Jumaat, 29 November 2013

Gamat Emas : Makanan tambahan semasa hamil.

Assalamualaikum. Dah genap # minggu mengandung. Belum lagi rasanya nak mengidam atau morning sickness. Tapi kesian kat Ali. Dia yang lebih banyak loya dan muntah. Kepenatan tiap-tiap minggu berulang-alik Kuching-Sibu-Kuching. Dah rezeki PJJ.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja Aina akan mengambil 1 sudu besar Pati Gamat Plus dan sebiji Folic Asid. Selang 2-3 hari awal pagi selepas bangun tidur Aina amal Bioseed 30. Dah dapat gaji nanti nak pujuk Ali belikan C3 Spirulina. Hehehe....

Selain produk Gamat Emas yang Aina amal hari-hari ada 1 lagi benda yang Aina mesti dapat. Air Milo. Entah. Sejak mengandung ni hari-hari nak minum Milo. Turutkan saja sebab senang nak cari.

Aina mengamal Pati Gamat Plus kerana ia ada kesan anti-gastrik, menurunkan tekanan darah tinggi, mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah. Banyak lagi khasiat Pati Gamat Plus ni.

Bioseed 30 pula Aina amal sebab melawaskan pembuangan air besar dan mengembalikan bakteria baik di dalam usus. Itu antara kahsiatnya. Nak tahu lebih lanjut? Di lain masa Aina kongsikan ya...

Rabu, 27 November 2013

Gamat Emas : Kesihatan & kehamilan.

Assalamualaikum. Ni kira sambungan kisah di Klinik Kesihatan Jalan Oya, Sibu. Dari 11/11/2013 hingga 13/11/2013 tiap-tiap pagi Aina di sana. 11/11/2013; daftar ibu mengandung, 12/11/2013; Glucose Tolerance Test dan 13/11/2013; jumpa Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Mohd Fozi Kamarudin. 

Baiklah. Cerita 13/11/2013. Awal pagi Aina dah sampai di klinik. Letak slip ambil keputusan. Lebih kurang jam 7:45 pagi baru dapat keputusan. Lepas tu tunggu pula giliran nak daftar jumpa doktor. Nombor kat QMS : 49 sedangkan nombor di tangan 62. Lama lagi..... Namun Allah ada perancangan-NYA tersendiri. Tiba-tiba ada seorang ibu bersama anak memberikan Aina nombor 52. Alhamdulillah......

Lepas daftar maka jumpalah dengan doktor. Minggu lepas doktor tegur kalau tak ubah gaya hidup boleh kena kencing manis. Sebab tu suruh test. Aina tunjuk keputusan makmal.

Keputusan ujian pada 12/11/2013

Doktor : OK. Paras gula OK. Dah datang period?
Aina     : Belum.
Doktor : Last period, bulan lepaskan. Dah check?
Aina     : Belum.
Doktor : Pi buat UPT dulu. Kemudian datang balik.

Lepas 40 minit. Dapat keputusan dan tunjuk kat doktor.

Alhamdulillah. Keputusan yang ditunggu.


Doktor : OK. Positive. Positive ya.
Aina     : OK.
Doktor : Naik atas buat buku.
Aina     : OK. Terima kasih.

Alhamdulillah. Lega. Tak perlu jumpa pakar lagi.... Tukar jumpa jururawat dan doktor lain lagi.

Untuk makluman semua sebelum mengandung Aina mengamalkan Femmina, G Cafe Pegaga, G Cafe Ubi Jaga, Bioseed 30, Bioseed Plus Enzyme, Pati Gamat Plus Vita, Pati Gamat Plus dan C3 Spirulina. Alhamdulillah. 

Ikhtiar kami melalui GAMAT EMAS, dengan izin-NYA kami perolehi gaya hidup emas. Yang paling beharga dalam kehidupan adalah KESIHATAN. Dengan kesihatan yang baik, kita dapat beribadah dengan baik, kita dapat menjalankan tugasan harian dengan baik serta kita dapat membahagiakan orang yang menyayangi kita.

