak yang pelbagai. Kalau dulu hanya hujung minggu anak-anak disajikan juadah istimewa. Namun sekarang setiap hari menu anak-anak dimasak dan dijaga rapi. Femmina juga mengundang memori lama~ Rasa seperti mula-mula bernikah dulu. Alhamdulillah. Khasiat Femmina memberi kesan positif kepada pengguna-penggunanya.



Rindu rasanya nak ber-FEMMINA. Cemburu bila rakan-rakan berkongsi cerita khasiat Femmina. InsyaAllah tahun depan Aina ber-Femmina semula. Sebab sekarang Aina tengah menghayati khasiat Femmina botol ke-2. Kisah Aina ada dalam coretan terdahulu.




FEMMINA membantu menstabilkan hormon wanita; merawat masalah keputihan, haid yang normal, kurang senggugut, mengecutkan rahim, meningkatkan kesuburan, menganjalkan payudara, mencegah kebuncitan, membentuk tubuh badan serta banyak lagi.

Sekian. Sehingga dilain waktu...

Selasa, 17 Disember 2013

Femmina (GESB) : Tiada Lagi Kerunsingan


Assalamualaikum...

Alhamdulillah Femmina dah banyak bantu Kaum Hawa. Maksudnya dah ramai jugak yang gembira dengan kehadiran Femmina dalam keluarga mereka. Cuma kadang-kadang tu terkedu jugak bila terima pelbagai persoalan dalaman mengenai Femmina. Kebiasaannya introducer kami dalam Gamat Emas Sdn. Bhd. dan pakcik 'google' lah yang menjadi mangsa rujukan kami. Alhamdulillah terjumpa satu blog yang membuat soal jawab mengenai Femmina. Boleh rujuk persoalan dan jawapan yang kami copy dari web http://gamatemasshahalam.blogspot.com/2009/01/soal-jawab-mengenai-femmina.html

1. Berapa kapsul yang perlu saya ambil sehari?

1 kapsul selepas sarapan dan 1 kapsul selepas makan malam. Walaubagaimanapun, untuk memudahkan, anda juga boleh mengambil 2 kapsul sekaligus selepas sarapan.

2. Bagaimana cara pengambilannya?
Seeloknya Femmina dimulakan pengambilannya selepas haid. Femmina tidak disyorkan diambil ketika haid untuk mengelakkan gangguan pada kitaran semulajadi estrogen pada pusingan haid yang biasa. Pengambilan Femmina dihentikan sementara ketika haid dan dimulakan semula selepas haid. Begitulah seterusnya. Bagi wanita yang menopaus, Femmina boleh diambil berterusan tanpa henti.

3.Berapa umur wanita yang boleh mengamalkan Femmina?

Femmina disyorkan untuk wanita 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, paling mustahak ialah golongan wanita selepas umur 35 tahun kerana sewaktu itu paras estrogen sudah semakin menurun. Paling penting ialah wanita selepas menopaus kerana di kala itu paras estrogen sangat rendah dan pengambilan Femmina boleh membantu mengatasi gejala yang bersangkutan dengan menopaus.

4. Siapakah golongan yang tidak disyorkan untuk mengambil Femmina?

• Gadis di bawah umur 18 tahun
• Wanita yang sedang hamil (Boleh terus mengamalkan Femmina selepas melahirkan)
• Wanita yang sedang atau pernah menghidapi kanser yang berkait dengan organ seksual wanita (payudara, rahim dan ovari).

5. Berapa lama perlu saya mengambil Femmina?

Bagi mendapat keberkesanan yang paling optima, anda digalakkan untuk mengamalkan Femmina secara berterusan sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Selepas itu anda boleh mengamalkannya dengan selamat bagi mengekalkan manfaatnya.

6. Jika saya mengamalkan produk lain, bolehkah saya mengambil Femmina?
Femmina ialah produk herba semulajadi. Insya-Allah ia tidak mengganggu keberkesanan produk kesihatan yang lain.