Selasa, 26 November 2013

Gamat eMas Part 2 : Orang Kuat Usaha (O.K.U)

Dalam Part 1 yang lepas Ali ada menceritakan bagaimana pengalaman Ali dipertemukan dengan Gamat eMas. Dan orang yang bertanggungjawab menemukan Ali dan Gamat eMas ialah Encik Tazlan. Orang yang cukup luar biasa di pandangan mata kasar mahupun di mata hati kami.




Mungkin anda pernah bertemu beliau. Ataupun sekadar pernah melihat beliau. Tapi anda tak tahu kat mana anda jumpa dia. Untuk pengetahuan semua tatkala mata kita melihat gambar beliau, sedarkah kita betapa insan tersebut tidak dapat melihat wajah kita walaupun kita hanya selangkah di hadapannya. Mungkin juga beliau pernah terlanggar kita semasa berjalan. Mungkin juga kita pernah hampir terlanggar beliau kerana beliau berseorangan di tengah jalan. Allah lebih mengetahui.

Encik Tazlan merupakan antara sumber inspirasi kami. Seorang yang cacat penglihatan. Namun, mata hatinya cukup jelas. Beliau mampu hidup bebas seperti kita yang sempurna sifat tanpa menagih sekelumit bantuan dari sesiapa. Bahkan kekuatan fizikal dan mentalnya mungkin jauh lebih hebat dari apa yang kami ada.

Beliau merupakan bekas jaguh renang Paralimpik Malaysia. Di Pusat Urut dan Refleksologi miliknya juga penuh dengan pingat-pingat kejuaraannya. Begitu juga gambar-gambar kemenangannya. Mungkin kejayaan beliau terdahulu adalah hasil bantuan dari pihak tertentu. Namun hasil titik peluh beliau lah yang sebenarnya membentuk kejayaan-kejayaan yang digapainya.

Menurut En. Tazlan, beliau pernah mengalami masalah buasir dan pulih sepenuhnya hasil usaha dan ikhtiarnya bersama Gamat eMas. Dan dengan Gamat eMas lah beliau masih berjaya mengekalkan tahap keupayaan fizikalnya di tahap optimum sehingga kini. Terbaru, nama beliau telah terpahat di dalam Malaysia Book Of Record apabila menjadi satu-satunya Orang Kuat Usaha yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu.

Subhanallah... Kalau kami tiak ditemukan dengan Encik Tazlan, mungkin sehingga kini Ali masih dibelenggu masalah tongsil, resdung, stress, kurang tenaga dan pelbagai masalah. Begitu juga Aina, mungkin masih dibelenggu masalah hormon, stress, peranakan, mudah lupa dan sebagainya. Sesungguhnya Allah perancang terbaik. Dipertemukan Allah kepada kami dengan khasiat produk-produk seperti Pati Gamat Plus Vitamin, C3 Spirulina, Bioseed 30, G Cafe Pegaga, Femmina, Gel Gamat dan pelbagai produk keluaran Gamat eMas Sdn. Bhd. melalui insan yang sedikit pun tidak pernah melihat bentuk produk-produk tersebut. Apatah lagi melihat wajah kami. Semoga kehidupan hidup Encik Tazlah dipenuhi barakah dan syafaat dari Yang Maha Esa. Amin....

Perjalanan ke-2 : POSITIVE

Assalamualiakum. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Petang 10 November 2013 lepas Aina saja-saja buat UPT. Wahh.... Positive. Betul ka? Was-was juga. Tapi double line terang. Dahlah Ali dalam perjalanan balik ke Kuching. Nak kongsi ka tidak? Adeh...

Aina cuma whatsapp Ali nak tanya boleh tak Aina daftar kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Ali soal dah boleh ka? Dah buat UPT ka? Aina kongsi gambar kat email. 

UPT pada petang 10/11/2013


Memang kami amat menunggu kedatangan berita gembira ini semenjak kehilangan puteri sulung kami Afnan 1 Mei 2013. Tak putus-putus doa dan usaha kami untuk sihat dan ada zuriat. Alhamdulillah, Allah pertemukan kami dengan Femmina Gamat Emas Sdn. Bhd. Itu ikhtiar, namun hanya dengan keizinan-Nya barulah apa yang diusahakan menjadi kenyataan.

Pada pagi 11 November 2013 Aina telah ke KKIA untuk mendaftarkan kehamilan. Prosedur biasa kena lalui. Namun agak tersentap bila semasa imbasan rahim kosong dan doktor mendapati ada Ovarian Cyst. 

Aina maklumkan kepada Ali perihal ini. Ali menasihati Aina untuk bersabar dan bertawakal atas ujian Allah untuk kami.  Doktor juga memberitahu bahawa kandungan terlalu awal dan  Ovarian Cyst ini boleh hilang sendiri. Hal ini akan diperhatikan untuk temujanji seterusnya.

Untuk makluman, Aina telah berhenti mengambil Femmina pada 7 November 2013 kerana Femmina tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Buat masa ini Aina hanya mengamalkan C3 Spirulina dan Pati Gamat Plus untuk bekalan khasiat semasa mengandung.

InsyaAllah akan dicoretkan lagi cerita Ali Aina untuk masa akan datang. Mohon doakan kebaikan untuk kami ya.

Khamis, 21 November 2013

Impian Emas Ali Aina

Impian Emas Ali Aina. Banyak sebenarnya. Namun untuk 2014 doakan kami tidak PJJ lagi. Dapat berkongsi rumah dan kereta ke tempat kerja. Huhuu... Amin. Sekarang Aina di Sibu dan Ali di Kuching. Lebih kurang 440km yang menjarakkan kami. Ditambah pula keadaan jalan yang bukan bertaraf Highway.

Nak sebut pasal kos memang tinggi. Belanja petrol? Alhamdulillah kami berjimat dengan MyGreenOil. Bukan setakat jimat petrol, keadaan dan fungsi kereta di tahap yang memuaskan serta memberi kesan pemanduan yang selesa.

Dulu akibat kerap ulang-alik, Ali dan Aina pun kerap sakit. Cepat penat dan gagal kawal emosi. Namun kini kami semakin ceria dan kurang berulang-alik ke klinik. Terima kasih Allah kerana menemukan kami dengan Orang Kuat Usaha yang hebat; encik Tazlan. Encik Tazlan memperkenalkan kami dengan produk bumiputera yang halal lagi mampu milik; Gamat Emas.

Bila Perkahwinan Jarak Jauh; kos sara hidup dan belanja harian pun meningkat. Sekali lagi Allah bantu kami melalui seorang rakan iaitu Puan Nik Suhar Azlina. Beliau memperkenalkan Ultra Trim kepada kami sebagai suplemen dan punca rezeki tambahan. Alhamdulillah. Cuma Allah saja yang dapat membalas budinya.

Impian Emas Ali Aina... Amat besar impian kami. Kami coretkan di sini untuk menjadi ingatan kepada kami untuk lebih berusaha serta bersyukur atas nikmat dan takdir yang Allah telah tentukan.


Selasa, 19 November 2013

GAMAT EMAS : TEMAN BAIK WANITA.

Assalamualaikum dan bertemu kembali. Hari ini Aina agak sibuk di kaunter. Badan pun tak berapa sihat. Alhamdulillah. Ketika penat, sempat juga membancuh G Cafe Pegaga; bertenaga dan tenang semula.

Selepas mencuci tangan, Aina guna Losyen Gamat sebab kulit rasa kering sangat akibat penghawa dingin kaunter yang kuat. Tiba-tiba rakan sekerja menegur.

V     : Wangi...
Aina : Kejap. Nak tunjuk.

Losyen Badan Gamat

V     : Saya cuba pakai ya ;)
Aina : Silakan.
V     : Saya suka. Bau losyen ni wangi.
         Dan tiada rasa melekit. Senang meresap.
Aina : Nyamuk pun tak suka.
V     : Saya nak 2 botol Losyen Badan Gamat. 1 di rumah dan 1 di pejabat.

V juga mengamalkan Femmina. Tapi biasalah. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang tinggal. Namun kebelakangan ini setiap pagi dia pasti mengambil Femmina yang sengaja di tinggalkannya di kaunter.