7. Bagaimana jika saya sedang mengamalkan pil perancang keluarga?
Kesan Femmina tidak begitu mantap kerana kandungan phytoestrogennya perlu berganding dengan hormon estrogen yang ada di dalam pil perancang keluarga. Untuk mendapat keberkesanan yang optima, anda boleh menggunakan kaedah lain untuk merangcang keluarga seperti IUD, kondom dll.

8. Mengapa Femmina tidak dicampur Gamat?

Memandangkan Femmina dihasilkan di dalam kapsul yang terhad kuantiti kandungannya (< dari 500mg dalam satu kapsul), adalah tidak bersesuaian untuk mencampurkan gamat kerana kuantiti gamat itu sudah tentu tidak boleh dimuatkan di dalam ruang kapsul yang terhad. Untuk mendapatkan khasiat gamat, anda disarankan untuk mengamalkan Pati Gamat Plus/Vita.


9. Mengapa Femmina dihasilkan di dalam bentuk kapsul dan tidak di dalam bentuk cecair seperti produk yang lain?

Ekstrak herba yang terdapat di dalam Femmina dihasilkan melalui teknik ‘spray drying’. Serbuk yang terhasil agak pahit dan adalah lebih selesa ditelan dalam bentuk kapsul. Dengan menggunakan serbuk juga dapat memberikan sukatan yang lebih tepat setiap kapsul. Ia juga mudah dimuatkan di dalam beg tangan agar mudah dibawa ke mana-mana supaya dapat mengikuti peraturan pengambilan Femmina ini secara teratur.

10. Saya khuatiri kapsul yang digunakan tidak HALAL...

Kapsul yang digunapakai dibuat dari sayuran dan bukan dari usus binatang. Femmina telah mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM supaya pengguna dapat mengamalkannya tanpa sebarang rasa was-was.

11. Adakah terdapat kesan tindakbalas jika saya mengambil Femmina?
Antara kesan tindakbalas utama yang mungkin berlaku termasuklah :
  •  Bagi mereka yang kebiasaannya mengalami sakit kepala dan sakit perut sebelum/ketika datang haid, pada peringkat permulaan (3-4 hari), anda mungkin mengalami simptom yang sama. Walaubagaimanapun, kesan ini akan hilang setelah badan anda sudah biasa kepada pengambilan Femmina.
  •  Rasa tidak selesa pada payudara akibat kesan menegang dan proses pembesaran payudara.
  •  Peningkatan penghasilan cecair pelembab/pelincir di bahagian faraj
  •  Bagi wanita yang telah menopaus, kemungkinan berlaku pendarahan haid yang bersifat sementara dan tidak perlu dikhuatiri

12. Adakah kesan sampingan seandainya saya memberhentikan pengambilan Femmina?

Femmina tidak memberi kesan ketagihan. Seandainya anda (terutamanya jika anda melewati usia 40-an) memberhentikan pengambilan Femmina, kesan yang anda alami sebelumnya seperti pembesaran dan penegangan payudara, kulit yang semakin licin, gebu dan cantik, rambut yang lebat dll akan perlahan-lahan kembali kepada keadaan asal memandangkan badan anda berada pada tahap yang mana hormon estrogen semulajadi sudahpun menyusut. Namun demikian, kesan tersebut akan kembali apabila anda mengamalkan Femmina semula.

13. Adakah memadai saya mengambil Femmina sebagai pemakanan tambahan untuk menjaga kesihatan saya?

Tidak. Kerana Femmina berfungsi menyerlahkan sifat-sifat kewanitaan dan mengatasi gejala menopaus. Ia bertindak menggunakan bahan aktif yang merupakan phytoestrogen. Paling sesuai jika ia digabungkan dengan pengambilan set Gaya Hidup Emas bagi tujuan mencegah, merawat dan menjaga kesihatan. Mengamalkan Bio-H akan memberi kesan awet muda yang lebih hebat apabila digabungkan dengan Femmina.

Khamis, 5 Disember 2013

C3 Spirulina (GESB) : Antibodi yang YuMMy..