Kami terus berbicara.

Femmina. Memang luar biasa.

Aina : Macam mana Femmina?
V      : OK.
Aina : Saya dulu ada masalah haid. 
          Lepas ambil sebotol, haid datang dan keluar banyak.
         Satu hari kena tukar sampai 3-4 pad.
V     : Owh.. Saya pun macam tu. 
          Biasanya haid saya tidak tepat datang pada waktunya.
         Tapi untuk haid yang lepas datang tepat dan banyak.
Aina : Itu tandanya rahim V tengah dibersihkan. 
          Bila rahim bersih, badan makin sihat.
         Tapi ingat, TIDAK DIGALAKKAN AMBIL FEMMINA KETIKA HAID.

Alhamdulillah. Femmina dapat membantu seorang lagi rakan. Aina mengamalkan Femmina dan G Cafe Pegaga untuk kesihatan RAHIM dan menjaga KEWANITAAN. Ini kerana masalah wanita biasanya berpunca dari HAID. Yang datangnya tak ikut pusingan, yang keluarnya tak habis, yang sisanya tertinggal, yang datangnya 3 bulan sekali dan banyak lagi.

Bila keadaan ini berlaku ia akan mengganggu hormon yang menjadikan wanita kerap sakit, cepat marah, penuaan, kurang subur, kurang tenaga, kegemukan, keputihan dan banyak lagi.

Khasiat Femmina. Sebotol untuk kegunaan 30 hari.

Ikhtiarlah dengan Femmina dan berdoa agar kebaikannya dapat dinikmati, dengan izin Allah wanita ber-Femmina akan lebih sihat dan ayu.

Isnin, 18 November 2013

Gamat eMas Part 1 : Titik Pertemuan


Waktu malam-malam macam ni lepak sorang-sorang kat bilik terkenang pulak kenangan bagaimana tuhan pertemukan kami (Ali & Aina) dengan Gamat eMas. SUBHANALLAH... Percaturan tuhan memang cukup kemas dan teliti.

Asalnya bermula dengan niat untuk redakan stress. So, Ali buat keputusan untuk buat massage. Kebiasaannya Ali memilih untuk membuat massage dengan seorang tukang urut warga Indonesia yang selalu datang ke Kuching untuk buat perkhidmatan massage. Memandangkan tukang urut itu tidak bertandang di Kuching pada waktu itu, Ali terus membuat keputusan untuk berurut di Pusat Urut Orang Cacat Penglihatan.

Tukang urut itu bernama En. Tazlan. Bukan calang-calang orangnya. Merupakan bekas jaguh renang Paralimpik negara dan kini menjadi jurulatih sambilan acara renang bagi orang senasib dengannya. Sebenarnya Ali memang dah lama mengenali En. Tazlan sebab pernah berurut dengannya pada tahun 2007. Namun perkhidmatannya terhenti kerana sibuk dengan tugasnya sehingga memaksa beliau menetap di Kuala Lumpur sehingga ke tahun 2011. ALHAMDULILLAH... Seperti yang kami katakan. Percaturan tuhan amat kemas dan teliti. Kalau tak kerana terpisah dengan khidmat beliau mungkin tak ada coretan untuk En. Tazlan di sini. Yang ada mungkin sekadar kenalan.

Berbalik kepada isi yang ingin kami sampaikan. Sambil berurut, En. Tazlan yang juga pengedar Gamat eMas pada masa itu tidak melepaskan peluang yang ada untuk memperkenalkan beberapa produk keluaran Gamat eMas sambil menceritakan pengalamannya menggunakan produk tersebut kepada Ali. En. Tazlan menemui Gamat eMas ketika beliau bertugas di Kula Lumpur tetapi terbuka hati menjadi ahli setelah tibanya kembali ke bumi Kuching. Baru saya tahu yang beliau juga mengalami masalah buasir dan batu karang yang kronik sebelum tu. ALHAMDULILLAH... Berkat ikhtiar dan tawakkalnya terhadap produk Gamat eMas kini beliau bebas dari penyakit tersebut.