Nama Produk:
C3 Spirulina

Kegunaan:
Penjagaan Serta Rawatan Luaran Dan Dalaman

Harga:
WM : RM 68.00
EM : RM 74.00

Kandungan:

500ml sebotol

Berat:
600 gram


Cara Menggunakannya:
Minum 1 sudu besar 2 kali sehari
(Boleh dibuat minuman selepas sarapan dan makan malam)

Satu-satunya produk yang berasaskan spirulina dan diperkayakan dengan tambahan 3C (Chlorophyll, Vitamin C dan Coenzime 10) yang tiada dalam kandungan spirulina bagi melengkapkan keperluan khasiat dalam diri seseorang. Ianya juga telah ditambah dengan perisa blackcurrant bagi memastikan rasanya yang jauh lebih enak.

Secara umumnya ramai yang tahu betapa amat pentingnya spirulina untuk digunakan manusia sebagai nutrisi tambahan sehinggakan ada yang menganggap spirulina sebagai makanan kedua terbaik selepas susu ibu.

Dulu-dulu Aina ambil spirulina yang jenis tablet. Vitamin C pun jenis yang BESAR susah nak telan dan minyak ikan yang juga bersaiz BESAR. Amal spirulina, vitamin C dan minyak ikan sebab zaman remaja dulu-dulu Aina ada masalah sembelit, masalah senggugut dan pembiakan jerawat yang amat subur. Kulit muka macam bulan (banyak kawah). Kalau dah ambik 3 produk tu memang tak mampu beli sekali gus. Sebotol supplemen tu harga hampir ratus dan ada yang RATUSS...

Alhamdulillah. Sekarang ada C3 Spirulina. Ambil sebotol untuk sebulan. Cukup lengkap dan lebih khasiat. Dalam 1 botol ada SPIRULINA, VITAMIN C, KLOROFIL dan COENZIME 10. Yang paling istimewa ianya berbentuk cecair berperasa BLACKCURRANT. YUMMY!!

Kami punya cara tersendiri menikmati C3 Spirulina. Ali; bancuh bersama air dan dinikmati seperti sirap. "Boleh kongsi dan jimat", kata nya. Aina; hehe... Aina suka yang pati. Pagi 1 sudu besar, petang atau malam 1 sudu lagi. YUMMY... Sedap... Dah jenis pati memang terasa kemanisan blackcurrant nya yang YUMMY.

Tapi kadang-kadang Aina ikut juga cara Ali. Bancuh 20ml lebih kurang 2 sudu besar C3 Spirulina dengan 500ml air kosong. Memang susah nak habis sekali gus. Aina buat bekal minuman di pejabat. Lebih sihat dan senang.

Ni baru cerita pasal rasa. Khasiat C3 Spirulina nanti lain kali Aina cerita ya..


PGPV (GESB) : Dah jarang jumpa doktor.



Nama Produk: 
Pati Gamat Plus Vita

Kegunaan: 
Penjagaan dan Rawatan Dalaman & Luaran

Harga: 
W.M : RM 57.00
E.M : RM 60.00

Kandungan:
350 ml sebotol

Berat:
550 gram

Cara Penggunaan:
1) Untuk penjagaan minum 1 sudu 2 kali sehari sebelum makan. (Sarapan dan makan malam)
2) Untuk rawatan minum 2 sudu 2 kali sehari sebelum makan. (Sarapan dan makan malam)
(Boleh dicampur dengan air sebagai minuman)



Assalamualaikum. Hari ni dapat testimoni terbaru dari makcik cleaner  di pejabat Aina. Pertama kali dia beli 14 Oktober 2013. Dia kata dia nak cuba. Aina pun tanya apa masalah kesihatan dia. 

Dia cakap dia ada tekanan darah tinggi, tahap kolestrol pun tinggi dan bacaan gula dalam darah pun tinggi. Semua tinggi-tinggi, jadi dia pun setiap 2 minggu akan ke klinik untuk diperiksa tahap kesihatannya. Pergerakannya juga agak perlahan. Badan pun nampak macam berat. Air muka pun kurang sihat.