Secara jujurnya Ali langsung tidak berminat untuk mendengar apa yang diceloteh oleh En. Tazlan namun atas dasar menghormati Ali hanya mengiyakan sahaja. Dipasang pula rakaman suara testimoni kepada Ali, makin stress Ali dibuatnya. Namun Ali tetap menahan rasa bosannya. Dalam hati Ali hanya satu, "Apa yang hebat sangat Gamat eMas. Macam poyo ja. Tak glamour langsung". Hehe..

Tapi sampai satu part bila diceritakan mengenai G Cafe Pegaga, di situ lah ego Ali mula menurun. Ali memang peminat pegaga sebenarnya. Diulam dengan sambal belacan ala Kedah... Perghhh!!!!
Ali dah mula bersoal mengenai G Cafe Pegaga. En. Tazlan bukanlah seorang promoter yang hebat tapi kerana produk itu hebat, maka En. Tazlan tidak perlu susun ayat berapi-api untuk Ali jatuh cinta dengan G Cafe Pegaga. ALLAHUAKBAR... sekali lagi. Percaturan tuhan itu begitu kemas dan teliti. Seandainya En. Tazlan tidak menyebut tentang G Cafe Pegaga ataupun tidak menyebut perkataan pegaga, pasti Ali tak pandang produk Gamat eMas walaupun hanya sebelah mata.

Sampai ke hari ini, Ali amat gemar minum air G Cafe Pegaga terutama pada waktu malam. Bagi Ali, G Cafe Pegaga antara penawar stress dan lelah yang cukup baik untuk diamal.

In Sha Allah, Titik Pertemuan (Part 2) akan menyusul tak lama lagi. Nantikan....

Jumaat, 15 November 2013

Femmina (GESB) : Aura Kewanitaan

Gandingan HEBAT; FEMMINA & G CAFE PEGAGA



Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat. Aina telah mengamalkan hampir 2 botol Femmina dan amat berpuashati dengan kesannya. Rasa rugi jika terlupa untuk mengambilnya awal pagi.


Dulu Aina kerap cuti sakit kerana lemah badan dan sakit kepala. MALAS jangan cakap. Nak masak pun kena betul-betul lapar baru masuk dapur. Cuci baju pun MALAS. Kumpul 2-3 hari baru cuci. Itu pun cuci guna tangan sebab mesin rosak. Kalau dah banyak sangat pakaian dan MALAS memang hantar ke kedai cuci.



Sekarang Alhamdulillah. Boleh kurangkan MALAS. Sebab lepas amal Femmina badan rasa cergas dan bertenaga. Sekarang pun dah tak ambil cuti sakit; kurang rasa sakit badan dan sakit kepala. Cuci pakaian pun makin kerap. Dulu 2-3 hari sekarang 1-2 hari ja (pun masih cuci guna tangan). Dapur pun kerap berasap. Hehehe.... Sampai tak sedar yang bawang merah dah habis. Lagi satu makin RAJIN cuba resipi baru.



Mulanya Aina tak perasan perubahan ni. Ada seorang rakan yang telah mengambil Femmina memberitahu yang dia pun semakin rajin memasak. Kalau dulu hujung minggu ja masak yang istimewa untuk anak-anaknya. Tapi sekarang anak-anaknya pula yang tanya, "Bukan ibu cakap hujung minggu ja ibu dapat masak best?" sebab sekarang hari-hari dia boleh masak untuk anak-anak.


Bukan apa, FEMMINA memberikan tenaga yang lebih dan menstabilkan hormon wanita. Bila hormon di tahap yang baik InsyaAllah emosi dan tenaga pun akan di tahap optimum serta aura kewanitaan semula jadi akan lebih mantap.

Alhamdulillah. Bagi wanita yang mengamalkan Femmina, bukan setakat anda yang merasa manfaatnya bahkan orang-orang di sekeliling anda. Sehingga dilain masa.



Jumaat, 8 November 2013

Femmina GESB) : Keputihan? Kelangsingan?

Trial set 5 hari.


Assalamualaikum.. Hari ni sibuk sangat tapi masih mencari peluang menulis di sini. Kiranya ini sambungan Femmina : Keperluan wanita. Wanita yang bekerja serta suri rumah kadang-kadang kurang ambil tahu kesihatan diri. Oleh kerana pemakanan & gaya hidup yang kurang sihat serta tekanan menyebabkan ramai wanita mengalami keputihan & bentuk badan yang kurang menarik.

Selepas keguguran, Aina mengalami masalah kesihatan badan & keputihan yang banyak. Kena pakai panty liner setiap masa & kerap tukar kerana kurang yakin. Bulan September lepas Aina bertugas ke Mukah & memandu sendiri kenderaan ke sana. Kebiasaannya jika kepenatan 2 jam memandu & duduk lama. Memang badan akan sakit-sakit & banyak discharge.

Alhamdulillah. Aina sampai di Mukah dengan selamat dan terus boleh bertugas dengan cergas.  Yang paling seronok, tiada lagi discharge. Ikhtiarnya; sebungkus G Cafe Pegaga dibancuh bersama 2 kapsul Femmina (buka dulu kapsulnya) diminum pada awal pagi. Sedap... & berkhasiat.

Semasa di Mukah Aina kongsikan khasiat Gamat Emas dengan rakan sekerja. Alhamdulillah, beliau berminat dengan G Cafe Pegaga. Kemudiannya dengan Minyak Liniment Gamat & C3 Spirulina. Hahaha..... Bertambah pula pesanannya lepas semalam. Beliau juga berminat hendak mencuba Femmina.

Oleh kerana ingin membantu, Ali & Aina telah membuat trial set Femmina & G Cafe Pegaga. Rakan sekerja Aina tadi telah mencuba set 5 hari Femmina (sebab dia dah beli kopi pegaga tadi). Hehehe.....

Lepas seminggu, rakan tadi panggil Aina macam nak marah. Aina tanya kenapa? Rupa-rupanya dia susah hati, pinggang seluarnya membesar jadi kena pakai pin. Hahaha... Dalam sibuk-sibuk dia mengemaskan seluarnya sempat juga memesan 1 botol Femmina. Femmina membantu beliau untuk makin langsing. Alhamdulillah banyak khasiat yang dinikmati rakan ini. Tapi lain coretan ya.

Femmina membantu menstabilkan horman wanita; merawat masalah keputihan, kitaran haid yang normal, kurang senggugut, mengecutkan rahim, meningkatkan kesuburan, menganjalkan payudara, mencegah kebuncitan, membentuk tubuh badan serta banyak lagi.

Selasa, 5 November 2013

Pati Gamat Plus (GESB)

Nama Produk:
Pati Gamat Plus

Kegunaan:
Makanan Tambahan

Harga:

Kandungan:
350ml

Tatacara Penggunaan:
Minum 10ml / 1 sudu besar 2 kali sehari (pagi dan petang)

Khasiat yang dipatikan dari gamat emas tulen dan dirumus secara saintifik. Formula semulajadi tanpa bahan kimia dan kaya dengan peptida kompleks, mukopolisakarida, vitamin, zat galian dan asid amino bebas.

Amat sesuai digunakan bagi mengatasi masalah-masalah berikut:- 

  • Penyembuhan luka luaran dan dalaman
  • Mencegah darah beku
  • Melancarkan aliran darah
  • Melawan penyakit kulit, resdung dan athma
  • Penahan sakit (paint-killer) semulajadi
  • Meningkatkan metabolisma bagi menambah tenaga dan kesegaran.
  • Menambah fungsi kolagen dalam badan
  • Anti oksida
  • Melega dan mengecutkan buasir
  • Mengurangkan risiko kemandulan
  • Mengawal paras gula dalam badan
  • Merendahkan kolesterol (mengelak sakit jantung)
  • Menyihatkan sendi dan urat.
  • Meredakan bengkak dan ketumbuhan.

Isnin, 4 November 2013

Femmina (GESB) : Keperluan wanita.

Puteri AliAina : Afnan binti Saiful Fadzli


Assalamualaikum & salam sejahtera. Setiap pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cinta hati. Penghujung tahun 2012 Aina telah disahkan mengandung. Namun kegembiraan kami cuma seketika.