Hujung bulan dia cakap nak pesan sebotol lagi. Waktu tu Aina belum berani nak tanya apa-apa. Aina bekalkan saja. Namun hujung bulan November dia minta 'sebut harga'. Haha... macam bisnes besar pula kan. Kali ni dia nak 2 botol PGPV dan 1 kotak kopi pegaga. Dia kata nak bagi tahu anak dia harga barangan yang nak dibeli sebab anak dia yang tolong dia beli.

Kalau dah tambah pesanan tu memang luar biasa. Aina pun tanya macam mana kesihatan dia sekarang. Tengok luaran dah makin cergas dan ceria. Dia cakap semua bacaan sakit yang lepas dah turun. Alhamdulillah. Lepas tu dia cakap sekarang dah tak selalu pergi klinik. Kalau dulu 2 minggu sekali tapi sekarang 3 bulan sekali. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Seronok rasanya bila dapat bantu orang. Dengan menyampaikan sesuatu dapat menolong orang lain meningkatkan tahap kesihatan. Semoga makcik cleaner semakin sihat dan cergas.

Aina pun amal PVPV sebab Aina ada gastrik dan kesihatan yang kurang baik. Selalu sahaja lemah badan dan dapat cuti sakit. Kalau gastrik, muntah teruk dan badan pun lesu. Cepat pening dan penglihatan pun terganggu. Alhamdulillah. Lepas amal PGPV gastrik dah sembuh dan badan pun makin sihat. 

Bacaan ujian glucose Aina (Nov)


Sekian... Nak tahu lanjut tentang Pati Gamat Plus Vita? Lain kali kita kongsi lagi cerita dan testimoni ;)


Ahad, 1 Disember 2013

Perjalanan ke-2 : Nasihat doktor untuk kehamilan ini.

Assalamualaikum. Hari ni 23 November 2013. Ali dan Aina ke Yek's Clinic Sdn. Bhd. sebab nak pastikan keadaan kandungan dan Ovarian Cyst yang KKIA kesan hari tu. 

Tapi memang lama tunggu. Sejuk. Sempat melawat tandas dan muntah 2 kali. Dalam hati pun dah macam-macam yang dijangka. Akhirnya tiba giliran dipanggil masuk. Tapi kena baring lama kat tempat scan sebab doktor tengah layan pesakit lain. 

Dekat nak 15 minit terbaring doktor pun datang. Tanya bila 1st day last period, dah ke KKIA atau belum dan apa aduan sekarang. Huhuhu..

Ali pun bagi tahu tentang Ovarian Cyst yang doktor KKIA jumpa. Aina pula bagi tahu sejarah kehamilan pertama yang mana Aina mengalami 2nd Trimester Misscariage dan Low Lying Placenta. Doktor pun scan  rahim. Yang best-nya, Ali yang doktor bagi tahu tentang apa yang ada di dalam rahim.

"Kandungan masih kecil. Baru ## minggu. Kalau ikut kiraan due-nya pada ##/##/2014." kata doktor. Tambahnya lagi, "Kamu dah ada sejarah keguguran, jadi saya akan bagi vitamin dan ubat untuk kuatkan uterus. Lepas sebulan atau sebulan lebih nanti datang semula untuk diperiksa." Doktor memberikan Gestrenol Tablet 5mg  dan UPHA Folic Tablet 5mg. Kena amal sehingga habis. "Yang palin penting kamu kena banyak rehat dan BED REST".

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang untuk merasai kebahagiaan ini. Menghitung masa dapat melahirkan, menyambut serta menjaga amanah Allah ini. Namun begitu Ali dan Aina tetap melebihkan rasa milik mutlak dari rasa keterujaan kami. Kandungan ini adalah rezeki dari Allah dan Allah jua yang maha mengetahui banyak mana rezeki yang patut diberi-Nya kepada kami.

Ikhtiar ubatan doktor dan produk Gamat Emas tetap kami amalkan. Usaha kami untuk kesihatan dan kesejahteraan. Doakan yang terbaik buat kami.