Penghujung Mac 2013 kandungan Aina disahkan meninggal. Namun hanya pada 1 Mei 2013 kandungan dapat dilahirkan. Puteri sulung kami diberi nama Afnan binti Saiful Fadzli. Semasa berpantang, kami belum mengenali produk Gamat Emas.

Setelah nifas, Aina mengalami masalah yang mana haid ke-3 berlanjutan sehingga lebih sebulan. Berulang-alik ke klinik dan berjumpa bidan, namun tiada penyembuhan. Alhamdulillah. Kami tidak patah semangat mencari penawar.

Femmina. Delima. Pada satu hari Allah pertemukan Aina dengan kawan lama; Puan Delima. Beranak 5 namun saiz badan XS. Kami pun berbicara masalah wanita; anak, kandungan dan rahim. Beliau juga menceritakan beliau telah jatuh dari motosikal dan menyebabkan rahimnya jatuh dan sekarang mengamalkan produk Gamat Emas; FEMMINA. Menurutnya produk ini amat bagus untuk wanita dan membantu beliau menangani masalah rahimnya.

Aina ceritakan pada Ali tetang FEMMINA. Dalam pada masa yang sama Aina diberi ubat hormon untuk menghentikan darah pada 22 Ogos 2013. Namun pada 5 September 2013 Aina mula mengamalkan pengambilan FEMMINA kerana usaha nak menstabilkan hormon. Ini kerana setelah mengambil pil hormon, Aina langsung tidak datang haid (namun tidak mengandung)serta kerap kurang sihat badan.

Alhamdulillah. Selepas habis 60 biji FEMMINA (30 hari) haid datang dan normal 7 hari. Sekarang Aina masih mengamalkan FEMMINA sebagai ikhtiar untuk mendapat cahaya mata dan menjaga cinta hati (suami). FEMMINA membantu menstabilkan hormon wanita; merawat masalah keputihan, haid yang normal, kurang senggugut, mengecutkan rahim, meningkatkan kesuburan, menganjalkan payudara, mencegah kebuncitan, membentuk tubuh badan serta banyak lagi.

InsyaAllah. Nanti akan dikongsikan lagi testimoni terbaru dari Aina/Ali dan rakan-rakan yang mengamalkan FEMMINA.

Jumaat, 1 November 2013

Orogard (Gamat Emas SB)


Nama Produk:
Orogard

Kegunaan:
Ubat Gigi

Harga:
Kandungan:
100 gram


Satu-satunya ubat gigi yang diformulasi unik dengan gabungan ekstrak gamat emas, ekstrak kayu sugi, perisa spearmint dan isomalt bagi memutih, membersih serta menjaga bahagian dalam mulut seperti gigi, gusi dan lidah. Sesuai digunakan untuk semua peringkat umur.

Ianya juga mampu merawat ulser mulut, bengkak gusi atau apa saja masalah berkaitan dalaman mulut. Juga bertindak baik serta dijadikan rawatan awal kepada lecuran.

Sabun Gamat (Gamat Emas SB)


Nama Produk:
Sabun Gamat

Kegunaan:
Cucian dan Rawatan Luaran

Harga:

Kandungan:
3 buku

Diformulasikan secara saintifik menggunakan ekstrak gamat emas untuk membersihkan tubuh badan disamping menyegarkan kulit. Ianya berbentuk buku dan tahan lama.

Faktor resapan serta cucian yang baik. Pengguna pasti teruja dalam menerima kepuasan dalam membersihkan diri hasil penggunaan sabut gamat ini.

Amat sesuai bagi menghilangkan daki, lendiran serta  kotoran dengan serta-merta.
 

Minyak Liniment Gamat (Gamat Emas SB)


Nama Produk:
Minyak Liniment Gamat

Kegunaan:
Rawatan Luaran

Harga:

Kandungan:
100 ml

Satu formulasi gabungan minyak gamat, menthol, champor dan minyak eucalyptus. Ianya bertindak sebagai rawatan awal kepada radang otot dan sendi serta membantu meredakan bengkak atau benjol. Rasa menthol mampu membantu percepatkan kelegaan.